Batuk dan selesema antara yang paling mudah dijangkiti bayi dan kanak-kanak. Keadaan ini normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika keadaan anak nampak tidak aktif, ibu bapa perlu segera bawa ke klinik atau hospital.
Bagaimanapun, tidak seperti orang dewasa yang banyak petua untuk hilangkan batuk atau selesema.
Lagi satu untuk anak bawah usia 6 bulan, doktor tidak memberi ubat batuk dan selesema. Doktor hanya suruh pantau dan cuba guna cara lebih selamat untuk beri keselesaan. Bagi ibu yang risaukan anak berkahak dan berhingus, boleh cuba petua ini. Mana tahu serasi.
Berikut antara yang dikongsikan oleh MK Bo melalui FB Petua Dan Rawatan Penyakit.
Ads
Petua Hilangkan Kahak/Hingus Pada Bayi
Ads
Alhamdulillah kali kedua buat ni dengan baby Fayyadh. Selepas seminggu berkahak/hingus, akhirnya harini beransur hilang. Nampak petua ni pun di FB
Layurkan sireh pada api lilin dan dapur
Sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu hal yang membuatkan mama papa rungsing tapi tak mampu nak bertindak cara bagaimana adalah perihal masalah telefon bimbit pada anak. Menangis, mengamuk dan meronta-ronta antara perkara biasa setiap kali tidak diberikan telefon. Pening dibuatnya.
Sudahnya mama dengan rela hati, bagi saja pada anak. Redha dan pasrah. Itu sahaja yang termampu.
Tip paling mudah yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan ni boleh mama papa cuba. Betul katanya, memang tak salah. Cuba!
3 hari ini hampir 15 orang WhatsApp saya tanya bagaimana untuk elak anak dari mengadap HP? Jawapan saya paling mudah dan semua orang boleh buat. Saya dah buat kesannya HP kat sebelah pun anak tak layan.
Mudah sangat-sangat, langkah pertama JANGAN BAGI ANAK HP. HP itu bukan macam kucing boleh melompat lompat nak bermanja duduk atas peha. Yang jadi masalah apabila anak minta, buat muka sedih terus kita bagi.
Kedua jangan main HP depan anak. Sebolehnya jangan bagi anak nampak HP dalam seminggu atau sebulan. Bagi anak tu mengadap muka kita, lari guling-guling dengan kita sehinggakan dia rasa tak boleh tak peluk cium kita.
Anak nak main HP sebab dia anggap HP lebih baik dari kita. HP dapat beri bahagia, buatkan mereka tertawa dan peneman hidup mereka.
Tapi beberapa orang jawab. “Tak boleh la buat dua tips ini nanti dia ganggu saya buat kerja, melalak menangis nak HP juga. Jika tak bagi nanti mogok tak nak makan, saya ini hati tisu”.
Saya diam tinggalkan blue ticks. Jika dua ini pun tak boleh buat macam mana nak ikut tips lain. Jangan banyak bagi ALASAN jika nak lebih baik. Dah terang-terang anak ketagih HP kenapa masih layan lagi kehendak mereka,jika dilayan lagi masalah emosi anak-anak.
Cegah sabelum anak-anak ketagih dengan pelbagai gadget sehingga mereka anggap kita tak wujud!
Kredit: Muhammad Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada ibu bapa yang sempurna dan kita sendiri pun sering rasa bersalah apabila perlu memarahi anak. Apatah lagi sekiranya ibu bapa selalu meninggikan suara atau menengking anak yang masih kecil.
Alasan yang kita selalu beri adalah bila cakap sekali anak masih tak dengar, cakap elok-elok anak tak berganjak dan macam-macam lagi. Sebab itu kena tinggikan suara untuk pastikan anak dengar cakap.
Namun menurut Ustaz Ebit Lew ibu bapa kena ada sifat sabar dalam diri sepanjang membesarkan anak. Bertegas boleh tapi biar seimbang dengan kasih sayang.
Berikut antara perkongsian beliau
Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya.
Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.
Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. Insya-Allah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.
Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak.
Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka.
Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.
Anak-anak dahagakan kasih sayang ibu bapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak-anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.
“Happy wife, happy life”. Bila isteri stres, suami stres, anak stres, anak yang disusukan stres, anak dalam kandungan juga stres.
Tapi, bila suami stres keadaan rumah tangga kurang stres berbanding bila isteri stres.
Ia adalah kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Rutgers University terhadap 394 pasangan mendapati kepuasan isteri dalam keperluannya memainkan peranan penting dalam kebahagian rumah tangga dan mempengaruhi secara keseluruhan kepuasan hidup. Kebahagiaan isteri menyumbang kepada kebahagiaan suami juga.
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi hati seorang isteri sangat halus, jika seseorang isteri itu bahagia pasti dia akan cuba lakukan terbaik dalam rumah tangga. Mengemas rumah tanpa rungutan, memasak dengan ikhlas, menjaga anak dengan rela hati malah tak kisah dalam membantu ekonomi keluarga.
Emosi isteri menjadi lebih penting lagi apabila sedang mengandung. Hal ini kerana emosi isteri bukan sahaja mempengaruhi kebahagiaan rumah tangga, malah mempengaruhi perkembangan anak dalam kandungan. Ramai yang tidak tahu, jika ibu berdepan dengan stres jangka masa panjang, hormon stres (cortisol) akan disalurkan juga kepada bayi dalam kandungan melalui tali pusat, dan boleh menyebabkan pelbagai masalah.
Antara kajian dan fakta berkenaan ibu semasa mengandung:
1. Ibu yang stres semasa mengandung akan menghasilkan bayi yang suka menangis dan merasakan dunia tidak selamat.
2. Ibu mengandung yang masih belajar atau selalu membaca buku menghasilkan anak yang suka membaca buku.
3. Aktiviti janin meningkat secara mendadak apabila ibunya mengalami tekanan emosi.
4. Stres semasa mengandung memberi kesan kepada tingkah laku bayi dan kefungsian anak di masa akan datang.
5. Risiko masalah perkembangan anak seperti “Anxiety” dan ADHD, kerana hormon stres memaksa otak janin berkembang dengan lain kerana terpaksa membiasakan diri dengan ancaman.
Dulu saya ingatkan kita perlu berhati-hati dengan emosi sendiri hanya semasa mengandung sebab hormon stres terus disalurkan ke bayi dalam kandungan iaitu melalui tali pusat. Tapi sebenarnya bukan semasa mengandung sahaja seorang isteri dan ibu perlu jaga emosi, tetapi juga semasa menyusu badan.
1. Kajian telah dilakukan oleh evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stres yang dikeluarkan semasa ibu stres fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
2. Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stres ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki. Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stres memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki.
3. Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkah laku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu.
Kalau perasan anak yang disusukan menangis tanpa sebab dan tiba-tiba emosi tak stabil tanpa mak ayah tahu penyebabnya. Cuba ingat kembali emosi kita semasa hari itu ataupun semasa mengepam susu.
Tali pusat ➡️ Susu Ibu
Bila fikir balik, ada logiknya emosi ibu yang menyusu mempengaruhi kualiti susu. Tetapi apa yang saya paling terkejut, ibu yang stres juga boleh mempengaruhi emosi anak-anak walaupun kita tak nampak salurannya.
Ada satu kajian terbaru yang diterbitkan pada bulan Ogos 2019 yang lepas daripada Nanyang Technological University, Singapore.
Sangat menarik untuk dikongsikan, ia berkaitan aktiviti otak terhadap 31 pasangan ibu dan anak semasa menonton filem animasi bersama-sama. Kajian ini menunjukkan ibu yang mempunyai kadar stres yang tinggi mempunyai kurang persamaan aktiviti otak antara ibu dan anak (3 tahun).
Bahagian aktiviti otak yang dikaji adalah di bahagian “prefrontal cortex” iaitu bahagian otak yang mengawal kebolehan seseorang untuk memahami orang lain. Ibu dan anak akan lebih memahami emosi antara satu sama lain jika terdapat persamaan aktiviti otak semasa melakukan aktiviti yang sama.
Stres menyebabkan seorang ibu tidak dapat memahami perasaan anak ➡️ menghukum anak atas sebab yang tidak sepatutnya ➡️ mengurangkan komunikasi antara ibu dan anak ➡️ kurang menghormati pendapat anak ➡️ hubungan jangka masa panjang ibu dan anak terjejas. 😔
Malah bukan itu sahaja, banyak sangat kajian berkenaan ini. Antaranya:
1. Stres semasa tahun-tahun awal anak mempengaruhi gen anak yang berkait dengan pengeluaran insulin dan perkembangan otak sehingga anak dewasa.
2. Ibu yang stres mempengaruhi tingkah laku anak dan kebolehan anak menangani stres.
Lihatlah, betapa pentingnya untuk menjaga emosi seorang wanita/isteri/ibu. Bukan senang untuk menjadi isteri dan ibu yang baik kepada suami dan anak-anak, kerana perlu “berperang” dengan emosi sendiri.
Kadang-kala perkara kecil pun boleh terasa, lagi-lagi waktu mengandung. Suami lupa belikan makanan yang diidam pun boleh menitik air mata. Apatah lagi isu besar.
Itulah dinamakan kecelaruan hormon. Kadang-kala kita orang perempuan sendiri pun tak faham dengan diri sendiri. Sebab itulah ada yang lebih suka berdiam daripada meluahkan kerana risau terlebih-lebih dalam meluahkan.
Sokongan seorang suami sangat penting demi memastikan emosi isteri stabil. Agak-agak isteri mula berkerut, terus ambil peranan. Jangan tunggu-tunggu lagi sebelum isteri semakin jauh daripada dunia sebenar.
Bila dah jauh, habis segala memori menyedihkan dia akan ingat. 😂😂😂
Tapi sebagai orang dewasa, kita tak boleh elak daripada stres. Semua orang mempunyai stres masing-masing cuma yang membezakan adalah bagaimana kita mengawal stres.
Dengan pukul/maki anak?
Dengan marah suami/isteri?
Dengan cerita di media sosial?
Dengan menghempas barang?
Dengan merokok?
Dengan makanan?
Tak kisahlah apa yang kita nak buat untuk tangani stres tetapi apabila sudah mempunyai anak kena selalu ingat yang anak sentiasa melihat dan mengikut setiap perilaku kita termasuklah “cara” kita menangani stres. Tak kiralah “cara” yang baik atau salah.
Tingkah laku anak dipengaruhi oleh tingkah laku mak ayah. Maka, saya nasihatkan para suami mohon berjaga-jaga dengan emosi isteri terutamanya semasa mengandung atau masih menyusu badan sebab ia sangat mempengaruhi emosi anak-anak juga.
Kesimpulannya, Ibu nangis, anak pun nangis. Ibu happy, anak pun happy. ❤
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.