Tiada rezeki meneruskan kehamilan 10 minggunya, pengacara Hana Ismail reda dengan ketentuan Allah buatnya dan suami, Dai Syed.
Hana yang kini sedang berpantang turut meluahkan penghargaan buat suami yang banyak memberinya sokongan ketika berdepan detik duka itu dalam hidupnya.
Pengalaman baru buatnya, namun dia bersyukur kerana suami adalah insan yang paling banyak membantunya sepanjang berpantang.
“Alhamdulillah, my surgery went really well berkat doa semua. InsyaAllah akan menjalani proses pantang & recovery di rumah.
“I would not have make it physically, mentally & financially kalau tak kerana insan bernama Syed Shah Iqmal. Wallahi dialah sumber kekuatan terbesar Hana sepanjang tempoh ujian ni,” luahnya yang begitu menghargai pengorbanan suami.
Ads
Bukan itu sahaja bahkan kata Hana, Dai Syed langsung tidak kekok membantu menguruskan dirinya. Malah beberapa perkongsian Hana melalui Insta Storynya juga memperlihatkan sikap penyayang Dai Syed.
“He was with me the whole time hatta urusan di bilik air sekalipun!
Ads
“Ya Allah kau ganjarilah suamiku dengan sebaik-baik ganjaran. Payunginya dengan rahmah & kasih sayangmu dunia akhirat. Tak lupa kepada keluarga dan semua yang mendoakan & ambil berat tentang Hana. Semoga Allah membalas kebaikan kalian,” luahnya berkongsi.
Melalui beberapa perkongsian Hana di Insta Storynya jelas Dai Syed begitu ringan tulang menyediakan air mandian herba buatnya serta memakaikan stokin sepanjang berpantang.
Terdahulu, Hana dan Dai Syed Shah Iqmal yang mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu diuji dengan keguguran Hana pada usia kandungannya 10 minggu.
Impian seorang ibu untuk melihat anak membesar dengan sihat sekelip mata berubah apabila anak yang aktif sebelum ini disahkan sebagai pesakit kanser ( B-cells acute lymphoblastic leukemia).
Bercerita lanjut mengenai keadaan adik Nadhim Nubhan yang kini berusia 1 tahun 9 bulan, ibunya Nuratikah Mat Osman memberitahu ia dikesan pada penghujung tahun lalu.
Reda ujian Allah
Tahu Nadhim sakit 16 November 2019, seminggu sebelum anak sakit tu anak semakin tidak aktif, hilang minat dan kurang selera makan. Nadhim juga menunjukkan kulit yang bertambah pucat. Sebelum tu dia ada demam pada bulan Mac dan September tetapi ujian darah tidak menunjukkan gejala kesihatan yang serius hanya demam biasa.
Tanggal 16 November saya bawa ke klinik dan klinik refer untuk ke hospital dalam kadar segera. Malam tu saya bersama suami bawa anak ke emergency Hospital Selayang, ujian darah menunjukkan yang kurang normal dan hb platelet anak masa itu sangatlah rendah. Malam itu juga doktor bagitahu dia nampak sel kanser. Dan 17 hb refer ke HUKM untuk rawatan susulan.
18 Nov anak menjalani procuder bone marrow untuk mengetahui sel kanser apa yang menyerang.
Jalani rawatan intensif kemoterapi
Akhirnya Nadhim di diagnosis sebagai pesakit kanser ( B-cells acute lymphoblastic leukemia) dan menjalani rawatan intensif kemoterapi pada 19 Nov.
Rawatan intensif perlu dijalani selama lebih kurang 8 bulan tapi malangnya kanser anak menyerang semula (relapse) pada 20 Mei 2020. Dan perlu menjalani kemoterapi yang lebih berat selama sebulan pada 3 Jun sehingga 1 Julai baru-baru ini.
Alhamdulillah ujian bone marrow dilakukan pada 15 Julai lalu menunjukkan progress yang baik dan anak harus teruskan rawatan yang lebih rapi supaya sel-sel kanser tidak dapat menyerang semula dengan ubat khas.
Bergantung dengan ubat khas untuk lawan sel kanser
Ubat khas blinatumomad (blincyto) doktor suggest untuk cure kanser anak dari terus menyerang semula. Risiko sel kanser kembali adalah tinggi jika tidak di kawal. Imunoterapi adalah sejenis rawatan barah yang membantu sistem imun anak melawan kanser.
Sistem ketahanan badan membantu badan melawan jangkitan dan penyakit lain berbeza dengan kimoterapi sebelum ini mempunyai kesan sampingan yang tinggi, risiko seperti jangkitan seperti kulat, demam tinggi, virus, buah pinggang dan menganggu organ lain seperti hati dan limfa.
Bagi mengelakkan risiko seperti yang saya nyatakan ubat blinatumomad (blincyto) mempunyai kesan sampingan yang rendah lebih rendah dari 5 peratus. Imunoterapi adalah sejenis terapi biologi. Terapi biologi adalah sejenis rawatan yang menggunakan bahan yang terbuat dari organisma hidup untuk merawat barah.
Mohon sumbangan orang ramai
Nuratikah berkata, dia terpaksa membuka tabung dana untuk menyara kos ubat anaknya yang berjumlah RM74101. 50 untuk kelangsungan hidup yang lebih cerah supaya ia dapat membesar seperti kanak-kanak lain.
Memandangkan suami, Nazwan bin Nayan hanya bekerja sebagai kakitangan kurier ia tak mampu nak menampung perbelanjaan kos ubat-ubatan ini.
Harapan saya dengan terkumpulnya dana ini, kami suami isteri dapat melihatnya membesar dengan sihat dan ceria.
Lagi satu sekiranya ada penderma yang 100% sepadan stem cells Nadhim akan melakukan BMT (bone marrow transplant).
Nadhim ni sangat-sangat ceria dan positif. Semangat dia sangat kuat. Alhamdulillah. Dia banyak tunjukkan progress yang baik. Semoga dia terus kuat untuk melawan kansernya dana rawatan kali ini menjadi asbab kesembuhannya.
DANA UBAT NADHIM NUBHAN
Status dana pada 19 Julai 2020
(Sasaran : RM74,101.50)
Jumlah Terkumpul (setakat 19/7/2020) : RM 54,195
a. Dalam akaun peribadi ibu Nadhim : RM 46,787
b. Dalam akaun CAKNE : RM 7408
Ini bermakna baki yang masih diperlukan : RM 19,906.50
Rayuan ini akan DITUTUP apabila jumlah yang diperlukan tercapai. Insyaallah.
**Rawatan yang diperlukan 2 cycle selama 2 bulan. Jumlah ubat semua untuk 2 cycle RM74101. 50
Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan bagi kelancaran rawatan adik Nadhim boleh masukkan ke akaun tertera atau hubungi terus talian berikut.
Sesiapa yang sudi menderma ke tabung ini silalah berbuat demikian ke akaun rasmi CAKNE seperti berikut:
Nama Bank : Maybank Islamic, Bangi
Nama Akaun : CAKNE
No akaun : 562834626537
*Sila tulis ‘Nadhim’ di ruangan ‘reference’ semasa membuat pemindahan wang secara online.
NURATIKAH BINTI MAT OSMAN( IBU NADHIM )
No akaun : 512213348800 ( MAYBANK )
No tel : 0132791843 / 01153554509
Ataupun
NAZWAN BIN NAYAN( BAPA NADHIM )
No akaun : 512213348817 ( MAYBANK)
No tel : 01153302133
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati. Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu.
Jangan risau kerana ada cara untuk ibu memgatasi masalah ini. Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power pumping.
Power pumping (PP) merupakan salah satu teknik berkesan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Teknik ini berfungsi untuk mengosongkan kantung susu dengan kerap di samping memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Menurut Kaunselor Laktasi, Puan Zatiha Nani Ishak, teknik ini sesuai untuk anda yang ada masalah susu merudum. Namun bagi ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, anda perlu mengutamakan penyusuan secara terus terlebih dahulu.
ADA DUA CARA
Terdapat dua cara untuk anda melakukan PP. Sama ada menggunakan pam elektrik tunggal atau pam elektrik berganda. Jika bekerja anda boleh mengambil masa waktu rehat untuk melakukan PP. Jika berkemampuan, anda boleh menggunakan corong tanpa pegangan (hands free kit) dan melakukan pp sambal bekerja. Lebih mudah
Anda digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda supaya lebih menjimatkan masa. Diingatkan, teknik PP mesti dilakukan secara konsisten selama tujuh hari untuk menampakkan kesan positifnya. Sehubungan dengan itu, lakukan pada waktu yang sama setiap hari dalam tujuh hari itu. Masa yang sama ini penting untuk otak menyampaikan isyarat kepada hormone prolactin untuk bekerja menghasilkan susu yang lebih banyak.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa kini, banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi-komplikasi tertentu. Walau apa pun cara kelahiran bayi, semuanya ada risiko tersendiri. Samalah halnya dengan kelahiran caesarean.
Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean, maka makin tinggi risikonya. Disebabkan itulah sering kedengaran orang berkata had untuk kelahiran caesarean cuma empat sahaja. Persoalan tentang berapa kali ibu hamil boleh melahirkan anak secara pembedahan tiada jawapan yang jelas.
Menurut kenyataan Dr. Marra Francis, satu atau dua kali kelahiran caesarean tidak mempunyai sebarang risiko nyata kepada ibu atau bayi. Namun, apabila ia melibatkan kelahiran caesarean untuk kali ketiga dan berikutnya, akan ada risiko komplikasi yang nyata.”
Mari kita fahami risiko-risiko yang mungkin boleh timbul daripada kelahiran secara pembedahan caesarean yang kerap.
Setiap kali melahirkan anak secara pembedahan caesarean yang mana ia melibatkan bahagian perut, maka anda akan mendapat parut di bahagian berkenaan. Apabila kerap bersalin secara caesarean, maka makin banyak parut di bahagian itu yang akhirnya akan menyebabkan pembedahan caesarean di masa akan datang menjadi lebih payah dikendalikan.
Kekerapan pembedahan caesarean boleh mengakibatkan gangguan kepada uri. Oleh sebab itulah, doktor sering risau tentang masalah uri seperti uri melekat dan uri lekang.
Komplikasi sebegini jarang kedengaran, namun risikonya tetap ada kepada mana-mana ibu hamil yang kerap melahirkan anak secara caesarean.
Pendarahan yang banyak boleh berlaku apabila anda menjalani pembedahan caesarean, sama seperti risiko-risiko lain dan akan meningkat bila semakin kerap anda bersalin secara pembedahan. Kekerapan bersalin secara pembedahan menyebabkan anda berisiko mengalami pendarahan banyak dan meningkatkan risiko histerektomi (satu prosedur pembedahan untuk membuang rahim sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya).
Apa-apa pun, sebagai manusia anda tidak dapat menjangka proses kelahiran bayi. Mungkin anda seboleh mungkin mahu melahirkan bayi secara normal, namun jika keadaan memaksa, anda perlu reda. Apa yang penting, anda tahu dah fahami risiko-risiko yang bakal berlaku.
Sehubungan itu, anda perlu mematuhi nasihat doktor untuk menjarakkan kehamilan seterusnya. Dibimbangi jika anda terpaksa melahirkan anak berikutnya melalui pembedahan caesarean juga. Di sinilah akan berlaku konflik kerana ada peningkatan risiko kepada anda dan bayi di dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.