Bayi perlu mendapat cukup susu untuk memastikan tumbesarannya seiring perkembangan dan pertambahan usia. Soalnya, bagaimana untuk tahu si kecil mendapat cukup susu & apa tanda penyusuan sudah boleh dihentikan?
Penyusuan susu ibu kepada bayi adalah hadiah yang sangat berharga dan istimewa yang anda berikan kepada bayi sebaik sahaja dilahirkan. Ia memiliki pelbagai kebaikan kepada bayi dan mama dari segi kesihatan, perkembangan, fizikal, mental, keselamatan dan lain-lain.
6 TANDA BAYI DAPAT SUSU YANG CUKUP
Mama ragu-ragu bayi adakah bayi mendapat susu cukup? Anda juga boleh melihat tanda-tanda ini. Bayi yang telah mendapat susu yang cukup menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;
1.Bayi kerap membuang air kecil. Air kencingnya berwarna kuning jernih melebihi 6 kali sehari.
2.Bayi membuang air besar tiga hingga lapan kali sehari (bagi bayi kecil). Kekerapan ini akan berkurangan apabila bayi berumur lebih daripada satu bulan).
3.Bayi kelihatan sihat dan tidur nyenyak. Apabila terjaga daripada tidur, dia kelihatan sihat dan cergas.
4.Bayi mempunyai tona otot yang baik dan kulit yang sihat.
5.Peningkatan berat bayi yang normal iaitu kira-kira 100-200g seminggu bagi sebulan pertama dan 85-104g seminggu pada bulan kedua dan seterusnya sehingga bayi berusia 1 tahun.
6.Berat badan bayi meningkat dua kali ganda daripada berat semasa lahir semasa berusia 5 hingga 6 bulan dan meningkat tiga kali ganda daripada berat semasa lahir semasa berusia setahun.
4 TANDA BAYI INGIN MENYUSU
Bayi selalunya akan menunjukkan tanda-tanda ini apabila ingin menyusu. Mama perlu peka dan cepat bertindak!
1.Bayi menggerak-gerakkan mata.
2.Membuka mulut, menjelirkan lidah serta memusingkan kepalanya untuk mencari payudara ibu (rooting reflex).
3.Bayi mengeluarkan tangisan soft whimper sound.
4.Mula menghisap jari tangan, selimut/ kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya.
Susukan bayi segera bila bayi menunjukkan tanda-tanda ini, jangan tunggu sehingga bayi menangis kerana ia akan menyukarkan pelekapan yang baik.
Ibu kadang kala boleh keliru sama ada bayi sudah kenyang semasa menyusu. Kadangkala dia banyak bermain-main, ibu mungkin tertanya-tanya sama ada dia sudah kenyang? Kenalpasti 3 tanda ini sebelum hentikan penyusuan.
Mama perlu tahu memastikan melihat tanda-tanda ini supaya bayi mendapat susu yang cukup. Penyusuan mengikut kehendak bayi (breastfeed on demand/ on cue) amat disarankan untuk kepentingan kedua-dua belah pihak bayi dan ibu.
3 TIP MENENTUKAN BAYI TELAH KENYANG MENYUSU
Bagaimana nak tahu bayi sudah cukup menyusu? Setelah menyusu dalam satu tempoh, bayi akan menunjukkan tanda-tanda ini yang menunjukkan dia sudah kenyang.
1.Pada permulaan penyusuan, biasanya bayi menegangkan badannya. Tetapi selepas mula menghisap dengan baik, tubuh bayi akan mula relaks.
2.Kebanyakan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendirinya selepas berasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap sehingga tertidur.
3.Penting bagi ibu membiarkan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga habis sebelum memberi payudara yang lain bagi membolehkan bayi mendapat susu akhir atau hindmilk serta meningkatkan penghasilan susu. Hindmilk juga sangat penting untuk tumbesaran si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi benarkah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.
Apa itu susu kultur?
Susu fermentasi atau lebih dikenali sebagai susu kultur adalah produk susu yang diperam dengan sejenis bakteria dikenali sebagai Lactobacilli atau Bifidobacteria.
Fermentasi bermaksud sebahagian daripada susu tersebut dicerna oleh bakteria. Ia secara tidak langsung menjadikan produk susu ini lebih mudah diproses oleh sistem pencernaan badan.
Ini terutamanya bagi individu yang mempunyai alahan susu atau intoleransi laktosa. Proses fermentasi yang dilakukan juga dapat meningkatkan tempoh masa ketahanan susu ini daripada basi.
Umumnya, susu kultur adalah sejenis minuman yang sangat popular di negara seperti Jepun. Tetapi apakah kebaikan sebenar susu yang melalui proses fermentasi ini?
9 kebaikan susu kultur untuk kesihatan badan
Produk tenusu kultur ini dikatakan sangat baik untuk usus. Ini kerana ia dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan badan. Berikut adalah antara beberapa kebaikan minuman kultur ini untuk kesihatan, iaitu:
Demam hay
Berdasarkan beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus acidophilus mungkin dapat mengurangkan masalah hidung berair pada individu dewasa yang mengalami demam Hay – alahan bermusim. Dalam sesetengah kajian mengatakan, produk tenusu kultur ini dikatakan dapat mengurangkan risiko untuk mengalami demam Hay kanak-kanak dan remaja.
Masalah cirit-birit
Cirit-birit kesan ubat antibiotik
Produk tenusu kultur ini juga dikatakan dapat mengurangkan masalah sembelit bagi individu yang mengambil ubat antibiotik. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan susu fermentasi yang mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacterium mengurangkan risiko terkena cirit-birit semasa mengambil antibiotik.
Cirit-birit pada kanak-kanak
Penyelidikan awal menunjukkan bahawa meminum susu yang diperam dengan Lactobacillus casei mengurangkan tahap cirit-birit pada bayi dan kanak-kanak. Kajian awal lain juga mendapati penggunaan produk susu fermentasi khusus – mengandungi pelbagai jenis bakteria – dapat mengurangkan jangka masa yang diperlukan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.
Cirit-birit akibat rotavirus
Beberapa bukti menyarankan pengambilan minuman susu Lactobacillus ini pada kanak-kanak dengan cirit-birit kesan rotavirus selama 5 hari akan dapat mengurangkan tempoh kesakitan mengalaminya.
Ekzema (dermatitis atopik)
Anda sedang hamil? Apa kata amalkan minum susu kultur. Daripada hasil kajian mendapati bahawa meminum susu fermentasi yang mengandungi pelbagai jenis bakteria semasa kehamilan dan setelah melahirkan mengurangkan kemungkinan anak kecil mengalami ekzema.
Selesema
Antara kebaikan susu fermentasi untuk kesihatan badan adalah ia dapat membantu mencegah masalah selesema bagi kanak-kanak prasekolah. Sesetengah produk tenusu kultur lain juga dapat membantu mengatasi selesema pada individu dewasa.
Saluran pencernaan
Jangkitan saluran pencernaan yang berpunca daripada bakteria Helicobacter pylori atau H. pylori boleh menyebabkan ulser. Namun melalui kajian yang dilakukan mendapati, pengambilan produk tenusu kultur yang mengandungi pelbagai jenis bakteria setiap hari selama 12 hingga 16 minggu bagus untuk kesihatan badan.
Ini kerana ia dapat memperbaiki gejala perut yang disebabkan jangkitan H.pylori. Manakala daripada hasil penyelidikan lain pula, menunjukkan bahawa mengambil produk susu fermentasi tertentu semasa menggunakan antibiotik untuk jangkitan H. pylori akan mempercepatkan proses penyembuhan.
Tekanan darah tinggi
Hasil daripada beberapa kajian mencadangkan bahawa susu kultur dapat menurunkan tekanan darah sistolik (nombor pertama) tetapi tidak diastolik (nombor kedua) pada individu yang mengalami tekanan darah tinggi.
Sindrom kerengsaan usus (IBS)
Masalah kerengsaan perut yang dialami untuk tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko untuk mengalami sindrom kerengsaan usus (IBS). Beberapa kajian menyarankan pengambilan susu fermentasi 2x sehari selama tempoh 4 minggu dapat mengurangkan gejala IBS, termasuk rasa kesakitan dan gas.
Intoleransi laktosa
Ada masalah untuk mencerna laktosa gula dengan betul? Mungkin pengambilan produk tenusu kultur dapat membantu mengatasi masalah itu. Ini kerana hasil daripada beberapa penyelidikan menunjukkan, mengambil susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus casei dan Lactobacillus acidophilus mengurangkan kembung, cirit-birit, dan kesakitan pada individu yang mengalami intoleransi laktosa.
Kesan pendedahan radiasi
Susu yang menjalani proses fermentasi juga baik dalam membantu merawat masalah kesihatan kesan pendedahan radiasi. Hasil kajian mencadangkan pengambilan minuman yang mengandungi Lactobacillus acidophilus bermula 5 hari sebelum rawatan dengan radiasi mengurangkan cirit-birit dan kesan sampingan perut lain. Minuman ini juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan perut selepas rawatan radiasi.
Mencantikkan kulit
Selain manfaat kesihatan badan yang disenaraikan di atas, susu kultur juga dipercayai menawarkan kebaikan untuk kulit. Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan produk susu yang dikultur dengan bakteria probiotik bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan usus sihat, tetapi juga keadaan kulit yang baik.
susu fermentasi
Malahan, saintis telah lama mengetahui bahawa kesihatan usus dan kulit adalah saling berkaitan. Pun begitu, masih banyak kajian yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai manfaat susu kultur pada kesihatan badan serta kulit. Tetapi tiada salahnya andai anda menjadikan minuman susu fermentasi ini sebagai amalan harian.
Namun jika terdapat keraguan mengenai kesesuaian pengambilan minuman ini dengan keadaan kesihatan anda, dapatkan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, okay?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Bukan saja ibu bersalin normal yang risau dan bimbang jahitan terbuka, hal ini juga turut membimbangkan ibu yang bersalin secara pembedahan bila luka czer terbuka kembali.
Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan luka pembedahan ini kembali terbuka. Ikuti perkongsian dari Hello Doktor mengenai masalah yang ditakuti ini.
Perkara-perkara berikut boleh menjadi punca luka caesarean terbuka kembali:
1. Ketegangan & tekanan
Terlalu banyak tekanan pada perut boleh menyebabkan jahitan menjadi longgar atau koyak. Tekanan yang tinggi boleh berlaku pada bahagian czer apabila anda melakukan aktiviti fizikal yang berat.
Antaranya mengangkat anak kecil, barang-barang, menaiki tangga atau cuba bersenam terlalu awal.
2. Proses penyembuhan yang lemah
Kenapa luka czer merah? Ada kalanya proses penyembuhan boleh menjadi agak lambat disebabkan keadaan genetik atau masalah perubatan misalnya seperti diabetes atau obesity.
Keadaan tersebut boleh mengakibatkan penyembuhan yang tidak sekata atau potongan pembedahan terpisah dan terbuka. Inilah sebabnya kenapa luka czer merah.
3. Nekrosis
Tidak mendapat darah dan oksigen mencukupi ke bahagian caesarean juga boleh melambatkan penyembuhan luka czer terbuka. Dalam sesetengah kes, sel-sel kulit di tepi tempat pemotongan mungkin ‘mati’ kerana tidak mendapat oksigen dan nutrisi yang mencukupi. Keadaan ini disebut sebagai nekrosis.
Sel-sel mati tidak boleh tumbuh dan bergabung bersama untuk menyembuhkan luka. Ini sekali gus menyebabkan bahagian C-section terbuka semula.
4. Jangkitan
KJangkitan di bahagian luka akan memperlambat atau menghentikannya daripada sembuh dengan betul. Ia boleh berlaku disebabkan bakteria atau kuman.
Dalam prosedur pembedahan biasa, anda selalunya akan diberikan antibiotik sebelum pembedahan. Walau bagaimanapun, selepas pembedahan biasa yang tidak rumit, antibiotik tidak diberikan.
Jadi sekiranya dijangkiti, tubuh akan bertindak melawan kuman dan ia mungkin tidak dapat melakukan proses penyembuhan dengan betul dalam masa yang sama. Ini menjawab persoalan kenapa luka czer merah.
Faktor risiko untuk luka czer terbuka
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kaedah pemotongan caesarean iaitu:
Menegak (bermula bawah pusat ke garisan bulu kemaluan)
Melintang (merentasi garis bulu kemaluan)
Jenis potongan yang dilakukan adalah bergantung pada pendapat pakar mengikut yang terbaik untuk melahirkan anak anda.
Potongan czer jenis menegak lebih berisiko tinggi untuk terbuka dan lambat sembuh berbanding secara melintang 10.
Selain itu, terdapat kajian yang menyatakan, penutupan bahagian C-section dengan jahitan adalah kurang berisiko untuk terbuka berbanding penggunaan stapel 11.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ainul Mardhiah menunjukkan perkembangan positif. Naik berat badan dan semakin sihat, si kecil ini digambarkan bakal dibawa pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
Bapanya, Ahmad Safiuddin dalam kemaskini Facebook menyatakan perkembangan terbaru keadaan permata hatinya itu. Ainul Mardhiah yang mengalami Germ Cell Tumor berjaya melalui pembedahan berisiko tinggi yang memakan masa 5 jam.
Apa yang menggembirakan, si kecil ini menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan. Terbaru, bapanya memberikan bayangan si kecil ini bakal pulang ke Malaysia.
Manakala ibunya, Nurul Erwani Zaidi turut menyatakan si kecil dalam keadaan sihat dalam posting terbaru Instagram.
Warganet bersyukur Ainul semakin sihat dan mendoakan agar si kecil ini bertambah kuat.
Mohd Hafiz Mohd Amran “Alhamdulillah. Nampak ainul makin sihat.”
Kak Amy Zuraidah “Alhamdulillah..semoga Ainul Mardhiah bte Ahmad Safiuddin segera sembuh sepenuh nya dan perjalanan Ainul kembali ke malaysia di permudahkan ALLAH SWT…satu malaysia dah tak sabar menunggu kepulangan Ainul…Rinduuu❤❤❤.”
Siti Hazariah Mamat “Comeynye Ainul.. Indahnya ciptaan Allah.. Besarnya kuasa yg Allah nk tunjukkan pd hamba²Nya ?.”
Nor Azura Hariz “Alhamdulilah cantik sangat2 anak dara mama nie..terima kasih allah sebab memberi sinar kebahagian pada bidadari syurga ini..semoga allah memberi kesihatan yang total buatmu wahai anak..ingatlah..mama dan semua rakyat malaysia menunggu ainul pulang ke malaysia..allah tau ainul seorang anak yang kuat..insyaallah..allah akan bagi ganjaran pada ainul..?.”
Bayi dibuang di TBS menjadi tragedi menyayat hati yang mengundang persoalan tentang nilai sebuah nyawa, tanggungjawab ibu bapa dan harapan pasangan yang menanti zuriat.