Bagi ibubapa yang mahu merancang cuti balik kampung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan diberikan sebanyak tiga hari bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Ia diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai.
Kredit Foto: Sinar Harian
Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM ini pula berbeza untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut merupakan cuti yang diberikan mengikut hari:
Ads
1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
30 Mac 2025 (Ahad)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
Ads
Kredit Foto: Sinar Harian
2) Kumpulan B
Ads
(Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
4 April 2025 (Jumaat)
Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka pada 31 Mac (Isnin) (tertakluk pada perubahan) dan 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu.
Siapa yang tak kenal dengan Bell Ngasri. Nama yang sinonim dengan watak-watak lucu dan mencuit hati dalam pelbagai drama dan filem tempatan. Kalau sebut je nama Bell, pasti ramai yang teringat lawak bersahaja dia yang sentiasa buat kita tergelak sampai lupa masalah seharian. Tapi kali ni, Bell tampil dengan sisi berbeza yang buat ramai penonton teruja.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram pakmatwesterncafe, Bell tampil dengan membawak perwatakan seorang lelaki serius, pemarah dan sedih. Tiada watak lucu yang sinonim dengan dirinya.
Dalam sebuah babak penuh emosi, Bell melontarkan dialog, “Kenapa Tuhan buat aku begini?” dengan air mata bergenang dan raut wajah penuh kesedihan. Babak tu meruntun hati ramai yang menonton. Pertama kali kita lihat Bell membawakan watak berat sebegini, dan ternyata lakonannya cukup berkesan. Tak sangka, pelawak yang biasa kita lihat dengan gelak tawa mampu membawa watak sebegini!
Meninjau di ruang komen, ramai yang memberi pujian terhadap lakonan Bell dalam watak serius ini. Kata mereka, Bell berjaya membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelawak, tapi seorang pelakon versatil yang mampu membawa pelbagai jenis watak. Ada yang kata, “Tak pernah sangka Bell boleh buat aku menangis. Babak tu betul-betul sampai ke hati.”
Namun begitu, ada juga segelintir penonton yang mengakui bahawa walaupun Bell membawa watak berat, mereka tetap rasa nak gelak.
Ini yang membuatkana ada yang ‘geram’ mungkin sebab kita semua dah terbiasa dengan imej Bell yang kelakar. Nak tak nak, aura komedinya tetap melekat dalam minda penonton.
Walaupun ada yang berpendapat begitu, tak dapat dinafikan lakonan serius Bell kali ini membuktikan bahawa dia seorang pelakon yang berbakat besar. Mungkin selama ini, sisi serius Bell jarang diketengahkan. Tetapi dengan watak ini, Bell berjaya memecah stereotaip dan membuka mata ramai tentang kemampuannya.
Apapun, Bell Ngasri kini bukan lagi sekadar ikon lawak. Dia seorang pelakon serba boleh yang telah mencuri hati penonton dengan bakat dan keikhlasannya dalam setiap lakonan yang dibawakan. Teruskan memberi sokongan kepada pelakon berbakat ini, dan nantikan lebih banyak kejutan dari Bell di masa hadapan.
Pemergian anak comel, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Alor Gajah, Melaka pada 6 September lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat kedua ibu dan ayahnya.
Genap tujuh hari pemergiannya, ibu Allahyarham Muhammad Al Fateh, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru sempat berkongsi kronologi kejadian yang menimpa anak tunggalnya itu.
Berikut adalah perkongsian beliau:
“Alhamdulilah masih segar lagi dalam ingatan mummy. Pada jam 7.10 pagi Atuk dukung Al Fateh, mummy bawa beg susu dan beg pendingin berisi makanan Al Fateh.
“Kami jalan kaki ke taska kerana sudah empat hari naik kereta. Mummy cakap hari ni hendak jalan kaki.
“Pada pukul 9.00 pagi, pihak taska telefon beritahu tubuh Al Fateh membiru dan minta segera ke taska,” kongsinya.
Namun, setiba Sabrina ke pusat jagaan berkenaan, didapati bayinya dalam keadaan yang tidak dijangka. Al Fateh yang dihantar dalam keadaan sihat kini terkulai dan dikejarkan ke hospital.
“9.10 pagi mummy tiba di taska. Mummy tengok Al Fateh terkulai, pucat lesi. Tidak membiru manakala darah mengalir dari hidung. Mummy tanya “Anak saya jatuh ke?”
“Pihak taska serahkan Al Fateh kepada Atok. Mereka cakap ‘pergi ke klinik cepat puan, pergi ke klinik dahulu puan”.
“Alhamdulilah Mummy tidak ke klinik. Selepas melihat keadaan Al Fateh begitu, Mummy drive terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Alor Gajah,” kongsinya.
Dalam keadaan cemas, Sabrina sempat menghubungi suaminya memaklumkan keadaan menimpa anak kesayangan mereka.
“9.15 pagi tiba di Jabatan kecemasan. Kakitangan hospital mengambil Al Fateh dan meminta Mummy parkir. Dalam masa yang Mummy called daddy. “Balik sekarang anak biru”. Daddy tanya bagaimana boleh terjadi begitu, namun Mummy terus beritahu supaya Daddy pulang segera.
