Jarak memisahkan orang tersayang. Ini yang terpaksa dilalui oleh sepasang suami isteri selepas larangan merentas sempadan negara akibat pandemik Covid-19. Apa yang menyedihkan dua anak mereka juga tak dapat berjumpa ayahnya sejak 7 bulan.
Pastinya kerinduan itu sukar nak digambarkan. Walaupun boleh membuat video call setiap hari, ia tak sama seperti ada di depan mata. Ibaratnya hanya yang menanggung saja memahami betapa rindu untuk bersatu bersama orang tersayang.
Apa yang dikongsikan oleh sepasang suami isteri ini, Muhamad Faiz dan isterinya, Shafikah Sarip, jarak antara Malaysia dan Singapura benar-benar menguji kesabaran mereka.
Ini kerana kerajaan masih lagi mengetatkan larangan keluar masuk sempadan Malaysia. Begitu juga dengan negara Singapura yang masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan virus Covid-19 ini.
Lambaian kerinduan dari sempadan
Ads
Bagi melepaskan kerinduan, pasangan ini mengambil keputusan berjumpa di sempadan antara Malaysia dan Singapura walaupun hanya nampak dari jarak jauh sahaja.
Biarpun reda terpaksa terpisah demi mencari rezeki untuk keluarga, pasangan suami isteri ini gembira sekurang-kurangnya nampak sosok tubuh antara satu sama lain dan juga anak-anak.
Sabar ae bro nanti pergi Decathlon beli teropong kita cuba lagi 🔭 #201days#SGxMY 🇲🇾🔁🇸🇬#18march20tillnow#YNWA
Menerusi posting yang dimuat naik dalam laman Facebook Faiz, dia membuat panggilan video dari Wooddlands Waterfront Park di Singapura.
Ads
Nampak kerinduan dari seorang suami dan ayah untuk orang tersayang sambil melambaikan tangan.
Bawa teropong untuk nampak lebih jelas
Ads
Sementara itu, dalam video yang dimuat naik oleh Shafikah pula menunjukkan dua orang anaknya keriangan melihat bapa mereka melambaikan tangan dari seberang laut.
Tidak mahu melepaskan detik berharga tersebut, dia turut membawa teropong untuk melihat kehadiran suaminya itu dengan lebih jelas lagi.
🇸🇬201day🇲🇾We miss you abg 😢 Mohd Izwan SaripTq sygg Muhamad Faiz FS bawak abg Harini bawak anak2 da sil Liana Idris tgk abg pulak dari jauh cuma harini siap bawak teropong tgk abg dgn suami dari jauh..😢
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak autisme 4 tahun terjatuh dari tingkat 16, alami calar kecil tanpa sebarang patah tulang. Berpantang maut sebelum ajal. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari Aubervilliers, Perancis, terselamat selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri yang berketinggian 43 meter.
Kanak-kanak itu hanya mengalami calar kecil tanpa sebarang patah tulang, lapor Oddity Central. Kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme itu berada di dalam biliknya ketika bapanya mendengar dia menangis.
Bapanya kemudiannya segera pergi untuk memeriksa dan menenangkan anaknya, tetapi mendapati pintu bilik anaknya itu terkunci.
Difahamkan, ini tidak pernah berlaku sebelumnya, dan ibu bapa kanak-kanak itu percaya bahawa anak mereka secara tidak sengaja mengunci diri di dalam bilik yang menyebabkan dia panik.
Sebaik sahaja bapanya berjaya memecahkan pintu, tangisan kanak-kanak itu telah berhenti dan bilik tersebut kelihatan kosong. Melihat tingkap terbuka, bapanya menyedari bahawa dia ‘sudah terlambat’.
Bapanya kemudian segera bergegas ke balkoni dan melihat anaknya terbaring tidak bergerak di atas bumbung sebuah farmasi di aras bawah yang dipenuhi tanah.
Dia segera keluar dari bangunan pangsapuri dan memanjat bangunan farmasi untuk mencapai bumbung tersebut.
Tambah Oddity Central, bapanya terkejut melihat anaknya dapat bergerak sendiri, dengan hanya calar kecil pada kakinya.
“Dia mampu bergerak. Dia sedar dan saya tidak melihat sebarang pendarahan luaran. Dia hanya mengalami calar kecil pada kakinya,” jelas bapanya kepada akhbar Perancis, Le Parisien.
Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu yang masih bimbang akan anaknya yang mungkin mengalami kecederaan dalaman segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Necker di mana dia ditempatkan di bawah pemerhatian selama tujuh hari.
Sepanjang tempoh tersebut, doktor menjalankan beberapa ujian untuk memastikan dia benar-benar sihat seperti yang dilihat.
Selain daripada sedikit pendarahan di buah pinggang dan paru-paru yang dapat dirawat oleh pakar bedah, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain.
Selepas tujuh hari, kanak-kanak itu dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani kehidupan normal seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dia malah dapat kembali ke tadika pada minggu terakhir bulan Jun dan kelihatan sihat seperti biasa. Ibu bapanya terkejut, begitu juga dengan doktor yang merawatnya.
“Dia telah kembali kepada kehidupan normal, semuanya baik. Saya tidak pernah percaya pada keajaiban, tetapi sekarang saya percaya,” kata ibunya.
Ada yang mengatakan bahawa bumbung farmasi yang dipenuhi tanah mungkin menyerap hentakan jatuhnya, tetapi doktor yakin bahawa ianya lebih berkaitan dengan badan kanak-kanak yang ringan dan fleksibel.
“Mereka (kanak-kanak) mempunyai koefisien keanjalan tulang dan sendi yang lebih baik,” kata Dr. Véronique Bourg kepada Le Parisien.
Ardy Wira yang merupakan putera kepada Betty Rahmad sering dikenali dengan kepetahan berkata-kata, mengaji dan sifat yang tinggi budi pekerti walaupun baru berusia 4 tahun. Sebelum ini tular dengan beberapa video seperti video bersama penceramah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin. Kali ini Ardy Wira mencuri perhatian warganet dengan video dia menyantuni pembantu rumahnya.
“no need to wait for the grab, later i fetch you” – kata wira
Betty berdoa dan berharap agar putera kesayangannya membesar jadi lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Sebelum ini juga, Betty pernah berkongsi video Wira membaca al-quran di sosial media miliknya. Menurut Betty, sudah menjadi kebiasaan bagi Wira membaca al-quran sebelum masuk tidur dan turut berharap agar anaknya itu membesar dengan mencintai al-quran.
“Masya-Allah Tabarakallah. Semoga kamu menjadi asbab Mummy dan Daddy ke syurga.
“Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok al-Quran dan taranum. Masya-Allah semoga terang hati, jadi pencinta al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah swt,” tulisnya.
Ajal maut sememangnya ketentuan Ilahi, tapi untuk hadap sebuah kehilangan itu tentunya bukan mudah. Tambah pula ia berlaku kepada anak pertama yang masih lagi bayi. Penyebabnya hanyalah demam yang berlanjutan sehingga ada jangkitan kuman dalam darah.
Kisah meruntun jiwa ini dikongsikan oleh Dalila Yusof, ibu kepada Anaqi Tsaqeef yang baru berusia 4 bulan dan telah meninggal dunia akibat demam. Cukup sayu perkongsian yang dibuat, namun keduanya reda dengan apa yang berlaku.
Semoga keduanya diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian yang maha hebat ini.
berikut adalah perkongsian yang dibuat melalui akaun Facebook miliknya.
ANAQI TSAQEEF ANAK SYURGA IBU BABAH ❤️
18 Sept 2019 (Rabu) Pagi tu anak ibu bangun senyum gelak2 mcm biasa, makan minum pon mcm biasa. Tapi tengahari dlm pukul 12++ tiba2 ibu rasa mcm badan adik panas. So ibu check suhu adik 38.3. Mmg adik dah demam time tu. So ibu wassap babah cakap adik demam nak bawak p klinik/hosp. Since babah tengah further study hari2 ada kelas isnin-jumaat. So babah minta excuse utk balik halfday. Ibu try call klinik pakar kanak2 dkt SP (C.P.Ooi) tapi tak angkat.
Then ibu try call Hosp Pantai bhg Specialist Clinic (Pakar Kanak2) dan Dr yg biasa Anaqi Tsaqeef jumpa tu ada. So decide utk p dkt hosp pantai. Dalam pukul 2.30ptg mcmtu ibu babah bwk adik p hosp pantai. Sampai sana check suhu adik 39.8 sangat tinggi utk baby 4bulan++ (Bukan demam panas).Tapi masih tak admit. Dr sumbat ubat punggung utk kurangkan suhu. Dr pakar kanak2 tu check dia kata just demam virus. Biasala baby2 kan dia kata. Ibu babah dengaq rasa lega. Dr just bagi ubat demam then kami balik. Bila balik tu anak ibu mcm aktif masih gelak2 makan pon byk. Ibu babah still monitor suhu dia tapi suhu naik turun. Bila bagi makan ubat suhu turun bila ubat habis suhu naik. Turun pon dlm range 37.5-39. So adik still demam. Tapi anaqi tsaqeef anak yg sgt baik sepanjang dia demam, takda setitik air mata yg keluar just merengek perlahan ja. Mybe adik tak nak bagi ibu babah risau. Start adik demam Ibu babah tiap masa jelum badan kepala adik utk sejukkan badan(org petua) sampai ke pagi.
19 Sept 2019 (Khamis) Sepanjang malam suhu adik still tinggi juga then adik ada cirit birit. Ibu ingatkan badan adik panas tak pon tindakbalas ubat yg menyebabkan adik cirit birit rupanya tak. Badan adik dah start dihydrated. Pagi khamis ibu cuba petua org cakap mandi dgn lemon, cool fever letak dkt bawah ketiak, belakang leher. Semua ibu cuba. Lepas mandi adik ok tapi bila sejam mcmtu panas balik. So adik minum susu mcm biasa tapi kurang sikit, cirit birit still ada. Ibu cuba nak bagi adik full bf sepanjang adik demam tapi adik tak mau sangat sedangkan adik lapar. Tapi bila ibu bagi direct bf adik still hisap cumanya kejap hisap kejap lepas. Macam dia ada something tak kena. Ibu anggap adik tak mau kot. Ibu berjaga sepanjang malam monitor suhu adik dengan jelum badan kepala adik sampaikan kain tak sempat kering ibu jelum adik sebab kesian adik tak larat. Ibu nak bagi adik segar aktif mcm biasa. Ubat still ibu bagi mcm biasa 4-6jam sekali.
20 Sept 2019 (Jumaat) Pagi jumaat adik still lemah suhu pon mcmtu juga 37.5-39 then ibu bagi ubat suhu turun kejap lepas habis ubat suhu naik semula. Tengahari mcmtu babah ambek halfday lagi sebab rasa kena bwk adik p hosp ni sebab demam xmau kebah. Lepas jumaat ibu babah bwk pula adik p bhgian kecemasan Hosp SP. Time tu suhu adik agak tinggi dlm 38 keatas. Adik lemah juga time tu. Tapi bila p bahagian kecemasan HSAH ibu ingatkan adik akan dpt priority sebab dia baby dan keadaan dia yg mcmtu. Tapi malangnya still kena tunggu turn yg mybe dlm 4-5 jam lagi. Bila babah tanya pon still jawab tak boleh kena ikut turn juga. Sangat2 kecewa time ni dengan bhagian kecemasan HSAH 😢 Ibu babah kesian sgt dkt adik sebab adik xlarat sangat time tu. Dengan persekitaran yg mcm2 penyakit dekat situ. So babah decide tak bole tunggu ni kena p swasta juga ni, so bwk adik p klinik bersatu tikam batu. Dr situ check mcm takda apa, still kata demam biasa dan dr bagi ubat demam juga. Bila diingatkan balik dia sebagai Dr takkan mcmtu ja buat kerja. Check pon biasa ja sedangkan baby dh demam 3hari kot suhu turun naik tak kebah. So balik tu ibu try bagi ubat yg klinik pula. Bila ibu bagi ubat klinik tu suhu adik turun sampai ke 35 mcmtu. Mmg sangat rendah dah dan tak demam. Time tu syukur sgt dekat Allah sebab suhu adik turun. Rupanya tak dia nak bagi ibu babah lega kejap ja. Bila ubat habis suhu adik naik balik. Kesian sgt time tu adik dah tak sembang tak senyum apa dah dkt ibu. Nak tidoq ja. Sepanjang mlm adik still mcmtu. Dalam kepala ibu ni tak senang rasa setiap masa pikir nak buat mcm mana lagi. 😔
21 Sept 2019 (Sabtu) Adik masih lagi mcmtu cumanya suhu dia rendah sikit dlm 37-38. Kadang turun 36. Kadang demam kadang dak mcmtu. So ibu babah ikhtiar utk bawak adik jumpa ustaz pula kalau2 adik ada gangguan. Orang suruh cuba so ibu babah buat. Time tu adik lemah mybe adik sakit dh ibu babah tak tau 😢 Ustaz cakap biasala mybe gangguan ni. So ustaz buat air penawar suruh balik bagi mandi semua la. Takpa ibu babah ikhtiar. Balik mcm biasa adik tidoq jaa sebab tak larat tapi susu adik still minum byk. Babah perasan ubun2 adik dah tenggelam tak mcm biasa. Ingatkan berat adik turun so ubun2 pon jadi tenggelam. Rupanya apa yg dr bagitau sebab adik dihydrated. Allahu ibu babah tak tahu adik 😔😢
22 Sept 2019 (Ahad) Anaqi tsaqeef bangun pagi tu ibu gerak sebab nak bagi adik mandi awai, ibu cuba lagi bagi adik mandi ayaq daun bunga raya putih sebab org petua mcmtu kalau demam. So ibu babah buat, adik suka sangat mybe sebab sejuk kot. Lepastu bagi makan ubat dan adik tidoq. Suhu adik tak tinggi sgt dlm 37 lebih mcmtu. Tapi bila mai petang tu adik mcm mengerang mybe adik sakit sangat dah. Suhu adik pon tak tinggi time ptg tu. Tak demam dah. Sampaikan ke tengah malam adik tak bole nak tidoq mata pon dh taknak tengok orang. Asyik mengerang geleng2 nafas pon laju sangat. Adik mcm nak bgtau something dkt ibu babah tapi adik tak reti nak habaq lagi. Allahu 😭
23 Sept 2019 (Isnin) Tengah malam disebabkan adik tak boleh nak tidoq sebab adik mcm mengerang sakit so ibu babah decide bawak adik p hosp dlm pukul 1230pagi mcmtu. Ibu babah bawak adik p kecemasan hosp kepala batas. Time tu adik dlm keadaan sgt tenat sebab nafas terlalu laju MALANGNYA bila sampai di kecemasan hosp kepala batas tu staff disitu cakap kena tunggu turn sebab ramai. Ya Allah bertapa kecewanya ibu babah bila diingatkan balik. Sampaikan anak ibu babah setenar tu masih lagi suruh ikut turn. Kali kedua ibu babah KECEWA dgn kecemasan hosp govern 😢 So keadaan adik yg mcmtu mmg tak boleh dah ibu babah nak tunggu turn so bwk adik terus ke kecemasa Hosp Pantai. Dan bila dekat situ dr cakap adik dah sangat teruk keadaan dia so pihak hosp takda peralatan nak support adik punya sakittu. So dr pantai buat surat terus refer ke kecemasan HSAH. Bila sampai di kecemasan HSAH adik terus masuk zone kuning. Ibu dukung adik sampai kali terakhir adik masuk sone merah. Time tu ibu rasa luluhnya hati ibu sebab adik terus kena tolak ke zone merah sebab keadaan adik sangat tenat dah 😢😢 Tak sempat ibu nak cium adik buat kali terakhir sebab Dr dkt situ dh nak buat procedure dkt adik. Lemahnya ibu dgn babah time tu. Tapi ibu babah cuba kuatkan semangat sebab ibu babah percaya adik akan kuat.
Sampaikan Dr dah minta izin dkt ibu babah nak masuk wayar dkt mulut adik dan nafas melalui mesin. Time tu ibu mampu cakap dkt dr, dr buatlah yang terbaik utk anak ibu. Tak sanggup ibu babah nak tengok adik kena masuk wayar sana sini. Allah 😢😭
Bila dah siap dkt zone merah dr tolak adik masuk ke NICU. Dekat situ ibu tak pernah langsung terpikir yg adik akan p tinggal ibu. Yg ibu pikir adik akan sembuh adik kuat semangat. Tak henti doa ibu babah dkt adik. Dr mai tanya ibu babah tentang adik. Dari A-Z ibu cerita. Bila Dr kata keadaan adik sangat kritikal dan bila2 masa baby akan meninggal. Time tu Allah saja yg tahu apa yg ibu babah rasa. Anak ibu Allahuakbar. Dr kata dari pukul 2-6pagi respon adik sangatlah sikit. Dr masih cuba yg terbaik utk adik. Ibu nak sangat bagi adik menyusu time tu sebab last adik minum pukul 11 semalam saja sebelum bwk adik p hosp. Tapi adik kena puasa. Dalam pukul 8pagi mcmtu ibu babah tengok dr dah kalut2 p dkt adik rupanya time tu jantung adik dah stop sekejap then dr buat cpr. Allah kesian anak ibu time tu dok tahan sakit 😢😢
Then bila kali kedua pukul 9++ pagi jantung adik stop lagi dr cuba lagi yg terbaik utk adik. Tapi adik dah tak mampu adik dah tak larat. Pukul 10pagi adik pergi menghadap pencipta adik. Ibu babah minta maaf sebab takda dkt sisi adik time adik menghembuskan nafas adik sebab dr tengah buat procedure. Adik p dengan tenang tanpa sekelumit pon menyusahkan ibu dgn babah. Time tu ibu tak mampu nak berkata apa. Kosong jiwa ibu Allahu. Bertapa hebatnya kuasa DIA. Ibu babah terlalu sayang anak ibu babah tetapi Pencipta adik lebih sayang adik melebihi segalanya.
Dr cakap badan adik dihyrated masa demam dan menyebabkan kuman merebak dlm darah adik. Keseluruhan badan adik dah dijangkiti kuman. Terlalu cepat benda ni jadi. Sekelip mata Allah ambik anak ibu babah. Allahu. Ibu babah redha dengan ikhlas Allah ambik Anaqi Tsaqeef. Adik doakan ibu dgn babah kuat ya sayang. Ibu babah dah jaga adik yg terbaik bagai menatang minyak yg penuh tapi ibu yakin Allah akan jaga adik lagi terbaik. InshaAllah anak syurga ibu, tunggu ibu dgn babah dekat sana naa. Anaqi Tsaqeef penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama ibu dgn babah. Tetap dlm hati ibu babah sampai akhir hayat ibu babah ❤️
Sedaya upaya ibu babah dah cuba utk adik tapi mmg dah tertulis setakat tu saja adik dok dgn ibu babah. Mungkin apa yg terjadi dgn sekelip mata ni ASBAB saja sebelum Allah nakambil adik 😊😊
Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik. Paling sempurna. Hensem, comel, putih, baik. Sepanjang menjaga adik dari dalam pantang sampai ke akhir hayat adik sangat mudah. Rindu ibu babah dkt adik takkan hilang. Moga Allah beri kekuatan luar biasa utk ibu dgn babah tempuh ujian ni. InshaAllah 😊
Damailah anak syurga ibu babah disana ❤️
Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad Ikhwan 10 Mei 2019 – 23 September 2019