Kiraan Mak Cik Kiah Mudahkan Pemahaman Semua Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat

Share

Kiraan Mak Cik Kiah Mudahkan Pemahaman Semua Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat

Kiraan makcik kiah mudahkan pemahaman semua pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri jelas memberi khabar gembira buat seluruh rakyat kerana semua golongan mendapat manfaat.

Walaupun negara dilanda dengan wabak bahaya, keprihatinan kerajaan pada rakyat tak pernah dilupakan. Jelas pengumuman yang dibuat itu memberi jaminan dan kelegaan untuk rakyat meneruskan hidup seperti biasa dalam kekangan sekarang.

Berdasarkan ucapan yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau ada memberi penjelasan jelas mengenai satu keluarga yang akan mendapat manfaat jika semua bantuan tersebut ahli keluarga layak untuk dapat.

Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN.

Pendapatan isi rumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464. Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.

IKLAN