
Isu salah faham tentang bayi baru lahir kembali diperkatakan apabila gambar dan video kelahiran dikongsikan secara terbuka di media sosial. Dalam keghairahan berkongsi detik kelahiran, masih wujud komen tidak berasas yang mencetuskan kekeliruan dan persepsi salah dalam kalangan masyarakat.
Antara perkara yang sering mengundang komen melampau ialah lapisan putih yang melekat pada kulit bayi sejurus selepas dilahirkan. Lebih mengejutkan, ada segelintir netizen yang berani mendakwa bahan tersebut sebagai air mani.
Hakikatnya, dakwaan ini langsung tidak benar dan bertentangan dengan fakta perubatan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Dr Wan Share, yang sering berkongsi mengenai topik kesihatan di media sosialnya tampil memberikan penjelasan tepat bagi menjelaskan salah faham ini kepada orang ramai.
Menurut Dr Wan Share, lapisan putih pada badan bayi baru lahir dikenali sebagai vernix caseosa, iaitu lapisan semula jadi yang sangat penting untuk bayi sejak dalam kandungan.
Vernix merupakan lapisan yang:
Lapisan ini menyelaputi kulit bayi ketika dalam rahim dan lazimnya masih kelihatan sejurus selepas proses kelahiran.
Ia terbentuk daripada gabungan:
Dr Wan Share menegaskan dengan jelas:
Ini bukan air mani. Bukan kotoran. Dan langsung bukan sesuatu yang memalukan.
Lapisan putih pada badan bayi baru lahir bukan sekadar sisa kelahiran. Ia mempunyai fungsi biologi yang sangat penting, terutamanya semasa proses kelahiran.
Tekstur vernix yang licin membantu bayi keluar dengan lebih mudah melalui saluran kelahiran, sekali gus mengurangkan geseran.
Vernix bertindak sebagai lapisan anti-mikrob yang melindungi bayi daripada bakteria dan kuman ketika melalui saluran faraj.
Kulit bayi yang baru lahir sangat sensitif. Vernix membantu mengurangkan risiko jangkitan kulit pada peringkat awal kehidupan.
Lapisan putih pada badan bayi baru lahir ini berfungsi sebagai pelindung semula jadi yang mencegah kulit bayi menjadi kering, luka atau iritasi.
Apabila bayi keluar dari rahim yang panas ke persekitaran luar, vernix membantu menstabilkan suhu badan bayi secara berperingkat.
Menurut amalan perubatan moden, vernix tidak perlu dibersihkan dengan segera.
Ramai pakar perubatan kini menggalakkan supaya lapisan putih pada badan bayi baru lahir:
Langkah ini bertujuan untuk membolehkan kulit bayi menyerap sepenuhnya manfaat perlindungan semula jadi yang diberikan oleh vernix.
Dalam perkongsian sama, Dr Wan Share turut menyentuh tentang fasa trimester akhir kehamilan, iaitu melakukan hubungan intim dapat menyokong proses kontraksi ibu. Cara ini membantu untuk memudahkan proses kelahiran.
Apa yang pasti lapisan putih pada badan bayi baru lahir bukanlah sesuatu yang jijik atau memalukan. Ia adalah satu ciptaan semula jadi yang sangat bijak dan berfungsi sebagai perlindungan terbaik untuk bayi pada detik paling rapuh dalam hidupnya.
Seperti yang dijelaskan oleh Dr Wan Share, kadang-kadang apa yang disalah faham oleh manusia sebenarnya adalah rahmat dan perlindungan terbaik yang Tuhan kurniakan kepada seorang insan kecil yang baru pertama kali melihat dunia.
Sumber: IG drwanshare