Bila anak sudah masuk usia dua tahun, satu hal yang menjadi masalah adalah untuk melatih anak bebas diaper. Sebenarnya ia bukanlah satu tugas mudah. Mama papa kena sabar sepanjang minggu untuk melatih anak.
Tapi bukan soal sabar je, mama papa juga kena lebih bersedia untuk mengajar anak bebas diaper. Paling penting kena bersedia dan rajin dengan kerja-kerja ‘mencuci’. Maryam Jamadi, Occupational Therapist ini berkongsi tip buat mama papa sebagai persediaan untuk mengajar anak. Ada perkara dan ilmu yang anda kena tahu.
MELATIH ANAK BEBAS DIAPER
Umur 3 tahun.
Antara pandai urus diri dan pandai membaca mana lebih penting?
Kalau jawapannya bebas diaper, lega hati saya. ❤
Kadang-kadang, saya risau dengan ada segelintir mak ayah yang lebih pentingkan anak 2-3 tahun pandai membaca tapi tidak kisah anak tidak reti makan dan minum sendiri, tidak reti buka baju seluar dan belum bebas diaper. Ada yang sampai umur 6 tahun, pandai membaca dan mengira tapi masih lagi pakai diaper ke tadika melainkan memang ada masalah kesihatan lain.
Bebas diaper ini bukan sahaja dapat menjimatkan poket mak ayah, malah banyak kepentingannya dalam perkembangan emosi dan sosial anak juga. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini di artikel “Cara Memanipulasi Anak”, umur setahun hingga 3 tahun adalah fasa anak untuk dapatkan “Autonomy” ke atas dirinya sendiri.
Sebab itulah, masa ini anak akan mula merampas baju yang hendak dipakaikan, merampas sudu atau mengamuk ingin makan sendiri, mahu pakai kasut sendiri, marah apabila barang yang dipegang dirampas dan sebagainya.
Semua ini sebab anak sudah ada ada kesedaran dan keinginan untuk belajar urus diri sendiri. Mereka lihat apa yang mak ayah buat dan mereka ikut walaupun belum cekap. Sokong anak untuk belajar berdikari, bukannya perlekehkan mereka apatah lagi menghalang. Sebab secara tak langsung mak ayah akan menyebabkan perkembangan emosi dan anak terganggu.
Malah kajian tentang ini juga telah dilakukan pada tahun 2002 dan hasilnya kebanyakan anak yang lewat bebas diaper akan meningkatkan risiko mendapat masalah mengawal pundi kencing dan masalah usus di masa akan datang (diterbitkan di Journal of Pediatric Urology). ?
TANDA-TANDA ANAK SUDAH BERSEDIA
Selalunya mak ayah sudah boleh mula mengajar anak bebas diaper pada umur 2-4 tahun, ada juga anak yang sudah menunjukkan kebolehan bebas diaper seawal 18 bulan. Untuk mengelakkan kejadian lantai basah, tilam basah atau bau “hancing” seluruh rumah. Lebih baik mak ayah tahu dahulu tanda-tanda anak sudah bersedia untuk bebas diaper:
Ads
1. Boleh duduk, berdiri dan melangkah anak tangga di tandas dengan sendiri.
2. Mempunyai skil motor dan koordinasi yang baik untuk membuka pintu sendiri.
3. Berminat untuk ke tandas dan proses di dalam tandas (Duduk, ambil paip air atau tisu, flush)
4. Mahu mengikut sesiapa sahaja ke tandas untuk melihat proses di tandas.
5. Sudah mempunyai keupayaan untuk menahan kencing atau berak selama lebih kurang 2 jam.
6. Sudah pandai maklumkan mak ayah dengan bahasa tubuh atau beritahu nak “iyak”/ ‘pupu” atau ‘kencing/cing”.
7. Tidak minat lagi memakai diaper dan mahu membuka sendiri diaper lepas “membuang”.
8. Pandai mengikut arahan.
9. Mempunyai masa yang sama untuk “membuang” seperti lepas bangun tidur atau lepas makan.
* Tanda-tanda diatas juga boleh diguna pakai untuk anak bekeperluan khas, cuma umur sahaja berbeza.
Jika anak mempunyai tanda diatas, maka ayuhlah kita mengajar anak bebas diaper ya mak ayah jangan tangguh-tangguh lagi.
PERSEDIAAN MAK AYAH
Ada banyak sangat cara untuk mengajar anak bebas diaper. Kalau ikut cara orang dulu-dulu ada yang bogelkan sahaja diluar, kalau nak “membuang” WAJIB bagitahu kalau tidak tunggulah “hadiah”nya. Hasilnya, sehari dua dah pandai. ?
Dibawah ini adalah teknik yang selalu digunakan oleh Terapis Carakerja untuk anak bekeperluan khas, tetapi diolah sedikit untuk anak yang tipikal. Sebelum melatih anak bebas diaper, mak ayah perlulah:
1. Pilih samada nak latih anak menggunakan tandas terus ataupun guna “potty”.
Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan, kalau mak ayah rajin gunalah potty kerana ia agak kurang menyeramkan untuk anak, mudah dibawa dan selamat. Kalau malas nak membasuh, gunalah tandas terus. Kalau ada duit lebih, belilah tempat duduk tandas kecil yang siap ada tangga. ?
Ads
2. Latih anak menggunakan bahasa tubuh seperti pegang perut sambil cakap “berak/iyak”, “kencing/cing”, “pee/poopoo”. Pilihlah satu paling sesuai dan kata setiap kali tukar diaper. Tunjukkan “kuih” pada anak setiap kali anak membuang dalam diaper.
3. Cerita sosial (Social Story)
Ceritakan kenapa kita ke tandas, apa yang dilakukan, proses di tandas dan sebagainya. Mak ayah boleh juga cerita dengan memggunakan patung kesukaan. Contohnya,
“Setiap pagi, selepas Didi bangun tidur. Didi akan pergi tandas untuk “iyak/poopoo”. Mula-mula Didi buka seluar, duduk di atas tandas dan meneran (sambil buat muka meneran). Abang nak jadi macam Didi tak?”. Mak ayah bolehlah buat cerita ikut kretiviti masing-masing sambil buat ekspresi muka “over” lagi anak suka.
4. Perhatikan tingkahlaku anak sebelum “membuang” contohnya resah gelisah, kehulu kehilir, menyorok di belakang almari atau duduk di sudut bilik. ?
5. Catat masa setiap kali anak “membuang” selama seminggu sebelum latih anak. Selalunya anak sudah ada pola masa yang sama seperti waktu pagi selepas bangun tidur, tengahari selepas makan dan sebagainya.
6. Pastikan anak makan makanan berserat seperti buah dan sayur dengan mencukupi.
Proses melatih jadi lebih sukar sekiranya anak sembelit.
7. Pakaikan diaper jenis seluar (diaper pant) dan seluar bergetah yang longgar supaya mudah untuk dibuka bila dah tak tahan dihujung-hujung. ?
Ads
Semua diatas ini boleh mula dilakukan untuk anak berumur setahun keatas untuk persediaan bebas diaper.
AYUH, MULAKAN SEKARANG
Jika mak ayah dah ada “bahan-bahan” untuk melatih anak seperti jadual masa, potty dan seluar dalam anak maka boleh mulakan dengan ikut 3 tahap yang saya rumuskan ini:
Tahap pertama (Masih memakai diaper)
1. Bawa anak ke tandas 10 minit sebelum sebelum jadual pola masa, terutamanya sejurus lepas bangun tidur, lepas makan dan sebelum tidur. Nak lagi bagus, bawa setiap 2 jam. Sebab lebih kerap lagi bagus.
2. Tekan sedikit di bahagian pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar anak untuk meneran.
3. Puji anak setiap kali anak berjaya “membuang” di dalam tandas.
4. Jika anak terlepas “membuang” di dalam diaper, tunjuk diaper basah pada dia dan kata “abang tak boleh buang dalam ini”.
5. Disarankan mak ayah fokus latih berterusan selama lebih kurang seminggu.
Tahap Dua (Pakai waktu tidur sahaja)
1. Mak ayah boleh mula pakaikan anak seluar dalam kesukaan mereka untuk menggantikan diaper.
2. Pakaikan diaper waktu tidur siang dan tidur malam sahaja.
3. Tunjuk anak diaper basah sekiranya dia terlepas.
4. Bawa anak ke tandas sejurus bangun tidur sampai jadi rutin harian.
Tahap Tiga (100% bebas diaper)
1. Boleh mula kurangkan memakai diaper di waktu malam.
2. Letak alas katil kalis air supaya katil tidak tercemar dengan bau “hancing”. ?
Kunci utama untuk berjaya adalah kerapkan memuji anak. Pokok pun boleh mati kalau setiap hari kita datang marah-marah. ?
Sabar, jangan terlalu memarahi anak sekiranya lambat kerana nak berjaya perlukan masa, bukannya sekali ajar dah pandai, ada yang seminggu dah berjaya, ada yang sebulan malah ada yang setahun baru berjaya. Sebab ia perlu berterusan baru cepat nampak kesan. Kalau skip sehari buat, esok malas, mula balik tahun depan maka bertahunlah jawabnya. ?
Dalam melatih anak bebas diaper, jangan lupa untuk melatih skil urus diri seperti pakai baju dan seluar ya. Tak adalah sampai umur 6 tahun masih lagi mak ayah kena bukakan seluar dan jirus setiap kali anak nak “membuang”.?
*Jika anak dah masuk umur 4 tahun, tetapi masih belum berjaya bebas diaper walaupun usaha telah dilakukan. Mungkin ada isu yang mak ayah tidak sedar, boleh dapatkan rujuk occupational therapist untuk penilaian.
Kredit: Maryam Jamadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan mereka kini sudah memiliki seorang zuriat yang diberi nama Musa.
Berita gembira itu diumumkan oleh Mizz Nina menerusia akaun Instagramnya.
Selepas 11 tahun melayari kehidupan rumah tangga, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Binti Azman berkongsi bahawa Musa sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka berdua.
Dengan kapsyen yang panjang dan cukup bermakna, Mizz Nina turut berkongsi perjalanan dirinya dalam usaha mendapatkan zuriat sendiri sehingga dia dan suaminya Noh yang merupakan vokalis kumpulan Hujan membuat keputusan untuk menjadikan Musa sebahagian daripada hidup mereka.
“2+1 = 3
“Noh, Nina & Musa, Alhamdullilah
“Alhamdulilah it has been 3 months since the arrival of baby Musa, we are grateful to Allah for this beautiful blessing and du’a come true – I can safely say that he is my mahram now الحمد لله
“It has been a long journey to get to where we are today, through years of iui’s, ivf’s, operations, Allah granted us this sweet baby through other means, and it was all meant to be. If Allah wills it for you, nothing can stop it from reaching you and Only He knows the right time for everything to fall into place. All the tests and struggles are for a good reason.
“I remember it took me more than a year to get myself open and ready for this endeavour. Noh initiated the idea of us adopting ( of course in Islam the baby’s surname must be bin Abdullah or other names of Allah & not the adoptive father’s name) and since he was down for it, it got me curious.
“Our humanitarian trips also helped me immensely with making this decision, there are sooooo many babies and children out there without one or both parents, without the means or a place they can call home with a family who loves them,” tulis Mizz Nina.
Menurut Mizz Nina lagi, untuk membuat perubahan ini tidak mudah untuk dia, berbekalkan doa kepada Yang Maha Esa, dia berasa syukur dapat menerima Musa dengan hati yang terbuka.
Mizz Nina juga bersyukur dengan kehadiran Musa dalam kehidupan mereka dan mendoakan agar Allah menjaga keluarga kecil mereka.
“Opening up my heart for this life changing event was not easy and I had constantly made du’a to Allah to expand my heart and make space in it, for me to let go of my insecurities and trust in Him, His plan, His way, Alhamdulilah, with baby Musa, my heart, soul, mind and body was ready to take him in.
“He is a beautiful gift and creation of Allah, and it is such a privilege for us to have him thus far. Its been a awesome roller coaster ride being new parents and we are loving every moment Alhamdulilah.
“May he be a light for the ummah, May Allah protect our little family in this life and the next and allow us to be among those He is pleased with Aameen,” tulisnya lagi.
Berita gembira itu disambut baik oleh warganet yang rata-ratanya mengucapkan rasa syukur dan tahniah kepada pasangan selebriti tersebut. Rakan artis dan pengikut Mizz Nina turut mendoakan agar Musa membesar menjadi anak yang soleh.
Untuk rekod Mizz Nina dan Noh Salleh telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 1 Julai 2011.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang penceramah yang sentiasa menghargai pengorbanan isterinya menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga sepanjang ketiadaannya pergi berdakwah.
Beliau sering berkongsi di facebook bagaimana kasih dan sayangnya terhadap isteri tercinta. Bagaimana dia merasa kasihan pada isteri yang dipanggil dengan gelaran manja “bidadariku” menguruskan kerenah anak-anak yang masih kecil serta pelbagai tugasan di rumah tanpa bantuannya yang sering keluar berdakwah.
Justeru bila ada peluang menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak dan isteri, Ustaz Ebit lebih suka menghulurkan bantuan meringankan bebanan isterinya.
Sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isteri yang dianggap banyak berkorban untuknya dan anak-anak.
Alahai sweet sangat cara Ustaz Ebit menghargai isterinya. Kalau macam ni isteri pun tak sempat nak rasa stres dan penat uruskan banyak kerja-kerja di rumah.
Doakan Isteri Tersayang
Tengah baca hadis tadi, terasa nikmat jer walau kurang sihat. Hilang semua sakit-sakit. Dapat peluk cium anak-anak.
Lepas baca Hadis saya doa, anak-anak amin kan. air mata bidadari saya berlinangan deras.
Ya Allah berilah kesihatan buat bidadariku. Berilah kekuatan padanya. Kasihan bidadari anugerahmu ini ya Allah.
Beliau uruskan anak seorang diri. Berilah bidadariku,umi buat anak-anakku ini kekuatan, kasihatan, kuatkan jiwanya, berilah dirinya sentiasa cantik,menawan, muda remaja sampai bila-bila dalam perjuangan agama ini.
Maafkanlah diriku jika ada menyakitinya. Syukur kepadaMu ya Allah memberi bidadariku ini sentiasa sihat.
Maafkanlah anak-anak ini ya Allah. Ada buat sepah. Ada yang merajuk. Ada yang kadang-kadang bergaduh dengan adik beradik.
Susahkan hati uminya. Buat uminya penat. Ada yang menangis tiba-tiba. Ya Allah terima kaseh atas nikmatMu.
Nikmat Bila Dapat Peluk Anak
Tengok-tengok anak lak menangis. Anak-anak lak tambah doa. Ya Allah jagalah umi kami. Maafkanlah kami kerana ada buat umi sedih. Semua anak-anak cium-cium umimya. Salam dan minta maaf pada umi.
Paling nikmat bila dapat peluk anak-anak. Terasa seluruh masalah dunia ini menjadi lapang. Ya Allah berilah diriku kekuatan dalam perjuangan ini..
I love u. I love u. I love u. Kami doakan semua atuk nenek. Di kampung dan di kl. Semua nama adik beradik. Ipar. Anak saudara dan pakcik makcik. Guru-guru yang membimbing anak-anak kami. Yang bimbing kami dulu..
Rindunya nak join taklim setiap hari. Selalu juga outstation bidadari saya teruskan Ta’lim dengan anak-anak. Ya Allah maafkanlah diriku ini. Berilah amalan Ta’lim ini hidup sentiasa di rumahku dan setiap rumah di orang Islam di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.
Nak tidurkan anak memang ada kesukarannya. Lebih-lebih lagi anak yang aktif bermain, semakin sukar nak tidurkan mereka di waktu malam. Ibu yang berdepan dengan masalah ini memang stress. Penat bekerja sepanjang hari, anak pula tidak mahu tidur awal. Penat mama makin bertambah.
Ragam anak berbeza-beza, ada yang mudah tidur lebih awal, ada pula yang boleh tidur dengan sendirinya tanpa didodoi dan sebagainya. Namun bagi blogger Irine Nadia, dia punya cara sendiri bagi membuatkan keempat-empat anaknya tidur awal.
Kata Irine menerusi instagram peribadi miliknya, anak keduanya, Hasya Tasnim, atau nama gelarannya Tacanim yang kini sudah pun berusia 4 tahun sememangnya sukar untuk tidur awal berbanding kakak dan adik-adiknya. Namun ada cara yang dikongsikan Irine bagi membolehkan anak comelnya ini sentiasa tidur awal.
Aktiviti bebas waktu petang. Selalunya time ni anak-anak berkumpul main sama-sama. Petang nanti time untuk mengaji pulak.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Tacanim pulak memang tak boleh bagi dia tidur petang walaupun hanya nap sekejap 15 minit. Memang dia akan berjaga macam burung hantu waktu malam dan akan tido 1-2 pagi. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Kadang memang nampak dia sikit lagi nak tumpas terlelap (selalunya pukul 5-6pm) tapi cepat-cepat ibu lalaikan dia dengan ajak main dekat luar taman walaupun mata dia terkebil-kebil tahan mengantuk. Ada jugak time terlepas bagi dia tidur, dan hasilnya malam nanti, ibu pandang ayah, ayah pandang ibu sebab nak teman sampai dia tidur. Zzzzz! ⠀
Kak Nina, Umar & baby Hud, bab tidur memang takde hal setakat ni.
Dah tahu caranya, memang senanglah untuk dikawal. Ada sesetengah anak akan menangis dan mula buat perangai apabila sudah terlalu mengantuk. Ibu kenalah kenal pasti rentak dan perangai anak masing-masing. Namun cara mudah yang dikongsikan Irine dengan luangkan masa di taman memang menjadi. Bolehlah kita tiru gaya ringkas Irine.
Bukan itu sahaja, malah kongsi Irine melalui pengkongsiannya yang lain, Tacanim merupakan anak yang sering menghiburkan mereka sekeluarga. Ada sahaja gelagat comelnya menghiburkan semua.
Tacanim boleh bertukar character dalam masa 2-3 saat. Kadang ada masa, tiba-tiba tengah mood seronok dia boleh menangis tiba-tiba. Itulah Tacanim anak ibu ayah ni. Sukar dijangka tapi dia lah meriahkan dalam family. Ratu buat memek muka macam-macam, dia boleh menang (swipe sampai habis gambar).
Kredit foto: @irine_nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.