Malang tidak berbau, oleh itu kita harus sentiasa bersedia dan tenang ketika berdepan dengan situasi cemas. Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Ellysyafina Dali, menceritakan perihal kotak suis elektrik di rumahnya yang tiba-tiba terbakar. Pada ketika itu, Elly sedang memandikan anak kecilnya ketika dua orang anaknya yang lain memanggil Elly untuk turun ke bawah.

Berlari mendapatkan kedua-dua anaknya di tingkat bawah, Elly segera mengambil kunci untuk membuka pintu rumah. Kemudian dia menyuruh anak ketiganya yang berada di atas untuk turun dan keluar bersama yang lain. Elly pula naik semula ke atas untuk mengambil anak bongsunya. Kemudian, meminta anak sulungnya untuk dukung adik dan berlari keluar sebelum dia masuk semula ke rumah untuk mengambil telefon bimbit bagi menghubung ibunya.

Kotak Suis Elektrik Terbakar, Api Makin Marak. Ibu Jadi Hero Selamatkan Empat Orang Anak
Api yang mulai marak selepas kotak suis elektrik terbakar

Kebetulan ibu Elly tinggal berhampiran rumah mereka, dia meminta agar anak-anaknya dijaga sebentar. Elly tidak membuang masa lantas menghubungi pihak bomba. Kemudian Elly hubungi pula suaminya memberitahu tentang kebakaran yang berlaku.

Kotak Suis Elektrik Terbakar, Api Makin Marak. Ibu Jadi Hero Selamatkan Empat Orang Anak
Kotak suis yang terbakar

Pun begitu, Elly kekal tenang dan teringatkan pemadam api yang ada di dalam rumah. Elly kemudiannya berlari semula ke dalam rumah untuk memadamkan api yang sedang marak. Berjaya memadamkan api, pada ketika itulah dia mula menggeletar seluruh badannya.

Ikuti perkongsian Elly dan tip yang dikongsikan sekiranya berdepan dengan situasi cemas begini:

Ketika kejadian lebih kurang jam 11am saya sedang mandikan anak kecil di tingkat atas. Terdengar suara anak sulung dan anak ke-2 menjerit berkali-kali dari tingkat bawah. “Ibu..ibu, tolong ibu, ibu turun sekarang ibu”. Saya jenguk dari tangga, Allahuakhbar api..! Api keluar dari main switch box yang terletak di sebelah pintu utama rumah. Anak-anak, saling menjerit ketakutan.

Saya tinggalkan anak ke-3 dan ke-4 di tingkat atas, berlari turun ke bawah ambil kunci rumah, buka pintu dan grill. Tolak anak ke-2 keluar rumah sambil itu saya menjerit sekuat hati minta anak ke-3 keluar dari bilik air di tingkat atas. Anak kecil usia 2 tahun juga masih di atas. Saya berlari naik ke atas selamatkan si kecil dan minta anak sulung dukung dan keluar dari rumah.

Saya kumpulkan mereka 4 beradik di luar pagar rumah. Api sedang membesar. Saya istighfar dan tawakal berlari semula naik ke tingkat atas ambil handphone. Sambil berlari turun tangga, terus hubungi Mak. “Mak, rumah Ayong terbakar, tolong datang ambil anak-anak Ayong”.

IKLAN

Kemudian jari laju dail 999. “Cik, rumah saya terbakar di Saujana Impian Kajang. Mereka terus sambungkan panggilan ke Balai Bomba berhampiran. Saya hubungi pula suami yang sedang bekerja. “Abang, balik..rumah kita terbakar”.

Beberapa minit kemudian adik saya sampai dan ambil anak-anak bawa ke rumah Mak (rumah saya berhampiran dengan rumah Mak). Dalam keadaan kelam kabut, saya terfikir, “aku ada alat pemadam api”. Capai pemadam api, tarik kuncinya. Saya tawakal sepenuhnya, berlari semula masuk ke rumah untuk padamkan api yang kian marak. Non-stop tekan pemadam api.

Kotak Suis Elektrik Terbakar, Api Makin Marak. Ibu Jadi Hero Selamatkan Empat Orang Anak
Pemadam api yang Elly gunakan

Alhamdulillah api padam. Jatuh terduduk saya lepas tu. Lembik kaki. Menggeletar satu badan. Diam tak terkata atas lantai. Kemudian mak, abah dan suami sampai. 45 minit berlalu, Bomba masih belum tiba. Bayangkan jika tiada pemadam api, bagaimana keadaan api dan rumah. Allahuakhbar.

Kotak Suis Elektrik Terbakar, Api Makin Marak. Ibu Jadi Hero Selamatkan Empat Orang Anak
Trak bomba yang datang untuk membantu memadamkan kebakaran

Pengalaman ini benar-benar mengajar. Tips ini saya kongsikan kepada semua sahabat. Jika berlaku kebakaran ketika kita berada di dalam rumah.

  1. JANGAN PANIK

Ya, bukan mudah nak bertenang dalam situasi cemas tapi mahu atau tidak, kita sedang pikul tanggungjawab besar sebagai seorang Ibu. Nyawa anak-anak menjadi keutamaan. Jika kita panik, seriously kita tidak boleh berfikir secara rasional.

IKLAN
  1. BERKUMPUL SATU TEMPAT

Pastikan semua orang di dalam rumah berkumpul di luar rumah atau ditempat selamat. Ini untuk memudahkan proses menyelamat.

  1. SELAMATKAN DIRI SENDIRI

Cuba sepantas boleh selamatkan diri kerana hanya kita sahaja tahu laluan mana di dalam rumah yang paling selamat untuk kita selamatkan diri.

  1. HUBUNGI 999/KELUARGA

Telefon keluarga dan pihak penyelamat, talian 999 sangat membantu. Apa yang boleh saya katakan, mereka sangat efficient. Hubungi TNB juga.

  1. ALAT PEMADAM API

Wajib ada pemadam api disetiap rumah. Ia berguna. Ya, sekarang kita fikir tiada keperluan tapi jika berlaku kebakaran ia membantu selamatkan nyawa, harta benda dan kawasan kejiranan. Jika berlaku kepada jiran, kita dapat membantu. Pahala free.

IKLAN
  1. CHECK PENDAWAIAN ELEKTRIK

Panggil orang berpengalaman untuk periksa pendawaian elektrik. Saya difahamkan oleh pihak Bomba, soket longgar di Main Switch Box dan ia mengakibatkan percikan api berlaku.

Semoga tips ini dapat memberi persediaan mental fizikal kepada kita jika berdepan dengan situasi cemas.

Terima kasih Ya Allah, Kau turunkan ujian diwaktu siang semasa aku sudah terjaga dari tidur malamku. Jika ujian ini berlaku dikala aku sekeluarga sedang nyenyak tidur, mungkin kami sekeluarga terkandas di tingkat atas dan sudah tiada di dunia ini. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk kami tumpang di bumi-Mu ini lagi.

#MalangTidakBerbau

#AllahUjiSebabDIASayang

#PentingAdanyaPemadamApi

Sumber: Ellysyafina Dali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI