Selepas isteri selamat melahirkan cahaya mata kedua, usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad telah menitipkan pesanan istimewa buat anak lelakinya Rayqal Arees.

Dalam nukilan tersebut, sebagai bapa besar harapannya untuk melihat amanah yang diberikan oleh Allah SWT ini menjadi insan yang berguna, berjaya dan sentiasa membahagiakan keluarga.

Kongsi Momen Isteri Bertarung Nyawa Bersalin, Sebak Nukilan Hafiz Mahamad!

Bukan itu saja, Hafiz turut memberi pesanan buat Rayqal Arees supaya menghargai dan menyayangi mummynya walau apa keadaan sekalipun serta harus kuat untuk menjaga keluarga.

Berikut nukilan yang bermakna Hafiz Mahamad buat anak lelakinya :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Anakku, ini hadiah untuk awak

Ketika aku menulis ini, awak masih lagi berusia baru 18Jam.
Rayqal Arees, Daddy syukur awak datang dalam kehidupan kami dalam keadaan sihat, semangat & daddy tahu awak adalah “lelaki hebat”

Wahai anak lelaki ku,
Seperti mana pun keadaan mu, “Jangan pernah lupa ttg ibu mu”. Besar jasa ibu mu, jagalah hati mummy hingga nafas yg terakhir.

Mummy awak seorang yg cantik, lembut. Puji & jagalah dia seperti mana “atuk” kamu menjaga mummy. Jangan pernah biarkan dia menangis kerana kecewa ataupun di hina manusia. Ibu mu kuat menjaga kamu & kamu “anak lelaki” daddy pun harus kuat untuk menjaga keluarga

Kongsi Momen Isteri Bertarung Nyawa Bersalin, Sebak Nukilan Hafiz Mahamad!

IKLAN

Jika setitis air mata ibu mu jatuh,
“Ambil penting perkara itu” ! Tanya dia sehingga kamu dpt jawapan. Mummy kamu suka sembunyikan.. tanya sampai dapat jawapan

Jika menitis kerana dia bangga dgn perjuangan kamu, kamu harus teruskan. Jika menitis kerana manusia lain, kamu harus kuat, bijak & tahu “bagaimana untuk menguruskan”

Membesar & belajar lah anak ku
Rayqal, jangan merendahkan orang yg kamu rasa dia lemah. Angkat darjat & pimpin mereka yg dalam keadaan lemah. Wujudkan jiwa “pemimpin” dalam diri kamu

Jangan pernah sombong, kerana asal usul orang tuamu juga seperti mereka. Orang orang ini adalah sahabat sahabat ku & mereka yg menghulur doa untuk keluarga, perniagaan kita & “KAMU”. Kamu terhutang budi dengan mereka, membesar lah kamu untuk membantu Ummah

@ainaabeautyofficial , ini punca rezeki daddy & mummy. Di dalam ni ada pasukan & hamba Allah yg perlu kamu hormati. 1 hari nanti, jika mereka memanjakan mu & memanggilmu “anak boss”. “Tundukkan muka mu” & berlatih untuk “merendah diri”

Kongsi Momen Isteri Bertarung Nyawa Bersalin, Sebak Nukilan Hafiz Mahamad!

Rayqal, ini hadiah untuk kamu
Hadiah daddy adalah, “Amanah” untuk kamu
Daddy akan mendidik kamu untuk menjadi “lelaki yg sebenar”. Jalankan tugas mu wahai anak
Kayakan lah ibumu, ingat pesan ini

IKLAN

Cari lah kejayaan yg sebenar dalam hidupmu
Membesar, cari & kenal lah ayat yg terakhir ni. Apa dia ?
Ini yg selalu daddy pegang & jadikan prinsip hidup..

“Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Kamu akan faham nanti 💙

Hafiz Mahamad
Insan yg hanya menumpang rezeki isteri AINAA & anak anak Raisya & Rayqal

Menerusi ruangan komen, ramai yang tersentuh hati melihat video dan membaca nukilan Hafiz serta mendoakan yang baik-baik saja untuk baby Rayqal Arees.

Kongsi Momen Isteri Bertarung Nyawa Bersalin, Sebak Nukilan Hafiz Mahamad!

“Ya Allah.. trima kasih @hafizmahamad dan @syafiqahaina atas prkongsian yg mungkin dpt myedarkan ramai anak-anak yang mungkin lalai termasuk saya dan tunjuk betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa saat ingin melahirkan seorang manusia dimuka bumi ni.. 😭😭 Semoga kebaikan kalian berdua mendapat rahmat dan diberkati.. Walaupun bukan wang ringgit yang dikongsi tapi setiap apa peringatan yang dikongsi untuk peringatan kita semua dah cukup bermakna❤️”

IKLAN

“Ya Allah tahniah kak @syafiqahaina for second born ❤️ meremamngg tengok video ni hargailah ibu kita 😢”

“Masya Allah tabarakallah. Jadi anak yg soleh yaa Rayqal.. ❤️ semoga jd anak yg baik. Taat ibu bapa. Aamiin Insha Allah”

Kredit: IG Hafiz Mahamad

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Kongsi Momen Isteri Bertarung Nyawa Bersalin, Sebak Nukilan Hafiz Mahamad!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI