Pada 20 Julai 2025, lebih 10,000 pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa dan murid-murid Al Kauthar Eduqids (AKE) dari seluruh Lembah Klang dan Kuala Lumpur telah berkumpul bagi menjayakan AKE Sports Carnival with Friends 2025 di MAEPS, Serdang.

Lebih 10,000 Pengunjung Di AKE Sports Carnival with Friends 2025. Aktiviti Sukan & Acara Pentas Meriah!

Ia bukan sekadar acara tahunan biasa tetapi satu pengalaman luar biasa yang sarat dengan aktiviti pendidikan, hiburan dan kenangan manis untuk semua yang hadir. Kelainan tahun ini apabila diadakan pada skala yang lebih besar dengan pelbagai acara menarik yang diadakan.

Aktiviti Bermula Seawal 8 Pagi, Penuh Energi & Warna-Warni
Karnival dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berlangsung sehingga 6.00 petang. Pengunjung disambut dengan cuaca yang cerah dan wajah-wajah ceria murid AKE yang bersedia untuk menyertai cabaran 11 checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai tugasan menarik yang perlu disempurnakan oleh murid untuk mendapatkan cop di pasport aktiviti mereka.

Lebih 10,000 Pengunjung Di AKE Sports Carnival with Friends 2025. Aktiviti Sukan & Acara Pentas Meriah!

Sebaik sahaja berjaya mengumpul kesemua cop, mereka diraikan dengan medal eksklusif yang menjadi satu satu pencapaian yang cukup membanggakan buat si kecil!

Zumba Sarung Panaskan Suasana Pagi
Suasana pagi itu sudah hangat dengan acara Zumba Sarung yang dikendalikan penuh semangat oleh Nas Adila dan kru. Lenggok tarian penuh tenaga bukan hanya disertai guru-guru dan ibu bapa, malah murid-murid AKE juga turut menari bersama dengan penuh semangat. Riuh dan gamat! Aktiviti ini berjaya menyatukan semua lapisan usia dalam satu suasana yang cukup menyeronokkan.

Lebih 10,000 Pengunjung Di AKE Sports Carnival with Friends 2025. Aktiviti Sukan & Acara Pentas Meriah!

Ads

Pentas Utama Jadi Tumpuan, Penuh Dengan Aktiviti, Kejutan & Idola Anak-Anak
Satu kelainan utama untuk edisi tahun ini ialah pengisian pentas utama yang sarat dengan aktiviti, games dan kejutan sepanjang hari. Antara rakan penaja yang menyemarakkan suasana pentas utama ialah Hellothere Skinlab, Pocky, Yayasan CNI, KFC dan Yakult yang tampil dengan pelbagai aktiviti interaktif dan hadiah menarik.

Lebih 10,000 Pengunjung Di AKE Sports Carnival with Friends 2025. Aktiviti Sukan & Acara Pentas Meriah!

Lebih mengujakan, pentas utama turut dimeriahkan dengan penampilan khas Didi & Friends! Watak kesayangan ramai ini naik ke pentas dan menari bersama-sama ratusan kanak-kanak yang memenuhi kawasan sekitar. Memang meriah, penuh warna-warni, senyuman dan sorakan, menjadikan pentas seolah-olah pentas impian buat anak-anak AKE.

Lebih 10,000 Pengunjung Di AKE Sports Carnival with Friends 2025. Aktiviti Sukan & Acara Pentas Meriah!

Selain itu, satu lagi slot yang berjaya mencuri tumpuan ialah slot bercerita bersama Abang Paan. Dengan gaya penyampaian bertenaga dan penuh ekspresi, Abang Paan bukan sahaja menarik perhatian anak-anak, malah ibu bapa pun turut sama terhibur dan larut dalam kisah yang disampaikan. Suasana pentas ketika itu ibarat kelas bercerita gergasi, dengan semua mata tertumpu dan telinga bersedia menyambut setiap patah perkataan.

Ads

Lebih 10,000 Pengunjung Di AKE Sports Carnival with Friends 2025. Aktiviti Sukan & Acara Pentas Meriah!

Didi & Friends Cipta Sejarah bersama AKE!
Tahun ini juga menyaksikan rekod baharu dicipta apabila berjaya disenaraikan dalam Malaysia’s Book of Record (MBOR) bagi kategori The Largest Children Participation in a Story Telling Event.

Lebih 10,000 Pengunjung Di AKE Sports Carnival with Friends 2025. Aktiviti Sukan & Acara Pentas Meriah!

Penyampaian sijil MBOR telah disampaikan oleh Pn. Siti Hajar binti Johor kepada En. Che Yusaidi (Chief Commercial Officer dari Warnakala Studios) dan Mr. Edison Cheam (Senior AVP, GenNext Content) dari Astro, disaksikan oleh Datuk Bakhtiar Aliff, Ketua Pegawai Eksekutif AKE dan Datin Nor Fadilah, Ketua Pegawai Operasi AKE. Detik ini bukan sahaja membanggakan warga AKE, malah menjadi inspirasi buat semua murid yang hadir.

Pelancaran Muzik Video Terbaharu Bertajuk ‘Baby Khalifah’
Acara karnival ini turut menyaksikan satu lagi momen bersejarah iaitu pelancaran muzik video terbaharu bertajuk ‘Baby Khalifah’ yang menjadi lagu tema Al Kauthar Eduqids yang dicipta bersama Didi & Friends .

Ads

Lagu tersebut dilancarkan secara rasmi pada jam 3.00 petang  pada hari yang sama di saluran YouTube Didi & Friends dan terus menerima sambutan hangat dalam kalangan murid-murid yang tidak sabar untuk menyanyikannya bersama.

Konsert Bintang Kecil Tutup Tirai dengan Penuh Gaya
Menjelang petang, suasana di MAEPS terus hangat dengan Konsert Bintang Kecil yang menjadi acara penutup. Tujuh orang kanak-kanak berbakat besar tampil mempersembahkan nyanyian, tarian dan permainan alat muzik.

Lebih 10,000 Pengunjung Di AKE Sports Carnival with Friends 2025. Aktiviti Sukan & Acara Pentas Meriah!

Acara ini dikendalikan oleh pengacara ceria dan penuh karisma, Haziq Hussni, yang berjaya memastikan pentas sentiasa hidup dan penonton terhibur.

Lebih 10,000 Pengunjung Di AKE Sports Carnival with Friends 2025. Aktiviti Sukan & Acara Pentas Meriah!

Sukan, Keluarga & Kenangan, Semua Dalam Satu Hari!
AKE Sports Carnival with Friends 2025 membuktikan bahawa acara sukan kanak-kanak boleh disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan, mendidik dan mencipta kenangan manis untuk seisi keluarga. Ia bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, tapi juga memperkukuh hubungan antara ibu bapa, guru dan anak-anak. Syabas AKE! Tahun ini, AKE bukan sahaja berjaya menganjurkan karnival, tapi mencipta pengalaman yang takkan dilupakan!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads