Besar dugaan ibu ini apabila bayinya yang berusia lapan bulan menanggung derita sejak lebih dua bulan lalu sehingga kehilangan suara dan penglihatan akibat kemalangan.
Ibunya, Nur Adilla Ab Ghani, 30, berkata anaknya, Ahmad Ilham Mohd Basyid, sebelum ini anak yang aktif dan mudah ketawa, namun kemalangan yang berlaku pada Mei lalu mengubah kehidupan anaknya itu sekelip mata.
Leher ditebuk, mata tak dapat lihat
Katanya, akibat kemalangan itu, anak bongsu daripada dua beradik itu mengalami pendarahan di kepala dan perlu menjalani pembedahan membuang darah beku di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.
“Anak saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital USM, selama 10 hari dan kemudian, hampir dua minggu menjalani rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
“Leher anak saya juga terpaksa ditebuk untuk memudahkannya bernafas, selain perlu minum susu yang diberikan melalui tiub yang dipasang di hidungnya.
Ads
“Kedua-dua matanya juga tidak dapat melihat kesan daripada pendarahan di kepala,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan daripada aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed, yang menyampaikan wang zakat dan sumbangan barang keperluan makanan asas.
Suami tiba-tiba sawan ketika memandu
Menceritakan kembali kemalangan yang berlaku, Nur Adilla berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya, Mohd Basyid Mohd Nawi, 35, bersama dua anak mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membeli barang di Guchil sebelum kereta yang dipandu suaminya terbabas.
Ads
“Suami saya diserang sawan secara tiba-tiba ketika memandu dan akibat kemalangan itu, suami mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk dan Ahmad Ilham pula terhentak kepala. Saya dan anak sulung hanya mengalami luka kecil,” katanya.
Masih berhutang dengan pihak hospital
Nur Adilla berkata, setiap bulan beliau perlu memperuntukkan RM500 untuk membeli keperluan Ahmad Ilham, termasuk lampin pakai buang dan susu berharga RM117 satu tin, yang hanya mampu bertahan untuk tempoh sembilan hari.
“Kami sekeluarga hanya bergantung kepada suami yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM50 sehari. Ada ketika, kami terpaksa meminjam wang daripada keluarga terdekat untuk membeli barang keperluan Ahmad Ilham.
“Kami juga masih berhutang perbelanjaan rawatan anak di Hospital USM,” katanya.
Biarpun sudah bergelar ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad amat menitik beratkan soal penjagaan dan penampilan diri.
Kata Elvina, walaupun sering sibuk menguruskan anak lelakiya, Karl Mateen pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu enggan kelihatan selekeh.
“Kalau di rumah memang saya macam orang gaji, tak terurus, saya bukan Elvina pelakon itu.
“Sebagai seorang ibu saya mahu menguruskan semua keperluan anak saya sebab kurang percaya jika tugas itu diserahkan kepada penjaga.
“Namun apabila keluar rumah saya perlu kemaskan diri, tak mahulah orang cakap saya selekeh. Kadang-kadang perlu ada ‘me time’ untuk diri sendiri.
“Sebagai mak-mak saya perlu bersiap juga, baru tak timbul isu lain,” katanya kepada Gempak.
Jelasnya, prinsip itu bukan disebabkan kontroversi lampau tetapi kemahuannya sendiri untuk kelihatan menawan sentiasa.
“Setiap lelaki nak benda cantik, sudah tentulah suami kita pun nak kita nampak cantik sentiasa. Jadi, jangan pandang rendah soal penjagaan diri.
“Saya bersiap bukan kerana kisah itu. Bagi saya setiap orang berbuat kesilapan dan saya sudah memaafkan serta melupakan isu tersebut,” tambahnya.
Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 24, mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Karl Mateen pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini rumah tangga pasangan itu terpalit kontroversi apabila wujud dakwaan ada pihak ketiga namun perkara itu diselesaikan dengan baik.
Berdepan dengan masalah anak yang mengalami ekzema sememangnya bukan mudah. Ibu mana yang sanggup melihat anak kecilnya menangis, tergaru-garu kala kulit di mukanya berdarah luka. Payah. Namun kenyataan inilah yang terpaksa dilalui oleh ibu-ibu yang mengalami anak ekzema kronik. Hati harus kental dan dalam masa yang sama perlu sentiasa berusaha untuk memulihkan masalah anak.
Inilah yang dilalui oleh ibu ini, Puan Widyana Ali. Perkongsian mengenai kisah anak kecilnya, Saeed yang mengalami ekzema kronik ini seharusnya menjadi inspirasi untuk ibu diluar sana agar terus menjadi kuat demi melawan masalah anak.
Cuba Steroid Untuk Saeed
Alhamdulillah eczema Saeed dah sembuh sepenuhnya pada bulan Februari tahun ni, selepas lebih setahun menderita. Mula naik eczema masa umur 2 bulan.
Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.
Setiap doktor pakar tak sama, Doctor B kata tak elok jenis steroid yang Doctor A bagi sebelum ni. Macam-macam pandangan kami dapat.
Gambar pertama dan kedua tu masa eczema tengah naik teruk. Seluruh badan Saeed jadi gatal. Berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.
Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level.
Saya ada terbaca kisah pengidap eczema Puan Mahada, bukan nama sebenar, yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa bertahun-tahun, hingga ke tahap steroid paling tinggi. Dah tak lut guna ubat steroid kat eczema dia.
Kemudian doktor cakap eczema Puan Mahada dah tak boleh sembuh. Sedih bila dengar macam tu, tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh setelah betul-betul jaga pemakanan.
Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan, saya bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang saya baca, sangat banyak.
Hampir setiap hari saya baca pelbagai artikel.
Walaupun saya jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi saya fokus dengan satu mazhab. Boleh baca di fb personal saya pasal cara pemakanan yang diamalkan. Saya banyak share tahun lepas.
Melalui posting lamanya, Puan Widyana berkongsi tip ringkasnya.
Kita ubah balik pemakanan. Tinggalkan makanan penyebab keradangan. Tinggalkan gula, air manis, makanan manis, processed food. Banyakkan makan keledek dan pisang.
Pisang memang bagus untuk struktur kulit. Memang nampak menggaru tapi makin lama makin baik.
Makanan kena untuk setiap fasa. Kena tengok keadaan kulit. Fasa eczema keluar air bisa, flare dan berdarah, fasa tumbuh kulit baru. Selepas 5 bulan jaga pemakanan secara serius, eczema Saeed sembuh alhamdulillah.
Sampai sekarang Saeed masih full breastfeed. Jadi apa yang saya makan, Saeed terima masuk dalam perut melalui susu. Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan pengalaman. Alhamdulillah ‘alaa kulli haal.
Semoga Allah mudahkan urusan semua pengidap eczema dan dapat sembuh secepat mungkin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adam Fateh Lee, anak kepada pelakon Adam Corrie walau pun baru berusia 5 bulan sudah dikhatankan. Fateh anak kuat kata si ayah!
Adam Corrie melaksanakan khatan untuk bayinya di sebuah hospital di ibu negara telah memuatnaik gambar cahaya matanya itu sebelum, semasa bersedia & sesudah selesai prosedur berkhatan. Dalam kapsyen, Adam Corrie turut menyentuh yang berkhatan bagus untuk menjaga kebersihan diri.
adamcorrielee Alhamdulillah Fateh @adamfatehlee Dah Sunat/ berkhatan pagi tadi. Fateh kuat… Ini muka belum Sunat, gambar ke 2 ready dah nk kena Sunat. Dan gambar no 3 .. Dah selesai Sunat.
Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi Anak yang soleh Dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW.
Terima Kasih Dr Usamah Dan nurse-nurse yang sunat Fateh tadi.
Bidadari saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar dan nangis. Abah tukang zikir kat telinga Fateh masa sunat.
Saya sunat setahun sebelum saya syahadah. Saya tahu sunat ini bagus untuk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38 tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dengan izin Allah.
ADAM FATEH LEE SEBELUM BERKHATAN
ADAM FATEH LEE KETIKA SEDANG BERSIAP SEBELUM BERKHATAN
SELEPAS BERKHATAN
Para peminat memuji tindakan tindakan Adam Corrie mengkhatankan anaknya. Ada yang berkongsi pengalaman mengatakan berkhatan pada usia bayi lebih mudah dijaga.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.