Lahir 3 Bulan Awal Seberat 595gram, 5 Kali Bertarung Maut. Si Kecil Ini Berjuang Untuk Hidup

Share

Lahir sebagai bayi pramatang seberat 595gram, bayi ini sangat kuat. Malah dia terus bertahan walau pun 5 kali bertarung kerana jangkitan kuman.

George dilahirkan 3 bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin iaitu pada Julai tahun lalu. Sepanjang hidup bayi ini, ibu bapanya sudah 5 kali diberitahu doktor yang mereka bakal kehilangannya.

20 KALI TRANSFUSI DARAH

George sudah pun melalui 20 proses transfusi darah dan ekoran daripada itu dia mendapat  meningitis dan sepsis yang hamper meragut nyawa. Kini pada usia 8bulan, George sudah pun pulih dan sudah pulang ke rumah.

BERMULA DARIPADA SAKIT BELAKANG, KEMUDIAN BERSALIN 

Ibu, Hanna Rose, 25 awalnya mengalami sakit belakang dan bersalin 4 hari kemudian. Belum pun sempat dipeluk selepas dilahirkan, bayi ini telah dikejarkan ke ICU.

“George ketika itu dibedah segera. Kami tidak boleh sentuh, kulitnya  seolah-olah lutsinar,” kata Hanna.

ALAMI MASALAH USUS 

Bayi kecil ini mengalami masalah necrotizing enterocolitis (NEC), iaitu keadaan di mana sebahagian daripada usus mati.  Ekoran dari itu juga, George mengalami bengkak hati dan kehilangan lebih 40 peratus darah.

HAMPIR PUTUS ASA

Si kecil ini mengalami sepsis dan meningitis kesan daripada kelahiran pramatang. Kedua ibu bapanya hampir putus asa dan mengharapkan keajaiban berlaku.

DETIK CEMAS MUNGKIN ALAMI KEHILANGAN

Detik cemas antara hidup dan mati tatkala ibu bapanya diberitahu hanya beberapa jam sahaja yang masih berbaki untuk George hidup. Namun si kecil ini kuat semangat, terus berjuang untuk hidup dan tekanan darahnya meningkat semula.

George kini sudah pun dibenarkan pulang tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan menerusi tangki oksigen. Si kecil ini juga melalui 7 pembedahan jantung.

Sumber: Daily Mail UK

 

IKLAN