“9.30 pagi, doktor yang merawat memberitahu tiada denyutan jantung manakala bola mata tidak menunjukkan responds. Ketika itu pakar pediatrik bertanya apa yang berlaku namun pihak taska beritahu Al Fateh minum susu dan tido. Semasa tidur Al Fateh dan teacher lakukan Resusitasi kardiopulmonari (CPR).
“Mummy tanya “adakah ia tersedak ke doktor”. Jawab doktor ia tidak boleh didiagnos dari segi fizikal dan mereka hanya boleh berikan CPR sahaja. Mummy minta (akses) kamera litar tertutup taska,” titipnya.
“15 minit berlalu, pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa anak kecil itu namun ALLAH lebih menyayanginya.
“9.45 pagi doktor panggil dan bertanya sama ada Mummy okay atau tidak. Mummy beritahu mummy okay sahaja.
“Doktor minta bacakan syahadah pada telinga Al Fateh. Mummy pegang dahi Al Fateh memang sejuk sangat. Fateh putih pucat dan tidak bergerak. Mummy kata “Anak Mummy, Anak Mummy tunggu Mummy di syurga ya.” Mummy baca syahadah berulang pada telinga Al Fateh. Doktor buat CPR terakhir.
“10.00 pagi, doktor maklumkan Al Fateh tidak dapat diselamatkan. “Anak puan sudah meninggal dunia. Sekarang sudah jadi kes polis. Kami akan bawa ke Jabatan Forensik,” katanya lagi.
Siapa menyangka anak yang sebelum itu sihat dan ceria kini terkujur kaku tidak bernyawa. Tambah sayu Sabrina juga diberitahu hasil pemeriksaan CCTV yang tragis hingga menjadikan pemergian Al Fateh sebagai kes jenayah.
“Dalam 10 lebih Daddy sampai. Last daddy jumpa Al Fateh pada Isnin, 2 September. Fateh ketika itu sudah dibalut kemas tetapi mummy minta buka bahagian muka kerana tahu Daddy mesti hendak tengok dahulu.
“Alhamdulilah kawan-kawan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Naning tiba dan pengasuh yang menjaga Fateh dari hari Isnin sampai Khamis juga sampai dan melihat arwah.
“Jam 11.00 pagi, Al Fateh di bawa ke forensik dan pada pukul 1 tengah hari Polis Diraja Malaysia tiba. Polis, Daddy, Pak Teh dan Mak Teh ikut sekali ke taska untuk melihat rakaman CCTV.
“Tidak ingat pukul berapa Daddy kemudian datang tiba ke hospital semula dengan marahnya dan beritahu apa yang dilihat menerusi rakaman CCTV.
“Allahu anak. Sebab itu agaknya Mummy berikan nama Al Fateh. Anak mummy memang kuat. Di penghujung nyawa pun anak mummy berjuang, Allahuakbar.
“Pada pukul 5.40 petang, bedah siasat selesai dan hasilnya mendapati Al Fateh meninggal dunia kerana lemas. Allahu anak,” kongsinya.
Berkongsi momen terakhir bersama anak yang ditunggu-tunggu kehadirannya, Sabrina mengakui mencemburui pemergian Al Fateh yang jatuh pada hari Jumaat.
“Pukul 10.30 malam kali terakhir Mummy mandikan Al Fateh. Daddy tidak sanggup tengok Al Fateh selepas post mortem berjahit pada kepala and dada, jadi Daddy duduk di luar.
“Alhamdulilah mummy tengok Al Fateh senyum sahaja seperti sedang tidur. Mummy rasa macam Al Fateh sudah bahagia bermain-main di taman syurga.
“10.50 malam Alhamdulilah ramai solatkan Al Fateh di hospital. Then apabila selepas mummy mahu juga bawa Al Fateh balik rumah. Nak fateh singgah di rumah buat kali terakhir. Alhamdulilah ramai solatkanAl Fateh di rumah.
“11.50 malam seasa dikubur pun ramai yang hadir. Daddy masukkan Al Fateh ke dalam liang lahad. Alhamdulilah mummy sempat tengok wajah Al Fateh.
“12.00 tengah malam, Alhamdulilah anak mummy selamat dikebumikan. Mummy bersyukur semua selesai dan dipermudahkan. Alhamdulilah,” coret Sabrina.
Biarpun pedih dan sedih dengan kehilangan namun ibu tabah ini turut mendoakan agar anak kesayangannya itu ditempatkan di syurga.
“Terima kasih semua yg banyak membantu kami dan keluarga. Alhamdulilah, Mummy sangt mencemburui pemergian Al Fateh pada hari Jumaat dan ditangisi seluruh Malaysia. Kalau boleh mummy juga ingin pergi pada hari Jumaat macam Al Fateh.
“Berbahagialah anak Mummy di syurga. Insya-ALLAH Mummy kumpul banyak-banyak pahala di dunia ini supaya dapat bersama anak Mummy nanti. Insya-ALLAH,” titipnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kertas siasatan kes telah dilengkapkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Polis mengesahkan menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam beg dan diletakkan di kawasan kedai makan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.
Bayi dalam keadaan sihat
Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan telah terjumpa seorang bayi perempuan berusia dua bulan pada jam 10.49 pagi.
“Pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia yang tiba di lokasi kejadian telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan bayi yang dijumpai itu berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, bayi perempuan tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.
“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa maklumat yang sahih.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.