
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Hari ini, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 secara rasmi diumumkan di seluruh negara.
Menurut makluman rasmi dari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), majlis pengumuman dan penyerahan slip keputusan boleh diadakan di peringkat sekolah masing-masing.
Yang paling penting, majlis ini hendaklah melibatkan semua calon yang menduduki peperiksaan SPM, bukan hanya tumpu kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sahaja.
KPM menegaskan, setiap calon berhak diraikan kerana mereka semua telah menunjukkan usaha dan sumbangan besar dalam prestasi sekolah secara keseluruhan.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia