Ada sesetengah ibu bila beli ayam akan buang macam tu je kaki ayam. Alasannya sebab fikir ia kotor dan nak masak pun fikir dua kali. Tahukah anda sebenarnya bahagian kaki ayam ini mengandungi banyak nutrisi dan membantu pertumbuhan bayi dan kanak-kanak.
Malah bagi wanita berusia 30-an ke atas, ramai yang menjadikan menu sup kaki ayam sebagai hidangan utama untuk mendapatkan khasiat kolagen semulajadi.
Berdasarkan perkongsian dari seorang ibu, Intan Nornie Sheika, dia menyatakan kebanyakan ibu terlepas pandang mengenai khasiat yang ada pada kaki ayam.
Sebenarnya kaki ayam adalah bahagian yang sangat padat nutrisi. Sendi dan tulang kaki ayam, ada banyak ‘ligamen’ yang kaya kolagen.
Ya, kolagen yang selalu diwar-warkan dalam kecantikan dan keanjalan kulit tu.
Sup kaki ayam, antara sup untuk sistem pertahanan tubuh. Jika ada ada isu glutamate dan histamin, memadai renehan sekadar setengah jam hingga satu jam sahaja.
Ini juga antara menu wajib anak saya ketika anak kurang sihat.
Antara khasiat dari kolagen ini ialah
+ Bantu pembinaan semula sel-sel kita (regenerate)
+ Menambah (tingkatkan) sifat anjal dan elastik kulit. Bukan bermakna kulit kita tak berkedut biarpun berusia, tapi proses penuaan kita tidak cepat/ketara
+ Sangat baik untuk tingkatkan kekuatan sendi dan sangat baik dalam mencegah tulang reput
+ Gusi dan gigi yang sihat
+ Unzur ‘zinc’ dalam kaki ayam beri keseimbangan hormon kita.
Info yang belajar dari ‘Kak Nung’ NorDini Hasnor
kaki ayam ada 1/3 keperluan ‘zinc’ yang badan kita perlukan.
Pengalaman bersalin bagi setiap wanita tak sama. Ada yang melahirkan anak dengan mudah tanpa apa-apa komplikasi. Tak kurang juga yang bersalin dengan selamat tapi bayi pula ada masalah lain.
Hati ibu mana yang tak risau kan tapi bila mengenangkan semula pengalaman tersebut setelah melihat anak membesar dengan sihat terasa hebatnya kuasa Allah.
Bagi Datin Rebecca Nur Al-Islam dia mengimbas kembali detik cemas sewaktu melahirkan anak kelimanya, Ahmet Reaggan pada 18 Julai tahun lalu.
Rebecca menerusi akaun Instagramnya menceritakan pengalaman tersebut sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya.
“Masya-Allah Allah Hu Akbar, how time Flies @ahmetreaggan. #18072019 Setahun yang lepas mummy Becca melahirkan anak bertuah ini. Masya-Allah how time flies, setahun sudah.
“Masih teringat di dalam fikiran dan hati setahun yang lepas betapa risaunya mummy Becca sebab selepas lahirkan baby @ahmetreaggan kena tahan di NICU Gleneagles Hospital disebabkan dalam paru-parunya ada air ketuban sikit.
“Pulangnya mummy after beranak tanpa baby Ahmet dirumah, Allah je tahu betapa sedihnya mummy that time. Papa risau, oma pun risau, semua risaukan Ahmet that time.
“Tapi Allah SWT itu lebih mengetahui dan maha mengatur segalanya yang terbaik, #trustinAllah dan Allah swt maha mendengar doa hamba-hamba-NYA.
“Alhamdulillah syukur after 11 days baby @ahmetreaggan dibenarkan pulang. And now my darling sayang mom baby @ahmetreaggan sihat sepenuhnya. Syukur sangat-sangat.
“Selamat hari lahir anak ku, semoga membesar dengan sihat sentiasa, dilindungi Allah SWT di setiap langkah mu anak ku.
“Menghormati semua orang tua, disayangi ramai, disayangi Allah SWT dan semoga menjadi anak yang soleh sayang Mom. Berjaya dunia akhirat kelak. Ameen Allahhuma Ameen… Sanah Helwah Anak ku Ahmet,” tulisnya.
Terdahulu, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Pelakon itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Ria
Sumber: ig Rebecca Nur Al Islam Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penantian sepasang suami isteri selama 11 tahun untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas mereka dikurniakan seorang cahaya mata menggunakan kaedah In Vitro Fertilisation (IVF) atau dikenali bayi tabung uji.
Pengorbanan Noor’adn dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat bersama suami bukan calang-calang, apabila dia nekad mengambil cuti tanpa gaji sebaik disahkan hamil Februari lalu, demi menjaga keselamatan kandungan dan dua hari lepas menjadi detik paling manis buat dia dan suaminya, Mohd Yuhairi Haniff Yoon, apabila usaha dan penantian mereka selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata terlerai dengan kelahiran seorang bayi yang ‘disimpan’ sejak enam tahun lalu.
Enam Tahun Dibekukan
Lebih istimewa, zuriat lelaki seberat 3.34 kilogram itu juga melakar sejarah tersendiri apabila menjadi bayi pertama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu itu dilahirkan menerusi teknik pemindahan embrio, selepas enam tahun ia dibekukan.
Demi Keselamatan Kandungan
Kerana enggan mengambil risiko perjalanan jauh demi memastikan keselamatan kandunganya, guru di Sekolah Rendah Kampung Baru Serada, Marang itu juga tidak dapat bertemu ibu dan keluarganya di Kelantan, termasuk pada Aidilfitri dan Ramadan lalu.
7 Tahun Jalani IVF
Menurutnya, dia mula menjalani rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) di HSNZ sejak 2012, selepas dirujuk dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Pernah Gugur Bayi Kembar Sebelum Ini
“Saya sudah beberapa kali menjalani rawatan IVF, namun kandungan keguguran termasuk sepasang kembar pada Julai 2013 ketika usia kandungan 20 minggu.
“Saya mengambil masa lima tahun untuk bertenang kerana trauma keguguran bayi, sebelum memutuskan mahu kembali hamil menerusi teknik pemindahan embrio. Disember lalu saya mula bertemu doktor dan bersetuju untuk mencuba lagi, namun percubaan itu tidak berjaya.
“Pada 27 Januari lalu saya kembali menjalani prosedur pemindahan embrio kelima yang dibekukan dan Alhamdulillah, Allah mengabulkan doa saya dan suami dan disahkan hamil dua minggu kemudian,”
Bayi sulung Noor’adn, 38, yang bertugas sebagai guru dan Mohd Yuhairi Haniff, 37, yang bekerja sebagai kontraktor itu selamat dilahirkan secara pembedahan jam 8.38 pagi semalam di HSNZ.
Rekod Kejayaan Buat HSNZ
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Reproduktif HSNZ, Dr Nasuha Yaacob , kelahiran bayi itu adalah rekod kejayaan buat HSNZ.
Bayi lelaki itu adalah bayi ke-20 yang dilahirkan menerusi IVF pada tahun ini dan yang ke 118 sejak 10 tahun Unit Perawatan Reproduktif HSNZ ditubuhkan.
Lazimnya prosedur pemindahan embrio beku dikenali sebagai ‘Frozen-Thaw Embryo’ itu dilakukan dalam tempoh antara satu hingga lima tahun selepas embrio dibekukan, dengan tempoh maksima pembekuan selama lima tahun.
“Ada beberapa kes yang mana kita memanggil ibu untuk menjalani pemindahan embrio selepas tempoh itu, namun tiada yang berjaya hamil dan ini adalah kejayaan pertama HSNZ melahirkan bayi daripada embrio yang dibekukan selama enam tahun.
“Kita cairkan tiga embrio dan memindahkan dua daripadanya pada Disember lalu, namun si ibu tidak berjaya hamil. Kemudian kita bekukan kembali dan memindahkan semula embrio itu kepada ibu pada bulan berikutnya.
“Embrio ini jelas berada dalam kualiti yang bagus. Walaupun mengalami kaedah pembekuan berkali-kali, ia masih menunjukkan kualiti yang sangat bagus dan tidak terjejas,”
Bayi meragam, nak berjaga malam memang mencabar untuk ibu ayah. Apa kata buat urutan bayi, langkahnya pun mudah. Confirm si kecil suka & masalah susah tidur boleh diatasi.
Urutan boleh buat bayi kurang meragam dan tidur lena. Mama dan papa kena rajin urut. Hanya lima minit diperlukan! Ikuti langkah-langkah ini.
Dengan hanya beberapa minit , sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi. Urutan bayi sememangnya istimewa dan memberikan banyak manfaat kepada bayi. Ia mampu menjadikan bayi yang selalu meragam menjadi lebih tenang dan mudah diurus.
Lebih menakjubkan, kajian ke atas bayi pra matang yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit setiap sesi dengan kekerapan tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus. Urutan dilakukan secara betul dan konsisten di samping penyusuan susu ibu membolehkan mereka mencapai berat yang ditetapkan dan boleh discaj daripada wad neonatal lebih awal.
Waktu yang sesuai yang dicadangkan untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi, sekurang-kurangnya 30 minit selepas menyusu. Pastikan masa urutan ialah dua jam selepas bayi menyusu dan bayi dalam keadaan mood yang baik.
Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang. Masa yang baik untuk mengurut ialah semasa bayi jaga(tidak tidur) dan waktu selepas mandi waktu pagi kerana kulitnya masih lembap. Urutan sebelum tidur juga akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, relaks dan seterusnya bersedia untuk tidur dengan lena.
Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Baringkan bayi anda di atas tuala, lipatan kain atau pelapik menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka membiarkan bayi memakai baju jika keadaan agak sejuk. Atau biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala. Namun pastikan bilik tidak sejuk.
Sambil mengurut anda boleh bercakap dengan bayi. Jika memasang sebarang audio , pastikan ia perlahan supaya bayi anda boleh mendengar anda bercakap dengannya.
Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mengurut iaitu minyak untuk mengurut seperti minyak zaitun/ minyak kelapa/ minyak argan yang diperbuat daripada bahan semula jadi , tuala kecil, baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas selesai urutan dan peralatan menukar lampin yang biasa digunakan.
Urutan bayi berbeza dengan urutan orang dewasa. Pastikan urutan tidak memberikan tekanan yang kuat kepada bayi. Gosokan yang lembut sudah memadai.
KAKI
Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif. Seelok-eloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.
LENGAN
MUKA
PERUT
BAHAGIAN BELAKANG
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.