
Cuti penjagaan anak di Singapura bakal melalui perubahan apabila kelayakan ibu bapa bekerja akan ditentukan berdasarkan bilangan anak dalam keluarga.
Bila anak demam secara tiba-tiba, sekolah menghubungi kerana berlaku kecemasan atau ibu bapa perlu hadir ke urusan penting anak, perkara pertama yang sering difikirkan ibu ayah bekerja ialah, “Ada cuti lagi tak?”
Bagi sesetengah keluarga, situasi seperti ini akhirnya menyebabkan cuti tahunan digunakan sedikit demi sedikit untuk menguruskan keperluan anak. Lebih mencabar jika mempunyai lebih daripada seorang anak kerana urusan setiap anak tentunya berbeza.
Singapura kini mengambil pendekatan berbeza apabila mahu menambah kelayakan cuti penjagaan anak berdasarkan bilangan anak yang dimiliki sesebuah keluarga.
Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, ketika Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026 pada Ahad, 23 Ogos.
Di bawah sistem yang diumumkan, bukan semua ibu bapa akan menerima jumlah cuti yang sama. Sebaliknya, semakin ramai anak dalam keluarga, semakin tinggi kelayakan cuti penjagaan anak yang diberikan.
Bagi ibu atau bapa bekerja yang mempunyai anak warga Singapura berusia 12 tahun dan ke bawah, jumlah kelayakan baharu adalah:
Pendekatan ini mengambil kira bahawa keluarga yang mempunyai lebih ramai anak secara umumnya mempunyai lebih banyak urusan penjagaan yang perlu diuruskan sepanjang tahun.
Malah, jumlah hari yang boleh digunakan sesebuah keluarga menjadi lebih besar apabila kelayakan ibu dan bapa dikira secara berasingan.
Sebagai contoh, jika suami dan isteri masing-masing bekerja dan mempunyai tiga orang anak, kedua-duanya layak menerima 12 hari seorang.
Ini bermakna keluarga tersebut mempunyai sehingga 24 hari cuti penjagaan anak secara keseluruhan dalam tempoh setahun.
Ketika ini, ibu atau bapa yang mempunyai anak berusia enam tahun dan ke bawah diberikan enam hari cuti penjagaan anak setahun.
Bagi anak yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun, ibu bapa pula mempunyai kelayakan sebanyak dua hari setahun.
Melalui aturan baharu Cuti Penjagaan Anak Singapura, pembahagian mengikut dua kategori umur berkenaan akan disatukan.
Langkah itu sekali gus memberi lebih fleksibiliti kepada ibu bapa kerana keperluan menjaga anak sebenarnya tidak berhenti apabila anak mula memasuki sekolah rendah.
Anak yang semakin membesar masih boleh jatuh sakit, mempunyai temu janji kesihatan, menghadapi kecemasan atau memerlukan kehadiran ibu bapa dalam urusan tertentu.
Dalam pengumuman sama, Kerajaan Singapura turut memaklumkan bahawa kos kepada majikan bagi skim cuti berkaitan anak yang diwajibkan di bawah undang-undang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tertakluk kepada had bayaran balik yang ditetapkan.
Bagaimanapun, tarikh sebenar pelaksanaan aturan baharu tersebut masih belum diumumkan.
Perubahan Cuti Penjagaan Anak Singapura
ini menarik perhatian kerana realitinya, menjaga anak sambil bekerja melibatkan banyak perkara yang kadangkala sukar dirancang lebih awal.Bukan hanya ketika anak tidak sihat, ibu bapa juga mungkin perlu mengambil cuti untuk:
Jika tiada kemudahan cuti khusus, cuti tahunan selalunya menjadi pilihan yang terpaksa digunakan.
Bagi ibu bapa yang mempunyai beberapa orang anak, jumlah cuti tahunan boleh berkurang dengan cepat apabila berlaku beberapa urusan tidak dijangka dalam tempoh setahun.
Justeru, isu cuti penjagaan anak bukan sekadar mengenai peluang mendapatkan lebih banyak hari bercuti.
Pengumuman Cuti Penjagaan Anak Singapura itu turut mengundang reaksi pengguna Malaysia di media sosial.
Seorang pengguna berpandangan Malaysia juga perlu melihat pendekatan negara jiran tersebut, khususnya dalam menangani cabaran keluarga yang mempunyai anak kecil.
Menurutnya, ibu bapa yang bekerja sering perlu menggunakan cuti tahunan untuk membawa anak ke klinik atau menguruskan urusan berkaitan sekolah. Pengguna berkenaan turut membangkitkan isu cuti paterniti yang disifatkan masih tidak mencukupi untuk sesetengah keluarga.
Katanya, selepas kelahiran bayi, terdapat pelbagai urusan lain yang perlu dilakukan bapa termasuk menguruskan pendaftaran serta dokumen anak. Situasi tersebut dianggap lebih mencabar bagi generasi ibu bapa yang tinggal jauh daripada keluarga atau tidak mempunyai sistem sokongan berdekatan.
Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!
Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia
MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000!
Sumber: Facebook PHM / e-Central