Kluster baharu Mpox dikesan, dan seperti yang dijangka, KKM segera mengeluarkan nasihat agar orang ramai mengambil langkah pencegahan tambahan.
Pihak kementerian turut mengingatkan bahawa kanak-kanak dan wanita hamil berada dalam kategori paling berisiko, menjadikan kluster terbaharu ini sesuatu yang tak boleh dipandang ringan. Situasi ini sekali lagi membuka mata semua bahawa Mpox masih aktif dan memerlukan
KKM juga mengesahkan berlakunya satu kluster mpox baharu yang membabitkan empat ahli keluarga, dengan kes indeks merupakan seorang lelaki bukan warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Afrika Barat.
Menurut kenyataan KKM, pesakit tersebut mula mengalami gejala pada 20 Oktober lalu sebelum disahkan positif mpox (Clade II) pada 12 November.
Susulan itu, siasatan lanjut mendapati tiga ahli keluarga serumah turut menunjukkan gejala bermula 30 Oktober, dan kesemua mereka kemudiannya disahkan positif mpox (Clade II) pada 13 November.
“Kesemua kes berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pengasingan di rumah. Semua kontak rapat telah dikenal pasti, disaring, dan diarahkan menjalani pengasingan,” menurut kenyataan itu.
KKM turut memaklumkan bahawa sehingga minggu epidemiologi ke-46 (ME 46/2025), sebanyak 12 kes mpox telah dilaporkan tahun ini, menjadikan keseluruhan 23 kes direkodkan di Malaysia sejak kes pertama dikesan pada Julai 2023.
Daripada jumlah tersebut, 22 kes melibatkan jangkitan Clade II manakala satu kes adalah Clade Ib.
Kenyataan itu menegaskan bahawa semua kes setakat ini berjaya dibendung hasil pengesanan awal, pengasingan pesakit dan pemeriksaan kontak rapat, serta tiada penularan dalam komuniti dikesan.

KKM menyarankan agar orang ramai terus mengamalkan langkah pencegahan, termasuk mengelakkan sentuhan langsung dengan individu yang bergejala atau disyaki dijangkiti mpox .
Mpox ialah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus monkeypox, iaitu spesis di bawah genus Orthopoxvirus.
Gejala mpox ialah demam berserta ruam atau lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea.
Penularan mpox berlaku terutamanya melalui sentuhan rapat dengan individu yang dijangkiti dan jangkitan boleh merebak apabila seseorang menyentuh ruam atau lepuh pada kulit pesakit, melalui hubungan seksual, atau melalui permukaan dan objek yang tercemar dengan cecair badan pesakit.
Penyakit mpox boleh menjadi lebih serius bagi kanak-kanak, wanita hamil, dan individu berimuniti rendah.
Sumber: Harian Metro