“Kiriman Agung Pertama Buat Kami, Terima Kasih Allah”. Fazura Timang Baby Girl!

Share

Hari Jumaat penghulu segala hari bersamaan 2 Oktober, pelakon, Fattah Amin akhirnya selamat menimang cahaya mata pertama selepas isterinya yang juga aktres Fazura  melahirkan bayi perempuan sebentar tadi di sebuah pusat perubatan.

Berita gembira itu dikongsi Fattah menerusi Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri sulungnya.

”Kiriman agung pertama buat kami”

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini.

“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga” tulisnya.

Kongsi nama dan gambar selepas 7 hari

Menurut Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia dan isterinya memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” katanya.

Rata-rata rakan selebriti dan peminat turut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah atas kelahiran zuriat terindah itu.

Sebelum ini pasangan tersebut berkahwin pada 27 November 2017 selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.

Sumber: Fattahaminz

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN