Pelakon Syatilla Melvin yang kini hamil enam bulan meluahkan rasa berdebar untuk melalui proses bersalin anak keduanya.
Isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini berkongsi perasaannya menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya.
Syatilla berkata, sebagai ibu yang sedang menanti detik bersalin perasaan berdebar itu tetap ada dalam diri. Kali ini sebolehnya nak cuba bersalin normal.
Selain menanti detik bersalin, Syatilla juga berdebar untuk mengetahui jantina anak keduanya.
Walaupun dah ada Syeriv atau lebih manja dipanggil Mat Yip, perasaan teruja nak tahu jantina adik Mat Yip sama ada lelaki atau perempuan pun sama macam anak pertama dulu.
Ads
“Anak, dah nak jadi abang anak bubu. Haih berdebaq rasa nak tahu adik Mat Yip boy ke girl. Tolonglah muka macam abang Yip.
“InshaAllah, Amin. Tiga bulan lagi tinggal sebelum ibu bersalin. Allah ketaq rasa.
Memiliki zuriat sendiri adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun tak semua pasangan berkahwin terus dikurniakan cahaya mata, ada juga yang perlu menunggu lama barulah dikurniakan zuriat sendiri.
Tak kurang juga yang mempunyai masalah kesuburan lantas sukar untuk mendapatkan zuriat tanpa mendapatkan rawatan kesuburan yang ada. Disebabkan itu ramai pasangan yang sanggup menggunakan pelbagai rawatan kesuburan sebagai salah satu usaha untuk memiliki zuriat sendiri.
Sering kali berkongsi tentang kisah kejayaan pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mendapat cahaya mata, kali ini Dr. Thokha sekali lagi Berjaya mengusik hati pasangan yang tidak pernah mempunyai cahaya mata bahawa masih ada harapan untuk si isteri hamil.
Kali ini, doktor tersebut berkongsi kisah seorang wanita yang dikurniakan kembar tiga menerusi rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) selepas keguguran ketika melakukan rawatan tersebut buat pertama kali.
Setelah gagal kali pertama, selepas menunggu 3 bulan sekali lagi wanita ini melakukan rawatan IVF. Berkat usaha dan tidak pernah putus asa dengan kekuasaan Yang Maha Esa, kaedah tersebut akhirnya Berjaya membuatkan wanita ini hamil.
Dalam perkongsian tersebut, setelah menunggu tiga bulan selepas kandungan kali pertama gugur pada usia tujuh minggu, imbasan yang dibuat menunjukkan terdapat tiga sarung dalam Rahim wanita tersebut. Sekaligus mengesahkan bahawa dirinya hamil kembar tiga.
Ketika imbasan dibuat, doktor turut memeriksa kadar denyutan bayi-bayi dalam kandungan wanita tersebut dan menurut Dr. Thokha ketiga-tiganya berada dalam keadaan baik dan sihat.
Sesiapa sahaja yang berada ditempat wanita atau pasangan tersebut pasti akan berasa teruja dengan berita yang diterima. Tambahan pula bila melihat dan mendengar sendiri denyutan jantung janin yang sedang dikandung.
Walaupun diuji dengan kegagalan ketika pertama kali membuat rawatan IVF, berkat kesabaran dan tidak putus asa wanita ini dan pasangannya akhirnya mereka dikurniakan rezeki anak bukan seorang malah kembar tiga. Jadi untuk pasangan di luar sana, jangan pernah putus asa untuk mendapatkan zuriat sendiri. Yang penting, usaha, doa dan tawakal kepada Allah, InsyaAllah aka nada berita gembira akhirnya.
Orang-orang lama selalu berpesan jangan terlalu beremosi bila mengandung. Ceriakan diri dan elakkan daripada stress. Rupanya hal ni bukan cakap kosong sahaja. Malah diakui oleh pakar.
Menurut Dr Suriyakhatun, emosi anak dan bayi yang dikandung sememangnya sangat berkait rapat. Baca penjelasan beliau di bawah.
Mengandung; Kesan pada kesihatan.
Wanita mangandung mengalami perubahan pada hormon yang membawa perubahan kepada bentuk badan serta emosi dan mental dan fisiologi organ badan.
Seringkali perubahan yang berlaku membawa masalah kesihatan.
Beban pada organ; jantung, usus, ginjal, paru-paru sistem darah, sel darah boleh cetuskan penyakit bila sudah sedia ada kelemahan dalam organ.
Perubahan pada penghazaman boleh menimbulkan kurang zat apabila pemakanan tidak dijaga.
Kurang sokongan dari suami, keluarga dan rakan kerja boleh tambahkan lagi masaalah kesihatan.
Penyakit yang saya sering temui yang semakin bertambah semasa mengandung adalah penyakit mental, alahan dan alergi, sakit jantung dan ginjal selain dari masalah penghadaman seperti sembelit dan gerd. Juga jangkitan candida atau GBS dan kencing manis gestational serta toksemia mengandung.
Kebanyakan penyakit ini boleh di hindarkan dengan penjagaan emosi dan nutrisi semasa mengandung.
Usaha tangani stress dan emosi semasa mengandung:
Berusahalah untuk menangani stress dengan sikap redha, sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Bukan sahaja emosi anak malah nutrisi yang diambil ibu semasa hamil juga akan turut terkesan disebabkan penghadaman dan penyerapan ibu yang terganggu ketika hamil.
Kredit: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asid folik iaitu tablet kecil yang menjadi ‘rakan baik’ wanita yang merancang untuk hamil dan sedang hamil. Tahukah anda, kegagalan mengambilnya boleh menyebabkan kecacatan neural tube pada bayi? Jangan main-main dengan tablet kecil ini kerana impak tidak mengambilnya boleh jadi besar kepada bayi.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang anencephaly (tiada pembentukan tulang kepala) yang terjadi kepada bayi yang mempunyai perkaitan dengan kecacatan nueral tube akibat ibu tidak mengambil asid folik secukupnya semasa hamil.
Anencephaly selalunya dikesan apabila doktor membuat imbasan pada janin dan mendapati ciri abnormal pada bahagian kepala. Doktor juga mungkin tidak dapat mengukur ukur lilit kepala kerana bentuknya yang tidak normal.
Berikut ialah perkongsian Dr. Muhammad Izzat;
Struktur sistem saraf bagi berasal dari struktur yang bernama neural plate. Pada 28 hari selepas persenyawaan, neural plate ni akan terlipat antara satu sama lain dan menutup membentuk satu struktur berbentuk silinder yang dinamakan neural tube.
Masalah berlaku apabila struktur ini tidak menutup dengan sempurna menyebabkan terjadinya kecacatan neural tube. Ada beberapa jenis iaitu anencephaly, spina bifida dan encephalocele.
HILANG TULANG TENGKORAK ATAU SEPARA DARIPADANYA
Menyebut mengenai anencephaly, ianya melibatkan hilangnya tulang tengkorak sama ada secara penuh atau pun separa. Bila tiadanya tulang tengkorak ni, sebahagian otak juga turut hilang ataupun kalau ada sekalipun struktur otak menjadi sangat kecil. Ada juga ketidaknormalan pada muka dan leher bayi tersebut.
Keadaan ini dipercayai melibatkan kombinasi faktor genetik dan pengaruh persekiraran yang doktor sendiri tak boleh nak fahami secara 100%
Anencephaly berlaku dalam 6 kes di dalam 10 000 kelahiran.
BILA ANENCEPHALY BOLEH DIKESAN
Boleh kesan anencephaly ketika hamil
Ketika melakukan pemeriksaan scan, seawal 11-14 minggu kehamilan. Kalau lebih awal dari 11 minggu tak sesuai sebab pembentukan tulang tengkorak belum selesai. Masa buat detail scan 18-21 minggu, senang sangat nak nampak dan boleh confirm ketidaknormalan ni.
Kadang-kadang susah juga nak betul-betul pastikan anencephaly ni. Scan berulang kali diperlukan untuk benar-benar pasti.
TIADA RAWATAN UNTUK ANENCEPHALY
Takda rawatan untuk anencephaly. Bayi anencephaly tidak boleh hidup bila dilahirkan dan kebanyakkan bayi ni akan meninggal sebelum dilahirkan ataupun mati beberapa jam selepas dilahirkan. Ada kes yang bayi seperti ini boleh hidup selama beberapa hari, tapi sangat jarang berlaku.
Bila anda pernah hamil dan janin mengalami anencephaly, ia akan berisiko untuk ianya berulang lagi. 1 dalam 50 ( 2%)
MESTI AMBIL ASID FOLIK 3 BULAN SEBELUM HAMIL
Maka, semua wanita disarankan untuk mengambil asid folik 400mcg sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil sehingga minggu ke 12 kehamilan.
WANITA DIABETES PERLU AMBIL DOS LEBIH TINGGI
Untuk wanita yang pernah ada bayi anencephaly atau mereka yg ada kencing manis sebelum hamil, dos folik asid adalah tinggi – sebanyak 5mg perlu diberikan 3 bulan sebelum merancang untuk hamil lagi. Usaha ini dapat mengurangkan risiko mendapat bayi dengan anencephaly atau kecacatan tiub neural.
Pasangan yg pernah ada masalah bayi anencephaly jika berpeluang boleh berjumpa genetic counselllor untuk berbincang risiko mendapat anak sekali lagi dengan anencephaly
So dah faham ke kenapa saya membebel hari-hari kat pesakit mengenai pentingnya asid folik?
Betul, kalau dah makan sebaldi asid folik sekalipun kalau Allah dah takdirkan baby anencephaly, mmg akan dapat anencephaly jua. Bukan ke kita perlu ikhtiar dan ikhtiar sebelum menyerah dan tawakkal?
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.