Dari kecil lagi Muhammad Adam Rayyan Rosmadi, 7 sudah memakai alat bantuan pendengaran kerana dia dilahirkan tanpa telinga kanan. Namun itu semua tidak menghalang anak ini untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Namun keluarganya berhasrat melakukan pembedahan supaya Adam dapat menjalani kehidupan normal terutama dalam aspek pembelajaran di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok.
Pakai Alat Bantuan Pendengaran Sejak 9 Bulan
Ibunya, Effariza Ahmad Nundin, 44, berkata, Muhammad Adam yang memakai alat bantuan pendengaran sejak berusia sembilan bulan adalah seorang murid yang mudah memahami pembelajaran di sekolah selain pertuturan dan pendengarannya didapati semakin baik.
“Dia (Muhammad Adam) memang suka belajar dan setakat ini sudah boleh membaca dua atau tiga suku perkataan serta mengaji Iqra’,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Effariza, melihat perkembangan itu dia dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan bagi membantu anak bongsu daripada enam beradik tersebut menjalani kehidupan lebih sempurna.
Ads
Perlu RM20,000 Untuk Implan Telinga Adam
Bagaimanapun katanya, pembedahan untuk memasang implan pada telinga kanan Muhammad Adam memerlukan belanja lebih RM20, 000.
“Ketika ini, Muhammad Adam cuma bergantung kepada alat bantuan pendengaran yang dipinjam dari Hospital Sungai Buloh yang bernilai kira-kira RM8, 0000.
Ads
“Sekiranya pembedahan kecil ini berjaya, anak saya tidak lagi perlu memakai alat bantuan pendengaran sepenuh masa itu yang menggunakan bateri dengan belanja RM50 sebulan” katanya.
Tanggung Kos Sendiri Sebelum Ini
Katanya, Muhammad Adam yang cekal menjalani kehidupan tanpa telinga kanan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran setakat ini tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak.
Ads
“Saya hanyalah seorang suri rumah dan kadangkala menolong ahli keluarga berniaga. Suami pula bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1, 500 sebulan.
“Sebelum ini, segala kos kami tanggung sendiri termasuk kos ulang alik ke Hospital Sungai Buloh” katanya.
Sehubungan itu orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Bank Islam anak keduanya, Nur Erni Shahila Rosmadi (12207020277433) atau menghubunginya di talian 019-3192466.
Bila anak kerap tak sihat, selalu berhingus atau berkahak cuba tengok gaya pemakanan anak. Ini antara salah satu faktor penyumbang yang ramai ibu tak tahu mengenainya.
Ada beberapa jenis makanan yang menggalakkan kahak atau hingus, punca keradangan dan menghalang proses penyembuhan dengan efektif.
Menerusi Facebook Ainini Zainal ini antara yang dikongsikan buat pengetahuan ibu bapa.
Makanan Yang Menggalakan Kahak/ Hingus, Punca Keradangan Dan Menghalang Proses Penyembuhan Dengan Lebih Efektif (Penyebab Sistem Imun Rendah)
PS :
Bagi makanan sumber semulajadi seperti pisang dan kentang, ia bukannya makanan terproses, juga bukan makanan tidak sihat. Tetapi perlu dihindari ketika berhingus dan berkahak.
Kentang daripada USA mempunyai isu GMO, kentang asal, khasiatnya banyak.
Cuma kurang sesuai diambil ketika berhingus/berkahak.
Kentang daripada China mempunyai isu majoriti tanah di China yang bertoksik dan penggunaan racun serangga yang merisaukan.
Apa mahu makan?
Selain yang disebutkan.
Pastikan sumber semulajadi.
1. Nasi. 2. Bubur ayam/ikan + sayur. 3. Bihun sup menggunakan chicken broth soup. 4. Sup ayam. 5. Buah-buahan (selain kentang dan pisang, ketika kurang sihat.) 6. Sayur-sayuran. 7. Halia, bawang, kunyit, halba, habbatus sauda, serai (gunakan dalam masakan.)
Keywordnya: masak sendiri menggunakan bahan-bahan sihat.
Makanan yang segera memang menyenangkan.
Tapi dapat bayangkan tak betapa besar mudaratnya?
Kek, brownies, cookies, atau apa saja yang bebas gluten dan menggunakan gula organik sekalipun, ketika demam, selesema, batuk, JAUHKAN.
Bukan selama-lamanya pun, apa salahnya ketika sakit, kita hentikan seketika.
Apatah lagi bagi anak-anak kita yang belum faham sepenuhnya tentang industri makanan hari ini sangat membahayakan.
Menjadi kebiasaan terdapat tompokan kelabu atau biru kehijauan pada bayi. Ia biasanya terjadi pada bahagian punggung, paha, bahu atau belakang bayi.
Ramai yang menyangka ia adalah tanda lahir, tak kurang juga menganggap ia menyakitkan bayi dan menyamakan ia sebagai lebam. Malah turut wujud pelbagai mitos mengenai tompok ini dengan mengatakan ia adalah disebabkan kenan atau ludah jin!
Pemikiran ini perlu diperbetulkan. Perkongsian daripada Dr Khairul Faizie ini memberikan info sebenar tompok yang dinamakan mongolian spot ini.
MONGOLIAN SPOTS
Pernah nampak kulit baby baru lahir ada tompokan / tanda lahir ( birthmark) warna biru kehijauan?
Tompokan ini banyak menimbulkan mitos dalam masyarakat kita, hingga ke hari ini. Ada yang kata:
-kulit baby kotor sebab baby dah berak kat dalam rahim sebelum lahir – tompok kena ludah dengan jin ! – kenan / mak baby tu minat sangat kat Incredible Hulk masa ngandung – baby kena dera / terjatuh masa dilahirkan, so ada kesan lebam !
Well….kita rungkai kan mitos ni.
SELALU TERJADI PADA BAYI BERKULIT GELAP
Kesan tompokan biru / kehijauan yang biasa terjadi pada kulit baby baru lahir tu nama nya MONGOLIAN SPOTS.
Mongolian spots ni paling biasa ditemui pada baby yang kulitnya agak gelap.( dark skinned babies).
Tompokan ini wujud kerana wujudnya sel sel Melanocytes di lapisan Dermis kulit ( Lihat gambar). Anatomi: — Kulit manusia lapisan paling atas ialah Epidermis. Dalam keadaan biasa, sel Melanocytes ini terletak di lapisan epidermis. Fungsi sel ini ialah hasilkan pigment melanin, yang mana melanin akan beri warna kulit.
Semasa proses tumbesaran baby dalam rahim, ada antara sel Melanocytes ini yang tak sampai bergerak ke lapisan Epidermis. Ia terperangkap di lapisan dermis. Sel ini hasilkan melanin di lapisan dermis ( proses dipanggil Dermal Melanocytosis), yang akan menghasilkan tompokan Mongolian spots ini.
TIDAK SAKIT & BUKAN KESAN DERA
Mongolian spots boleh bersaiz kecil, atau ada yang tompokan besar. Warnanya biru kehijauan, ianya rata / flat ( tidak timbul).
Ianya tak sakit bila ditekan ( ada yang salah anggap ianya kesan lebam sebab jatuh / kena dera ).
Mongolian spots selalu ditemui di kawasan belakang badan baby baru lahir, dan juga di kawasan sekitar punggung.
IA TIDAK BERBAHAYA
Ianya tak berbahaya, tak menjangkit, tak ada kaitan dengan sebarang penyakit lain. Ianya tak perlu rawatan, tak payah di sapu apa apa krim. Biarkan aja.
Mongolian spots akan hilang sendiri apabila baby membesar masuk umur 4- 6 tahun. Tompokan yang besar mungkin ambil masa lebih lama untuk hilang.
Bersalin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang sangat mencabar bagi ibu-ibu. Pelbagai SOP yang perlu dipatuhi bagi membendung wabak Covid-19.
Malah suami juga tidak dibenarkan berada di dalam wad bersalin ketika ini. Tiada peneman yang dibenarkan ketika isteri bersalin jadi ibu-ibu yang bakal bersalin harus kuat mental dan fizikal untuk bersalin dalam tempoh PKP. Sama seperti ibu lain, Puan Shuhada berkongsi pengalaman bersalin dalam tempoh PKP.
Pengalaman pertama kali bersalin dalam tempoh PKP, memang agak mencabar kerana suami tiada disisi. Tapi layanan yang diberikan di hospital Shah Alam semuanya tip-top, walaupun nurse agak sibuk, suami pula tiada disisi untuk membantu tapi kita yang masih belum bersalin boleh tolong menolong membantu ibu yang dah bersalin apa yang patut. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka yang sudah bersalin (jika kita masih ada kudrat)
19/1/2021
12.15am
Shu mula pergi bahagian kecemasan sebab pecah ketuban (34w3d). Doktor cek laluan dah 2cm kena tunggu dekat bahagian dewan bersalin untuk doktor monitor dan cucuk ubat dexa (matangkan paru-paru baby)
5.00pm
Katil di wad o&g hospital Shah Alam sentiasa penuh, shu kena tahan wad sebab possibility untuk bersalin pramatang tinggi. Walaupun dah pecah ketuban dan ada bukaan tapi tiada kontraksi, kena tahan wad sebab doktor nak monitor jantung baby dan sebagainya.
Saling Membantu Dalam Wad
Sementara nak tunggu bersalin, shu sempat bantu ibu-ibu di wad. Ada yang bersalin czer jadi tak mampu nak bangun uruskan diri dan bayi, suami pula tak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan untuk elak sebarang jangkitan Covid-19 dalam wad.
Dalam wad ketika tempoh PKP ni memang kena saling membantu. Pengalaman shu ketika dekat wad, ada salah seorang mommy katil berhampiran dengan shu dia terpaksa buat emergency czer.
Bila dia naik ke wad, tak sampai sejam nurse datang hantar baby, ibu tu masih kurang bertenaga nak uruskan baby, jadi masa tu shu pun belum sakit nak bersalin lagi jadi shu tolong tukarkan pampers anak dia, urut letak minyak panas dekat kaki dia, tolong ambilkan air (benda yang selalu suami tolong tapi kan suami tak ada 😅)
Dalam tu jugak nampak sorang mommy ni gugur bayi usia kandungan 6bulan depan mata, Tak sempat nak ke LR dah bayi keluar dan gugur dekat wad. Yang ni sebak sikit bila dia tu dah naik semula wad, hanya mampu bagi kata-kata semangat je.
23/1/2021
Perancangan untuk induce genap 36minggu tapi ditakdirkan genap 35minggu
Alhamdulillah bayi yang kami beri nama Nur Qaleesya Damia seberat 2.19kg selamat dilahirkan secara normal jam 11.45am.
Proses bersalin dipermudahkan. Walaupun husband tak ada masa dekat dalam LR dan di wad, alhamdulillah dapat layanan yang baik dari semua staf hospital yang baik-baik dan sentiasa beri kata semangat semasa bersalin.
Sebak sikit sebab tak dengar dan tengok suami azan/iqamat baby. Suami hanya dihubungi sebelum nak masuk LR. Hospital akan call dan minta suami tunggu di luar LR untuk azan/iqamat dan ambil uri je (tempoh dalam 10-15min)
Ibu tiada komplikasi, dapat discharged. Baby kena tahan nicu untuk habiskan dos antibiotik dan monitor oksigen (kesan pecah ketuban dah lama doktor risau terkena jangkitan kuman).
Sepanjang baby di nicu, ibu boleh datang melawat untuk hantar susu dan keperluan bayi sahaja (pampers & wet tissue). Di musim pkp, bahagian nicu akan hubungi sekiranya baby dah boleh discharge. Nanti nak balik tu bawa 1set baju dan selimut baby.
Tip Yang Bakal Bersalin Dalam Tempoh PKP
▶️ Persiapan mental dan fizikal
– Nurse sentiasa sibuk, sebelum dan selepas bersalin, nak tukar baju bersih kena ambil sendiri. Boleh minta bantuan mommy lain yang belum bersalin or masih kuat untuk berjalan.
– Kuatkan semangat semasa di dewan bersalin. Sebab kita akan sorang-sorang dan Amalkan doa Nabi Yunus masa tengah layan contraction.
– Masa nak turun ke labor room tu, hanya bawa pampers, baju, selimut baby je.
▶️ Selepas bersalin, ibu & anak yang tak ada komplikasi, baby akan di hantar ke wad selepas beberapa jam kita bersalin. Jadi boleh sediakan barag baby seperti pampers, wet tissue, minyak telon, baju sepanjang berada di wad dan discharge. Ibu bersalin normal selalu kena tahan wad sehari, czer 2hari bergantung pada keadaan luka dan condition ibu.
▶️ Hanya makanan kering sahaja dibenarkan untuk di bawa ke wad. Shu bawa roti, biskut, kurma, air kotak milo. Nasi putih lauk pauk yang di masak dari rumah tidak dibenarkan. Suami hanya serahkan barang pada guard di tingkat bawah. Suami hanya boleh naik ke wad untuk urusan discharge sahaja.
Tapi pasal makan tak perlu risau akan dapat 4x sehari. Alhamdulillah sedap je semua hehe
▶️ mommy akan diberi baju hospital sepanjang berada di wad. Bawa 1set je baju mommy utk discharge nanti. Barang tambahan, towel, barang mandi, sweater, stokin, minyak panas, mug, telekung.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?