Selebriti terkenal, Neelofa Mod Noor mengakui kini hidupnya lengkap dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Bilal.
Tambahnya lagi, dia berutung kerana mendapat suami yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran.
“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula. Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.
“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia. Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kita kena tunjuk adab dan akhlak yang baik.
“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,”
Ads
“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.
“Saya tak adalah bekerja sekuat dulu. Banyak masa di rumah. Menjadi ‘lady boss’ itu dah banyak berkurang. Kalau urusan kerja, saya banyak serahkan kepada Haris. Kadang-kadang ada beberapa perkara juga yang saya perlu terbabit sebab kalau projek itu perlu ada orang pimpin. Tapi apa saya boleh cakap, saya bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini,”
“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.
Ads
“Sekarang ni dah banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu. Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. Saya tak rasa terlambat pun dengan apa yang saya dapat sekarang. Kawan saya yang dah kahwin empat tahun lepas dan dah ada anak saya rasa macam boleh ikut jejak dia.
“Alhamdulillah saya gembira sekarang ini dan saya nak jadi hamba Allah yang bersyukur lebih. Saya pernah cakap yang Haris mengajar saya banyak perkara mengenai kesyukuran. Dia antara manusia yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur. Kadang-kadang saya terlepas pandang dan dia selalu ingatkan. Kalau saya macam tertekan dan sedih dia akan cakap dan bagi nasihat kepada saya,”
“Kalau suami saya keras dan saya juga keras ia akan menjadi susah. Sebetulnya suami kena ke depan dan saya perlu di samping mengikuti langkahnya barulah akan dapat harmoni.
Ads
“Haris jenis yang selalu bagi ruang dan dia bukan jenis yang perlu ikut dia saja. Dia bagi kebebasan untuk saya bernafas sikit. Saya tak rasa tekanan dan rasa macam diri sendiri saja. Jadi di situ manisnya,”
Selepas bertarung nyawa pada tempoh yang lama, terbaharu, pelakon yang cukup berbakat, Nad Zainal diberitakan sudah berada dalam keadaan yang baik malah kini sedang dalam proses pemulihan.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh rakan baiknya, Ungku Ismail melalui satu perkongsian video yang dikongsikan olehnya menerusi Instagram.
Nad sebelum ini dilaporkan kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan disebabkan oksigen dalam badan yang semakin merosot.
Menerusi perkongsian itu juga, Ungku turut meminta agar orang ramai supaya tidak henti mendoakan Nad Zainal agar kembali sihat seperti sedia kala.
“Nad Zainal masih lagi dalam proses pemulihan. Alhamdulilah, dia dalam keadaan yang baik.
“Saya mohon agar kamu semua terus mendoakan dia, sembuh, dilenyapkan segala jenis penyakit dan kesakitan yang ada pada dia dan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat,” katanya.
Kongsinya lagi, dia bukan sengaja tidak mahu memberi sebarang perkembangan mengenai keadaan terkini Nad namun, orang ramai perlu memahami bahawa dia kini masih dalam proses pemulihan.
“Dia kena banyak berehat.
“Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ungku Ismail mendedahkan aktres Nad Zainal kini menunjukkan perkembangan yang positif dari saban hari dimana rakannya itu sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Namun begitu, Nad Zainal kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Terdahulu, Nad Zainal yang mengesahkan perceraiannya bersama bekas suami turut mempunyai dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom, yang berusia hampir 2 tahun.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Shima Anuar yang berkongsi khabar gembira mengumumkan kehamilan anak ketiganya semalam.
Menerusi Instagramnya, pelakon berbakat ini berkongsi sebuah video pendek dengan tulisan, Baby no 3 coming soon.
“Baby no 3 coming soon,” tulis Shima ringkas di videonya.
Dalam pada itu kata Shima juga, dia amat mengharapkan agar semua turut mendoakan kesejahteraan dirinya dan bayi sepanjang menempuh kehamilan kali ini.
“Doakan saya dan baby supaya sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya ringkas.
Disebabkan terpaksa memberi tumpuan kepada kehamilannya itu, Shima turut memohon maaf kepada semua tenaga kerja dan team production kerana terpaksa membatalkan semua tawaran lakonan. Semuanya demi kesihatan anak ketiga yang begitu dinantikan keluarga kecil ini.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada team production kerana terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon yang diberikan kepada saya. Inshaallah ada rezeki kita berjumpa lagi.
“Saya doakan yang terbaik untuk semuanya. Amin,” tulisnya lagi.
Dalam rangka promosi dua dramanya, ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga turut sama mempromosikan dua dramanya, Suamiku Lelaki Pendosa dan Bila Hati Memilih Dia yang sedang dan bakal ditayangkan di televisyen kelak.
Perkongsian Shima itu turut menerima ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan juga pengikutnya di Instagram malah turut sama mendoakan agar kehamilan kali ini dipermudahkan.
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada 8 April 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Marian Sophia, 5 dan Mikhael Imaan, 3 tahun.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: @shimaanuar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Janna Nick yang masih dalam fasa berbulan madu selepas mendirikan rumahtangga pada 10 Jun lalu berkongsi mengenai perancangannya dan suami untuk memiliki zuriat sendiri.
Pun begitu, Janna yang padat dengan jadual seninya mengakui bukan masa yang sesuai namun sudah pun merancang waktu tertentu untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Dini Schatzmann.
Menurut perkongsian Harian Metro, Janna dan suami merancang mengenai zuriat sekiranya mereka dikurniakan rezeki. Malah rupanya wanita cantik manis ini juga mengimpikan seorang cahaya mata berbintang zodiak, Libra iaitu sekitar September dan Oktober.
Namun kata Janna, semua impian itu pastinya dengan doa dan rezeki yang disusun cantik Allah SWT buat dirinya kelak.
“Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki alhamdulillah.
“Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam dah tidak sempat.
“Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan.
“Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja,” katanya berkongsi.
Janna yang baru sebulan mendirikan rumahtangga mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami.
“Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu.
“Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga,” ujarnya berkongsi.
Terdahulu, Janna dan Dini Schatzmann memilih tarikh 10 Jun untuk mengikat tali janji mereka sebagai pasangan suami isteri.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...