Perkembangan anak mengikut umur sememangnya cukup penting bagi membolehkan semua anggota fizikal dapat berfungsi dengan baik. Bagi seorang bayi, melengkapkan proses meniarap, merangkak dan seterusnya melalui fasa berjalan adalah satu perkembangan yang positif untuk seorang bayi.

Pun begitu kesemua fasa ini memerlukan daya ransangan untuk mereka melangkah ke fasa-fasa seterusnya. Meniarap misalnya, bayi haruslah dirangsang dengan meletakkan mereka pada tempat yang luas dan rata bagi membolehkan mereka mencuba untuk meniarap sendiri. Begitu juga dengan proses merangkak.

Menurut Cik Nur Dini Nabilah Zulkefly, Pegawai Fisioterapi dari Hospital Pakar Annur, Bangi, merangkak sememangnya satu proses yang cukup penting untuk perkembangan seorang bayi. Ia merupakan satu aktiviti fizikal yang membolehkan semua pergerakan otot berjalan dengan serentak.

Bukan hanya kekuatan otot pada bahagian kaki diuji bahkan ia merangkumi pergerakan tangan, lengan, lutut serta paha. Ini membolehkan pergerakan seluruh anggota badan kanak-kanak itu. Inilah yang menyebabkan mengapa merangkak cukup penting dalam perkembangan mereka.

Seorang bayi melalui tempoh merangkak adalah ketika usianya enam bulan hingga 10 bulan. Dan ketika usianya 10 bulan, bayi dapat merangkak dengan sepenuhnya serta melalui fasa seterusnya iaitu berjalan.

Tips Rangsang Bayi Merangkak
1. Biarkan Anak Meniarap

Sentiasa biarkan anak bermain dalam keadaan meniarap supaya mereka berpeluang untuk mencuba merangkak. Bayi yang meluangkan masa lebih banyak bermain sambil meniarap akan lebih cepat merangkak.

IKLAN

2. Letak Di Lunjuran Kaki
Sesekali letakkan anak di atas lunjuran kaki anda dan biarkan dia melangkah untuk mencapai mainan. Gerakan otot paha ini membuatkan bayi dirangsang untuk merangkak.

3. Main Atas Perut
Selain lunjuran kaki, anda boleh juga meletakkan bayi anda di atas perut dan letakkan mainan di sebelah tubuh anda. Agah anak supaya dia mencapai mainan di hadapannya. Gerakan ini boleh membuatkan otot anak bergerak dan berpeluang untuk merangkak.

4. Bina Tarikan Mainan
Jadikan waktu anak bermain lebih menyeronokkan dengan membina halangan seperti menggunakan bantal, peanut ball atau kotak yang tidak keras untuk anak memanjat dan merangkak. Cara ini buat otak paha dan kaki anak dirangsang sebaiknya.

5. Luas Dan Selamat
Biarkan anak bermain dan meniarap di kawasan yang luas. Namun perhatikan seluruh kawasan agar selamat dan tiada unsur-unsur yang boleh membahayakan anak ketika bermain.

6. Elak Walker
Elakkan penggunaan walker ketika usia anak 6 bulan ke atas. Sebolehnya biarkan bayi melalui fasa merangkak dahulu sebelum merangsang anak berjalan.

Langkah Demi Langkah Latih Anak Merangkak
1. Lunjurkan kaki ibu dan letakkan anak di atas paha secara melintang. Biarkan anak melepasinya.
2. Gerak-gerakan paha kiri dan kanan supaya melatih anak memanjat kaki ibu.
3. Letakkan anak di atas peanut ball dan biarkan dia mencapai benda di hadapannya.
4. Ransang anak dengan mainan supaya anak menggapai mainan di hadapannya.
5. Gunakan bantal yang ditinggikan sedikit di bahagaian hadapannya. Lakukan teknik sama dengan merangsang guna mainan.
6. Tolakkan kaki anak, kiri dan kanan supaya adanya pergerakan seperti merangkak.


Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma

Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.

Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.

Kepada anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.

Jangan lepaskan peluang ini!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents