Kesan atau lapisan putih pada lidah bayi kerap kali timbul. Adakah ia berbahaya? Bimbang kalau ia boleh menyakitkan bayi!
BAYI MENYUSU SUSU IBU & FORMULA BOLEH ALAMINYA
Kerap kali mama dan papa mendapati kesan ini pada lidah bayi. Ia tidak hanya terjadi kepada bayi yang menyusukan susu formula, malah bayi yang lima bulan dan menyusu susu ibu sepenuhnya juga boleh mengalaminya.
KULAT SUSU
Ramai ibu yang mendapati lapisan putih ini walau pun kerap dibersihkannya dengan kain lembap tetap berulang lagi dalam masa yang singkat. Kesan atau lapisan putih itu dinamakan sebagai oral thrush atau oral candidiasis yang lebih sering dikenali sebagai kulat susu. Ia nya adalah sejenis kulat yang tumbuh pada kesan susu yang mendap di mulut bayi.
Bayi mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kerana daya ketahanan tubuh yang lemah dan masih berkembang. Bayi yang lahir pramatang (kurang daripada 37 minggu kehamilan) lebih berisiko untuk mengalaminya.
Ads
BERSIHKAN SETIAP KALI MANDI
Mama dan papa disarankan untuk mengamalkan untuk membersihkan bahagian dalam mulut bayi setiap kali bayi mandi. Kadangkala kulat susu ini boleh membuat bayi tidak selesa pada bahagian dalam mulut yang boleh mengakibatkan bayi kurang menyusu.
Ads
STERIL
Anda dinasihatkan untuk kerap membersihkan dan mensterilkan/ menyahkuman permainan bayi atau teether, botol susu, puting, botol minuman, sippy cup dan segala kelengkapan makan minum bayi. Selain itu, pastikan mama papa dan penjaga mengamalkan membasuh tangan setiap kali selepas menukar lampin bayi.
RISIKO KEPADA IBU MENYUSU
Ads
Jika bayi anda mengalami jangkitan kulat susu ini, anda berisiko untuk dijangkiti. Bagi ibu menyusu, ia dinamakan nipple thrush. Antara simptom nipple thrush ialah rekahan atau kesan berkeping pada puting diikuti rasa sakit pada aerola. Malah puting dan aerola juga boleh bertukar warna.
DAPATKAN RAWATAN
Kulat susu apabila terjadi tidak mudah dibersihkan dan mungkin boleh menyebabkan bayi mengalami kesakitan. Mama papa disarankan membawa bayi untuk mendapatkan rawatan sekiranya ia berlarutan. Terdapat ubat yang boleh diberikan oleh doktor untuk tujuan menyembuhkan bahagian dalam mulut dari kulat susu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perlu diketahui, ibu yang nak menceraikan puting kosong pada anak boleh mula lakukan sebelum usia anak setahun kerana ia lebih berkesan dan tak jadi tabiat.
Adalah baik jika anda menghadkan penggunaan puting kosong oleh bayi anda apabila dia sekitar usia enam bulan dan anda harus cuba menghentikannya sama sekali menjelang usia satu tahun.
Mungkin permulaan rasa susah, apabila anda berhadapan dengan bayi yang meragam, untuk tidak memberikan dia puting sebab ramai bayi menggunakan lain-lain objek pengikatan diri juga, seperti ibu jari dan selimut penenang, sampai ke usia dua tahun atau lebih dari itu.
Kadangkala orang mendapati lebih senang untuk menghentikan penggunaan puting kosong jika bayi sudah memahami sebab-sebab puting tidak diberi kepadanya, atau mengadakan peraturan tentang masa-masa puting dibenarkan, atau diberitahu sebab-sebab mengapa puting dilarang semasa di luar rumah.
Apabila hendak menceraikan bayi dari puting kosong, sebagai permulaan adalah baik untuk menghadkan penggunaan puting untuk masa tidur sahaja, dengan menarik kembali puting itu apabila bayi sudah tertidur.
Ini memastikan dia tidak mencari-cari puting apabila terbangun dari tidur dan sedar dia tidak boleh bergantung kepada puting untuk membantunya tidur kembali.
Satu dari keburukan penggunaan puting kosong ialah ia boleh menyebabkan masalah apabila gigi bayi sedang tumbuh. Ia juga boleh menjejaskan perkembangan kemahiran bertutur bagi bayi bertatih.
Jika anak anda baru mula belajar bercakap, pastikan anda mengambil puting darinya apabila dia hendak menutur kata dan galakkan dia menggunakan perkataan dan bukan menggunakan jari tangan untuk menunjuk-nunjuk.
Infeksi telinga juga bertambah dengan penggunaan puting sebab bakteria boleh bergerak dari mulut ke tiub Eustachia (saluran kecil antara telinga dan tekak). Ini satu sebab puting kosong perlu dicuci dengan rapi dan disterilkan secara kerap.
Sumber: www.babycenter.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak dijangkiti HMFD, ibu ayah jangan terus panik. Boleh ikuti cara yang dicadangkan oleh doktor ini agar dapat mengawal jangkitan dan mengelakkan ia merebak.
Anak anda dijangkiti HMFD? Amat penting bagi anda untuk mengetahui cara betul penjagaan di rumah dan kaedah untuk mengelakkan ia menjangkiti orang lain.
Info-info yang diutarakan oleh Dr. Mohd Syamirulah Rahim, Pegawai Perubatan KPJ Perlis Specialist Hospital ini boleh membantu memahami perihal HMFD dan penjagaan anak yang dijangkiti agar terhindari perkara yang tidak diingini.
11 PERKARA PENTING MENGENAI JANGKITAN HFMD (HAND FOOT & MOUTH DISEASE)
#1 IA SANGAT MUDAH BERJANGKIT
HFMD sangat MUDAH berjangkit. Enterovirus HFMD dari seorang bayi/pesakit, boleh menjangkiti lima orang bayi/pesakit lain yang terdedah dengannya. Ia sangat mudah merebak di tempat common kanak-kanak/bayi, contohnya di taska, melalui permainan, troli kanak-kanak, meja, kerusi bayi dan sebagainya.
#2 CARA MENJANGKITI
Jangkitan adalah melalui air liur, batuk, droplet pernafasan, dan cecair dari ruam, juga melalui najis. Virus Enterovirus dan Coxsackie yang menjadi punca HFMD boleh hidup di luar badan manusia, bahkan berbulan-bulan lamanya.
#3 HAND SANITIZER TIDAK CUKUP
Terdapat laporan mengatakan penggunaan hand sanitizer sahaja adalah tidak cukup untuk menghapuskan virus Coxsackie. Digalakkan untuk mengamalkan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, serta penggunaan bahan pencuci seperti Bleach/Clorox untuk pakaian, alat permainan atau permukaan yang berkemungkinan terdedah. Suhu lebih 42 darjah Celsius sahaja yang boleh menyahaktifkan virus ini.
#4 TEMPOH INKUBASI
Tempoh inkubasi adalah sekitar 3 – 7 hari. Maksudnya, hanya selepas 3-7 hari terdedah kepada sumber jangkitan (eg : budak lain, alat permainan, pakaian etc), barulah simtom akan bermula.
#5 DEMAM & RUAM SEBAGAI SIMPTOM
Simptom bermula dengan demam panas (mencecah 38.5-39 darjah celsius), dan selepas sehari dua demam, barulah ruam-ruam bintik akan mulai muncul. Ruam akan muncul secara berperingkat, eg mula di tapak tangan, kemudian beberapa jam kemudian tapak kaki, kemudian sehari dua baru nampak di mulut, juga boleh di punggung.
#6 KULIT HILANG DAYA PELINDUNG
Ruam boleh menjadi gatal. Kebersihan pada kawasan ruam perlu dijaga. Kawasan ruam, adalah kulit yang hilang fungsi defensive, justeru mudah dijangkiti bakteria kedua (secondary bacterial infection).
Elakkan dari bayi bermain di tempat kotor, terkena bahan yang boleh membawa bakteria seperti bulu kucing, pakaian yang kotor, karpet, tikar, pasir dan lain-lain.
#7 RUAM DALAM MULUT
Ruam didalam mulut, boleh menjadi oral ulcer. Tompok-tompok ulcer ini, pastinya menyakitkan, dan bayi tidak mampu beritahu yang dia sedang sakit. Tanda-tanda seperti enggan minum, merengek tidak berhenti, adalah petanda bayi dalam kesakitan.
Ubat tahan sakit seperti Paracetamol dan Ibuprofen boleh terus diberikan setiap enam jam, tidak semestinya ketika demam sahaja.
#8 KERAPKAN BERI ANAK MINUM
Berikan cecair dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap, cecair sejuk boleh membantu, boleh gunakan picagari untuk mudahkan. Contohnya halakan muncung jauh daripada kawasan ulcer. Apa jenis cecair pun tak apa, eg: susu, air kosong, jus. Asalkan cecair. Tidak semestinya kena habiskan terus secawan atau sebotol.
Tapi kerapkan, contohnya 20ml setiap setengah jam. Sejuk boleh mengurangkan rasa sakit/tidak selesa. Adakalanya doktor akan berikan ubat berbentuk gel atau spray yang boleh mengurangkan rasa sakit.
#9 JANGAN BIAR HINGGA ANAK DEHIDRASI
Asalkan bayi anda masih boleh minum cecair, dan suhu badannya boleh dikawal, kebiasaannya tidak perlu dimasukkan ke wad. Sebaliknya jika bayi anda kekurangan air, ada simptom dehidrasi, maka bayi anda perlu dimasukkan ke wad dan air akan diberikan melalui suntikan intravena.
10% bayi yang menghidap HFMD perlu dimasukkan ke wad, dari jumlah ini 10% mendapat komplikasi teruk dan 0.5% boleh meninggal dunia.
#10 KUARANTIN
Jangkitan HFMD biasanya akan mengambil masa 7 ke 10 hari untuk betul-betul sembuh. JANGAN bawa anak anda keluar dari rumah, kuarantin adalah wajib kerana ianya sangat mudah berjangkit (rujuk point 1). Bagi pekerja kerajaan, anda boleh dapat cuti kuarantin menjaga anak. Jangan salahguna cuti ini pergi jalan-jalan sana sini, Allah Maha Mengetahui.
#11 BEIRI KERJASAMA BERI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Semua jangkitan HFMD wajib dilaporkan oleh pegawai perubatan ke Jabatan Kesihatan Negeri. Pihak jabatan kesihatan akan menghubungi tuan/puan dan mendapatkan maklumat seperti sejarah travelling, tempat taska/pengasuh, dsb.
Sila beri kerjasama kepada mereka, kerana data yang mereka kumpul adalah sangat penting bagi mengawal jangkitan dari merebak menjadi epidemik.
Speech delay adalah satu kelewatan dalam perkembangan anak anda yang melibatkan pertuturan mereka. Ia adalah ketidakupayaan anak anda untuk menyebut sesuatu perkataan itu dengan jelas dan boleh jadi juga mereka tidak boleh menyebut perkataan itu sama sekali.
Bagaimana ia terjadi?
10 Kesilapan Mak Ayah Punca Anak Speech Delay
1️⃣ Tidak berkomunikasi dengan anak ketika bayi. Kerana menganggap anak tidak faham dan tidak mampu respon.
2️⃣ Tidak belajar teknik ransangan pertuturan. Kerana merasakan anak akan pandai bercakap dengan sendirinya.
3️⃣ Tidak mendedahkan anak dengan aktiviti dan ransangan yang secukupnya kerana tak tau tentang keperluan sensori.
4️⃣ Menganggap gajet sebagai alat yang berkesan untuk bantu anak bercakap dan berkomunikasi.
5️⃣ Menganggap dialog kartun yang ditiru anak sebagai sebahagian tanda komunikasi.
6️⃣ Terus memberi anak objek yang mereka mahu bila anak meminta drngan cara merengek / menunjuk dengan jari/ menarik tangan kita.
7️⃣ Bercakap pelat atau ‘baby talk’ dengan anak.
8️⃣ Sering membiarkan anak bermain bersendirian tanpa kita terlibat.
9️⃣ Menjadi wakil untuk menjawab soalan yang diajukan orang kepada anak.
🔟 Membiarkan anak terdedah dengan skrin lebih dari 2 jam sehari. (Termasuk TV, smartphone, tab dan laptop)
Tahukah anda?
Anak Speech Delay yang tidak segera dibantu berisiko untuk lewat membaca apabila mereka mula bersekolah nanti.
Ilmu ni saya dapat dari ST Farah Farhana waktu menghadiri Bengkel berkaitan speech delay beberapa tahun lepas.
Apa yang saya ingat, ST ada sebut yang sesetengah kanak-kanak speech delay, mereka datang dengan masalah delay pada perkembangan lain.
Sensori tak setel, kemahiran motor ada delay dan paling jelas kat sosial dan komunikasi. Solusinya, kena dapatkan intervensi untuk anak.
Ada sebahagiannya pulak, hanya memerlukan ransangan bahasa. Maknanya, nak kena banyakkan bercakap je dengan mereka ni.
Sebab mereka masih tak cukup kuota vocab. Receptive Language belum cukup. Jadi mereka tak boleh nak move on ke kemahiran yang seterusnya , iaitu Expressive Language.
Receptive Language : kebolehan untuk memahami bahasa yang didengar
Expressive Language : kebolehan untuk menyatakan keperluan dan kehendak melalui pertuturan.
Kalau nak kenal pasti speech delay anak ni perlukan solusi yang mana satu, kenalah bawa anak jumpa pakar.
Bawak tau. Sebab taknak isu perkembangan ni memberi kesan sampai anak dah mula sekolah nanti.
Apa yang penting, beri anak ransangan secukupnya walaupun diorang masih bayi lagi. Cukupkan ransangan bermain, ransangan sensori dan ransangan bahasa sebelum kita fokus nak pandaikan anak.
Ini saya kongsikan nota, contoh senarai Ransangan Bahasa yang boleh kita praktikkan pada anak.
Kalau ada mak ayah yang risau anak 1 tahun belum memahami perkataan dan arahan ringkas, Umur 2 tahun belum boleh bercakap, saya sarankan untuk dapatkan bantuan.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.