Selepas isteri selamat melahirkan cahaya mata kedua, usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad telah menitipkan pesanan istimewa buat anak lelakinya Rayqal Arees.
Dalam nukilan tersebut, sebagai bapa besar harapannya untuk melihat amanah yang diberikan oleh Allah SWT ini menjadi insan yang berguna, berjaya dan sentiasa membahagiakan keluarga.
Bukan itu saja, Hafiz turut memberi pesanan buat Rayqal Arees supaya menghargai dan menyayangi mummynya walau apa keadaan sekalipun serta harus kuat untuk menjaga keluarga.
Berikut nukilan yang bermakna Hafiz Mahamad buat anak lelakinya :
Ketika aku menulis ini, awak masih lagi berusia baru 18Jam. Rayqal Arees, Daddy syukur awak datang dalam kehidupan kami dalam keadaan sihat, semangat & daddy tahu awak adalah “lelaki hebat”
Wahai anak lelaki ku, Seperti mana pun keadaan mu, “Jangan pernah lupa ttg ibu mu”. Besar jasa ibu mu, jagalah hati mummy hingga nafas yg terakhir.
Mummy awak seorang yg cantik, lembut. Puji & jagalah dia seperti mana “atuk” kamu menjaga mummy. Jangan pernah biarkan dia menangis kerana kecewa ataupun di hina manusia. Ibu mu kuat menjaga kamu & kamu “anak lelaki” daddy pun harus kuat untuk menjaga keluarga
Ads
Jika setitis air mata ibu mu jatuh, “Ambil penting perkara itu” ! Tanya dia sehingga kamu dpt jawapan. Mummy kamu suka sembunyikan.. tanya sampai dapat jawapan
Jika menitis kerana dia bangga dgn perjuangan kamu, kamu harus teruskan. Jika menitis kerana manusia lain, kamu harus kuat, bijak & tahu “bagaimana untuk menguruskan”
Membesar & belajar lah anak ku Rayqal, jangan merendahkan orang yg kamu rasa dia lemah. Angkat darjat & pimpin mereka yg dalam keadaan lemah. Wujudkan jiwa “pemimpin” dalam diri kamu
Jangan pernah sombong, kerana asal usul orang tuamu juga seperti mereka. Orang orang ini adalah sahabat sahabat ku & mereka yg menghulur doa untuk keluarga, perniagaan kita & “KAMU”. Kamu terhutang budi dengan mereka, membesar lah kamu untuk membantu Ummah
@ainaabeautyofficial , ini punca rezeki daddy & mummy. Di dalam ni ada pasukan & hamba Allah yg perlu kamu hormati. 1 hari nanti, jika mereka memanjakan mu & memanggilmu “anak boss”. “Tundukkan muka mu” & berlatih untuk “merendah diri”
Rayqal, ini hadiah untuk kamu Hadiah daddy adalah, “Amanah” untuk kamu Daddy akan mendidik kamu untuk menjadi “lelaki yg sebenar”. Jalankan tugas mu wahai anak Kayakan lah ibumu, ingat pesan ini
Ads
Cari lah kejayaan yg sebenar dalam hidupmu Membesar, cari & kenal lah ayat yg terakhir ni. Apa dia ? Ini yg selalu daddy pegang & jadikan prinsip hidup..
“Kejayaan Demi Kebahagiaan” Kamu akan faham nanti 💙
Hafiz Mahamad Insan yg hanya menumpang rezeki isteri AINAA & anak anak Raisya & Rayqal
Menerusi ruangan komen, ramai yang tersentuh hati melihat video dan membaca nukilan Hafiz serta mendoakan yang baik-baik saja untuk baby Rayqal Arees.
“Ya Allah.. trima kasih @hafizmahamad dan @syafiqahaina atas prkongsian yg mungkin dpt myedarkan ramai anak-anak yang mungkin lalai termasuk saya dan tunjuk betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa saat ingin melahirkan seorang manusia dimuka bumi ni.. 😭😭 Semoga kebaikan kalian berdua mendapat rahmat dan diberkati.. Walaupun bukan wang ringgit yang dikongsi tapi setiap apa peringatan yang dikongsi untuk peringatan kita semua dah cukup bermakna❤️”
Ads
“Ya Allah tahniah kak @syafiqahaina for second born ❤️ meremamngg tengok video ni hargailah ibu kita 😢”
“Masya Allah tabarakallah. Jadi anak yg soleh yaa Rayqal.. ❤️ semoga jd anak yg baik. Taat ibu bapa. Aamiin Insha Allah”
Walau pun baru 12 hari mewujudkan akaun Instagram, bayi comel ini nampaknya mula mendapat perhatian netizen. Muhammad Zayne Tyler, anak kepada Mat Dan nampaknya mula menjadi pujaan para netizen.
Kecomelan penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Februari 2019 ini boleh membuat sesiapa pun cair. Dengan wajah kacukan England-Malaysia, Zayne tampil comel dengan foto-foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.
Ketika sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini, Zayne memberikan kerjasama yang sangat baik. Mengenakan topi chef, anak kecil ini rupanya sukakan roti. Kata Mat Dan, Zayne memang suka makan roti. Malah dia sangat tertarik dengan roti baguette yang dijadikan props.
Zayne kini masih menyusu susu ibu. Pada usia 8 bulan, dia sudah pun boleh merangkak laju. Berikut adalah posting-posting yang dikongsikan dalam Instagram beliau.
Lana Nordin, Pelakon telah memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka berdarah Amerika Syarikat, Mohd Daud McKienzie (David McKienzie) pada 15 Mei 2015. Mereka kini dilihat semakin bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzie (3 tahun), William McKienzie (2 bulan).
Lana telah memuat naik video anaknya, Gia Quinn bertutur dalam bahasa Melayu di instagramnya. Aksi comel Gia Quinn mencuit hati netizen dan ramai yang terhibur dengan gelagatnya.
Bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama keluarga, Lana Nordin dipuji peminat dan netizen kerana masih lagi menggunakan bahasa ibunda dan mempraktikkan di rumah bersama anak-anak. Gia yang semakin membesar kelihatan semakin aktif dan bertambah comel dengan telatahnya yang mencuit hati.
“Asyik beranak anak lelaki je, boleh lah lepas ni beranak baby girl kan?” Biasanya ibu-ibu yang memiliki anak lelaki kesemuanya pasti mendapat sindiran seperti ini. Seolah kita boleh memilih jantina ketika dalam kandungan.
Buat ibu ayah yang mempunyai anak lelaki, tahniah..sebenarnya anda sedang membesarkan bakal imam, bakal khalifah yang hebat.
KEPADA ANDA YANG ADA ANAK LELAKI
Orang kata penat jaga anak lelaki, Tak duduk diam lari sana sini, Bukan setakat berlari, tapi bergusti, Haiihhh, orang kiri kanan pun perli perli.
Biar dia main lumpur sampai kotor kaki, Biar dia aktif tak henti, Kerana percayalah satu hari nanti, Apa yang dia dapat kini, Dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Banyak kelebihan buat anak lelaki, Yang ramai tak tahu tapi Allah dah beri, Sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari, Dialah harapan ibu ayah dan family. Bimbing dan sayang dia agar success dan happy.
Orang kata anak lelaki tak reti duduk diam, Baguslah tu, bila tak duduk saja dan menganyam. Jangan disuruh diam sampai ke malam, Takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi, Tambah tambah bila peluk ciumnya tak henti-henti. Diselit kasih sayang ayah mithali, Jangan terkejut satu hari nanti, Bila anak yang aktif lari sana sini ini, Disayangi masyarakat dan planet bumi.
So, jangan pukul dan maki anak lelaki, Kerana dia tak putus membentuk diri, Untuk dia kumpul dan punya identiti, Yang bukan saja buatkan ibu ayahnya happy, Malah menjadi saham akhirat buat mommy daddy.
Dialah anak lelaki mithali, Jangan biar dia main dan lari sendiri, Tapi ciumlah dia berulang kali, Kata sayang dan rindu lagi dan lagi. Agar dia terus rasa dihargai, Punya ibu dan ayah seperti ini.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti.
Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biar pun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Semoga suatu hari nanti apabila kita telah meninggal dunia dan mereka yang akan mengimamkan solat jenazah kita.
Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.
kredit: The Tazkirah Iman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.