Usia kandungan baru 28 minggu, tapi kuasa Allah anak yang dilahirkan dengan berat seumpama ‘sekilo gula’ kini membesar dengan sihat dan cukup bijak sekali. Dari lahir hinggalah usianya 3 bulan lebih berkampung di hospital, semuanya dilalui dengan penuh sabar.
Bagi Syarifah Syahirah Sera, pengalamannya melahirkan anak pramatang sesuatu yang sangat istimewa kerana tidak menjangka usia 7 bulan bayi dah nak keluar sedangkan waktu itu, masih belum betul-betul matang.
Kelahiran Eusoff Arashy Bin Ezo benar-benar membuatkannya menjadi ibu yang kuat. Bukan mudah untuk membesarkan anak pramatang sehinggalah usianya hari ini.
Lahir usia kandungan 7 bulan
12.12.19 – 12.12.2020 genap satu tahun anak pramatang kedua saya yang lahir pada usia kandungan 28 minggu, dengan seberat 1.10kg. Pengalaman bersalin yang paling tak dapat dilupakan.
Ads
Pagi start mild contraction, tapi nak sedapkan hati mungkin baby tengah aktif kat dalam perut ibu, tengahari ibu sempat masak untuk kakak, siapkan kerja rumah, siap dapat shopping kat shoppee lagi sempena promosi 12.12, petang makin sakit, suami balik dari kerja, suruh bed rest, hati ibu memang dah tak sedap, rasa ni memang contraction sebab baring sakit, duduk sakit berdiri sakit, terus google komplikasi bersalin pada 28minggu, berapa % baby akan hidup.
Terus cakap kat suami, macam mana kalau baby memang dah nak keluar harini. Tapi suami cakap takkan dah nak beranak baru 7bulan.
Maghrib, rasa nak buang air, tiba-tiba ada lendir darah, terus ajak suami pergi hospital, just bawa barang kakak sikit, pastu buku pink, sijil nikah. Tak sempat hantar kakaknya ke rumah opah, sebab dah tak tahan sakit, dalam kereta ibu sempat la salin pampers kakak awal-awal, kakak pulak dalam kereta sibuk nak menetek.
Ads
Ibu tengah layan contraction sambil istighfar dan baca doa nabi yunus. Rasa macam kepala memang dah nak keluar, sampai je hospital sambil suami papah ibu sebelah tangan lagi dukung kakak, dekat counter O&G terus panggil nurse dan ditolak ke labour room. Bukaan full 10cm dan baby breech, alhamdulillah dapat bersalin normal.
101 hari berkampung di hospital
Banyak suka duka selama 101 hari di hospital 42 hari kat NICU dan 59 hari dekat SCN. Alhamdulillah discaj semasa berat baby 3.4kg perkembangan baby sangat baik syukur pada Allah dapat melahirkan anak pramatang yang sememangnya cekal dan sangat kuat.
Ads
Semoga sihat anak anak pramatang ibu.. Doakan saya membesar dengan baik sama seperti anak-anak cukup umur yang lain walaupun umur sebenat Eusoff baru 9 bulan lebih. Tak sangka anak ibu yang sebesar tapak tangan ni sekarang ibu pun tak larat dukung.
SELAMAT HARI JADI EUSOFF ARASHY BIN EZO
12MONTHS Corrected Age 9MONTHS
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir mengakui hanya wanita yang bergelar ibu akan memahami betapa indahnya pengalaman menjadi ibu dan melihat bayi yang dikandung selama 9 bulan berada depan mata.
Anzalna berkata, tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata, akhirnya penantian itu dimakbulkan apabila Mohamad Eidrees kini melengkapkan kehidupannya dan seluruh ahli keluarga.
“Tiga tahun menanti @mohamadeidrees Indahnya perasaan menjadi seorang ibu walaupun tak cukup tidur menyusukan anak setiap 2 jam, kena sembur tahi, kena shee shee kat muka tapi syok oh! Hahhahahahahaha You make my life complete,” tulisnya.
Anzalna berkongsi perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Anzalna memuat naik fotonya bersama putera sulungnya itu dan ternyata nampak kebahagiaan diwajahnya.
Dalam posting lain, Anzalna juga ada berkongsi hasrat suaminya, Hanif Zaki yang dah rancang mahu tambah anak kedua.
Seronok @hanif_zaki kalau baca ni sebab dia dah rancang number 2! Dia suka eh tak tidur malam. Hahahahhahahah ?
Rata-rata pengikutnya gembira melihat kebahagiaan Anzalna. Dalam masa yang sama, ramai pengikutnya juga yang turut berkongsi pengalaman menanti cahaya mata yang lebih lama dalam rumah tangga mereka.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan bayi sulung pada 31 Mei lalu.
Sumber: ig Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila bayi membesar dan mula diperkenalkan makanan pejal pada umur enam bulan, penghasilan susu ibu akan berpadanan dengan permintaan/pengambilan bayi ketika itu.
Keperluan bayi untuk nutrisi pada peringkat umur ini boleh dilengkapkan dengan pemakanan keluarga. Ini merupakan proses semula jadi. Apabila bayi mengambil lebih makanan maka tidak hairanlah sekiranya permintaan untuk susu juga mungkin berkurangan. Ini secara langsung akan mempengaruhi penghasilan susu juga.
Kajian terkini menunjukkan pengambilan susu ibu tidak berubah mengikut umur atau berat badan bayi antara usia satu hingga enam bulan. Selepas enam bulan, pengambilan susu ibu akan berterusan pada amaun yang sama. Bergantung kepada pengambilan makanan pejal, bayi akan secara beransur-ansur kurang menyusu susu ibu.
Kadang kala, di antara enam bulan dan satu tahun (memandangkan makanan pejal diperkenalkan dan perlahan-lahan meningkat) pengambilan susu oleh bayi akan mula menurun tetapi susu ibu seharusnya terus diberi kerana ia membekalkan majoriti zat pemakanan bayi sepanjang tahun pertamanya. Oleh sebab terdapat perubahan besar dalam amaun makanan pejal yang diambil bayi sepanjang enam bulan kedua, amaun susu ibu yang diambil juga akan berbeza-beza.
Satu kajian mendapati purata pengambilan susu ibu seseorang bayi adalah 30oz sehari (875ml/hari; 93% pengambilan keseluruhan) pada usia tujuh bulan dan 19oz (550ml/sehari; 50% jumlah pengambilan tenaga) di usia 11 hingga 16 bulan.
Beberapa kajian yang mengukur pengambilan susu ibu di kalangan bayi antara 12 bulan dan 24 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah 14oz hingga 19oz sehari (400ml hingga 550ml sehari). Kajian tersebut melihat pengambilan susu ibu antara 24 bulan dan 36 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah 10oz hingga 12oz sehari (300ml hingga 360ml sehari).
Perlu diingat bahawa amaun susu ibu yang bayi ambil pada waktu tertentu akan berbeza sama seperti amaun makanan dan minuman yang diambil oleh orang dewasa sepanjang hari. Ketahuilah, bayi mungkin tidak minum amaun yang sama di setiap sesi penyusuan. Jadi, perhatikan petunjuk bayi (cues) berbanding hanya menggalakkan dia menghabiskan susu ibu perahan.
Jika bayi ketara mengambil lebih daripada purata amaun, pertimbangkan kemungkinan bayi diberi terlalu banyak susu ibu perahan (over feeding) sepanjang dia tidak berada bersama anda. Sebagai contoh, cara pemberian susu perahan dengan menggunakan botol yang salah atau puting yang alirannya terlalu laju boleh menyebabkan masalah over feeding.
Jika susu ibu perahan berlebihan, anda bolehlah mencampurkannya ke dalam bubur nasi atau makanan yang diberikan kepadanya. Bagi mengatasi masalah bengkak payudara pula, anda bolehlah memerah susu sekadar untuk melegakan bengkak payudara sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Genap setahun anak dara Fizo Omar dan Mawar, Maryam sentiasa jadi perhatian peminat mama dan daddynya. Ibaratnya Maryam turut dapat tempias populariti tersebut.
Bak kata orang, semakin meningkat umur anak, makin panjang akalnya. Begitulah perkembangan terkini Maryam yang dah mula aktif dan pandai meneroka mengikut apa yang nampak di depan matanya.
Terbaru menerusi perkongsian video terbaru Mawar di instagramnya, menunjukkan gelagat Maryam yang mesra dipanggil Cik Yam yang dah pandai main alat make-up mamanya.
Dengan muka yang tak bersalah, Maryam berjaya buatkan hati mamanya sejuk walaupun dalam keadaan terkejut. Mungkin sebab selalu lihat Mawar bersolek, Maryam pun dah pandai nak tiru gaya mamanya.
Lagi satu gelagat comel Maryam yang berjaya curi perhatian netizen, nampaknya Cik Yam pun dah mula belajar makan nasi kandar.