Bayi baru lahir kerap menyusu menimbulkan tanda tanya kepada para ibu bapa & orang sekeliling. Adakah sebenarnya dia sedang kelaparan disebabkan oleh susu ibu tidak mencukupi? Ini penjelasan kaunselor laktasi.

Menurut Noorfazila Abdul Rahman, Kaunselor Laktasi Bertauliah, pemahaman ibu bapa dan keluarga tentang cabaran penyusuan susu ibu pada peringkat awal kelahiran amat penting untuk memastikan perjalanan susu ibu secara eksklusif tidak mudah ‘tergugat.’

Lapar Selalu Tak Bermakna Susu Ibu Tak Cukup. Newborn Menyusu 12-15 Kali Sehari

YAKINLAH ANDA SEMUA MAMPU LAKUKANNYA!!!

Bagaimana mengetahui anak mendapat susu yang mencukupi atau tidak?

  1. Baby nampak tenang selepas menyusu. Biasanya baby akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
  2. Lampin dipakai berat dan perlu ditukar lebih dari 6 kali dalam tempoh 24 jam.
  3. Air kencing baby berwarna jernih dan tidak berbau.
  4. Baby menyusu lebih dari 10 kali sehari pada minggu-minggu pertama kelahiran. Pada minggu pertama kelahiran najis baby berwarna kuning gelap bagaimanapun najis baby semakin cerah selepas seminggu.
  5. Apabila menyusu anda boleh lihat dan dengar baby seakan menelan.
  6. Payudara akan menjadi lebih lembut setelah selesai sesi penyusuan.
  7. Kulit baby juga berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
  8. Berat akan bertambah mengikut umur.
  9. Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan.

Lapar Selalu Tak Bermakna Susu Ibu Tak Cukup. Newborn Menyusu 12-15 Kali Sehari

Jika semua tanda di atas dialami oleh bayi anda, anda tidak perlu risau lagi. Ramai ibu yang mengadu pada saya yang mereka risau jika anak tidak mendapat bekalan susu yang secukupnya terutama minggu-minggu pertama kelahiran.

SUSU IBU MUDAH DIHADAM, BAYI MUDAH LAPAR

Ini kerana kebiasaannya bayi yang baru lahir kerap menyusu dan kadangkala seperti mahu menyusu setiap masa dan nampak seperti tidak puas selepas menyusu.

IKLAN

Jangan risau ini sesuatu yang normal kerana susu ibu sangat mudah dan cepat dihadam (1-2 jam selepas menyusu) sebab itulah bayi akan cepat lapar.

Lapar Selalu Tak Bermakna Susu Ibu Tak Cukup. Newborn Menyusu 12-15 Kali Sehari
11802469 – asian woman breastfeeding her newborn daughter in her arm

NORMAL BAYI BARU LAHIR MENYUSU SAMPAI 15 KALI SEHARI 

Kebiasaannya sepanjang minggu pertama kelahiran bayi yang baru lahir akan menyusu hingga 15 kali sehari.

Terdapat juga bayi yang masih menyusu hingga 12 kali sehari selepas minggu pertama kelahiran. Pola penyusuan ini akan berterusan sehingga jumlah sesi menyusu berkurangan ke 10 kali sehari.

SUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN

Apa yang penting susukanlah bayi sekerap yang boleh. Kerana lebih kerap bayi menyusu lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan kita. Kebiasaannya kegusaran ini timbul apabila ada ibu yang melihat berat bayi semakin menurun dari berat semasa dilahirkan.

Perlu diingatkan bahawa, berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Bagaimanapun berat akan mula bertambah selepas itu dan pulih seperti berat lahirnya pada minggu kedua dilahirkan.

IKLAN

Lapar Selalu Tak Bermakna Susu Ibu Tak Cukup. Newborn Menyusu 12-15 Kali Sehari

PEKA TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT CUKUP SUSU

Bagaimana pula cara untuk mengetahui anak tidak mendapat susu yang mencukupi?

  • Diapers sentiasa ringan dan selepas seminggu anda tidak menyalin diapers lebih dari 6 kali.
  • Baby tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap selepas seminggu dilahirkan.
  • Berat baby masih tidak bertambah atau tidak mendapat berat lahir walaupun selepas dua minggu kelahiran
  • Payudara masih keras dan berat selepas sesi penyusuan.
  • Baby sering meragam atau nampak seperti tidak aktif dan tidak bermaya.
  • Semasa menyusu, pipi baby anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini tanda baby tidak menyusu dengan betul dan khidmat nasihat diperlukan bagi memastikan baby menyusu dengan teknik yang betul.)
  • Muka baby kelihatan cengkung dan tidak berisi.
  • Kulitnya anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Lapar Selalu Tak Bermakna Susu Ibu Tak Cukup. Newborn Menyusu 12-15 Kali Sehari

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. Pada peringkat awal, masalah paling utama untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi seorang ibu ialah KURANG KEYAKINAN dan sering BERFIKIRAN NEGATIF.

IKLAN

Percayalah penyusuan susu ibu sesuatu yang mudah jika ianya diiringi dengan KEYAKINAN, SEMANGAT dan KESUNGGUHAN. Teruskan niat murni anda dan jangan berhenti berdoa kepada Allah swt agar perjalanan penyusuan anda dimudahkan.

Penyusuan susu sbu bukan sesuatu yang menyeksa atau menyakitkan sebaliknya suatu pengalaman berharga dan menyeronokkan bagi semua ibu.

SALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Sumber: Noorfazila Abdul Rahman

Kaunselor Laktasi Bertauliah

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Anda!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI