Anak pertama biasanya kita menjaga dengan sempurna. Apabila anak sudah ramai, kita hilang fokus. Sedangkan kita sepatutnya memberi makanan berkhasiat kepada mereka dan sepatutnya itulah yang perlu dilakukan.
Sebagai ibu kita bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak kita mendapat kesihatan yang baik. Ini kerana setiap hari anak-anak terdedah kepada macam-macam kuman. Oleh itu kita kenalah bagi mereka makan makanan yang sihat supaya dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Perkongsian dari Puan Herny Hafiz melalui group Geng Memasak Untuk Anak mengenai pemakanan apa yang patut diamalkan dan diberi pada anak sangat membantu.
Berikut ialah 8 superfood yang ibu semua boleh sediakan dalam menyediakan makanan harian anak-anak.
Ads
1. Bawang Putih
– Bawang putih bersifat anti bakteria, anti virus dan anti kulat.
2. Badam
– Badam kaya vitamin E
Ads
3. Brokoli
– Brokoli kaya dengan Vitamin A, C dan E serta pelbagai anti oksidan.
4. Cendawan
– Cendawan kaya dengan beta glucan yang dipercayai penting dalam meningkatkan imun sistem.
Ads
5. Kunyit
– Kunyit merupakan anti radang yang bagus bagi mengelakkan anak yang sering gatal-gatal, bersin, selsema dan berkahak.6. Limau
– Limau atau citrus kaya dengan Vitamin C.
7. Halia
– Halia berkesan untuk melegakan masalah selsema dan batuk batuk.
8. Yogurt
– Yogurt kaya dengan prebiotik yang menyihatkan sistem penghadaman.
Selalunya kalau buat sandwich telur untuk anak-anak, mesti telur asyik terjatuh keluar dari roti. Anak makan pun selalu bersepah.
Kali ini doktor kongsikan resepi sandwich telur yang sangat mudah dan pastinya tak mudah terabur. Jom ikuti perkongsian ini.
Kembali lagi kita dengan siri sandwic telur. Ada orang yang minta saya cadangan macam mana nak buat sandwic yang cepat, sedap dan tak mudah terabur bila anak-anak makan. Baiklah!
1 butir telur
2 keping roti
1 sudu besar mentega
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar keju mozarella
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Sandwich ni, dalam 2-3 minit boleh siap (tak termasuk masa untuk membasuh peralatan memasak). Kena letak penafian siap-siap, kalau tak nanti ada yang pertikaikan. Hehe!
Masukkan 150-200ml air panas dalam cawan, pecahkan telur di dalam air berkenaan. Kita nak masak gunakan microwave. Pecahkan kuning telur sikit kalau bimbang ia meletup.
Kalau gunakan air panas, bubuh masa dalam 1 minit. Kalau gunakan air suhu bilik, bubuh dalam 1½-2 minit. Masa ni sebenarnya bergantung pada gred telur, isipadu air, dan jenis microwave yang digunakan.
Panas-panas lagi ni, masukkan mentega. Mudah ia nak mencair. Nak letak marjerin? Silakan. Tak nak letak? Pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
Masukkan mayonis. Tak perlu banyak sangat. Saya suka gunakan mayonis yang tak berapa manis. Saya dapati di Malaysia ni banyak mayonis yang agak manis. Tak pastilah kenapa.
Akhir sekali masukkan keju mozarella yang diparut. Nak gunakan kepingan keju cheddar pun boleh sahaja. Saya gunakan mozarella sebab dia mudah cair dan boleh “ditarik”. Anak-anak suka.
Gaulkan sehingga tahap hancur yang kalian mahukan. Ada orang suka telurnya tu hancur halus-halus, ada suka kasar-kasar. Saya nak buat kasar sedikit supaya ada “bite” bila makan nanti.
Letakkan atas roti. Isi sandwich ni pekat dan likat sebab ada keju, jadi bila makan nanti ia tak mudah berterabur keluar. Kalau tak ada keju, sandwic telur macam ni, isinya suka melarikan diri ketika makan. Haha!
Lihat warna isi sandwich ni. Menarik, kan? Vibrant, orang putih kata. Tak pucat lesi macam sandwich telur biasa tu. Yang ini, tengok pun dah menyelerakan.
Siap! Alamak yang depan tu terpenyek sikit. Buat-buat tak nampaklah eh! Tak berapa sopan kejadiannya sebab kita buat dalam masa 2 minit. Mana ada masa nak make-up cantik-cantik.
Close up! Rasa dia lebih menyerlah daripada sandwich telur biasa kerana ditambah keju mozarella. Tetapi masa dan cara penyediaannya lebih ringkas. Tak perlu basuh periuk atau kuali.
Kesihatan anak-anak biasanya bergantung pada corak pemakanan. Jika dari awal anak-anak diberikan makanan yang sihat dan tinggi nutrisi, secara tak langsung daya tahan tubuh anak boleh kuat.
Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, salah satu makanan yang bagus untuk kuatkan imuniti anak adalah kacang peas.
Kenalkan kacang peas untuk imuniti anak yang kuat. Seawal umur 6 bulan kita dah boleh ajar anak makan kacang peas.
Boleh start dengan puree atau kacang peas yang dilenyek dulu kalau takut anak tersedak.
Banyak sangat khasiat kacang peas tau. Bagus untuk anak-anak.
Kukus buat snacking, makan macam tu je pun dah sedap kan.
5 sebab kenapa kena ajar anak makan kacang peas.
1. Kandungan vitamin C, E, zink, catechin dan epicatechin, bantu tingkatkan imuniti anak.
2. Kandungan caratenoid, lutein dan zeaxanthin dalam kacang peas, penting untuk kesihatan mata anak.
3. Fiber dalam kacang peas, bagus untuk perjalanan usus yang lebih baik.
4. Kandungan omega 3 dalam kacang peas bagus untuk otak anak.
5. Ferulic acid dan coumestrol bantu kurangkan radang dalam badan anak.
Inilah real food kan. Sekecil-kecil saiznya pun, tetap ada khasiat yang anak akan dapat.
Kita cuba sama-sama ya.
Musim panas ni mesti nak minum atau makan apa- apa yang sedap dan menyejukkan tekak kan. Lebih- lebih lagi pada waktu petang. Penat seharian bekerja mesti nakkan sesuatu yang boleh membuatkan badan berasa segar semula. Apa kata cuba buat resipi puding koktail sumi.
Kebiasaannya, puding koktail sering dibuat dengan puding kastard. Tapi kali ni, resepi yang dikongsikan digantikan kastard dengan sumi. Lagi mudah untuk dibuat dan sangat murah kosnya. Bahannya juga senang dicari di kedai berhampiran rumah tau! Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Galeri Resepi.
RESEPI PUDING KOKTAIL SUMI
Puding koktail sumi Resepi puding koktail sumi paling senang.
Bahan- Bahan: – 1 tin susu cair – 1 tin mix fruit – 1 plastik mix jelly (sumi) – 2 sudu besar susu pekat (optional) – Air batu (ais)
Cara- cara: 1. Pastikan guna mangkuk jenis dalam, yang boleh muat kesemua bahan di atas. 2. Tuang 1 tin susu cair ke dalam magkuk. 3. Tambahkan 2 sudu besar susu pekat, kacau sebati. 4. Buka setiap bungkusan jelly/ sumi letak dalam mangkuk (nak potong jelly pon boleh), mama tak potong lagi sedap nak telan. 5. Buka tin buah campuran koktail (campurkan sekali air mix fruit ke dalam). 6. Last sekali rasa, bila dah cukup manis boleh terus simpan dalam peti ais ataupun teruskan je masukkan air batu… siap!
Mahu tambah buah fresh, mangga, tembikai, strawberry atau buah naga pun boleh. Benda boleh buat senang, bua tapa nak buat yang susah. Selamat mencuba ya…
Mudah sangat resipi yang dikongsikan. para ibu bolehlah buat untuk jamu kepada keluarga buat minum petang. Sedap makan sejuk- sejuk. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.