Rasa penat, lapar, sakit & mengantuk dilalui isteri selepas bersalin. Keprihatinan suami boleh mengelakkan terjadinya insiden buruk.

Menurut Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, pensyarah & pendakwah, beliau berpendapat wanita/ isteri dalam tempoh selepas bersalin wajar untuk diberikan bantuan & perhatian.

 

Umum mengetahui kesakitan, keletihan, rasa mengantuk, rasa lapar dan kesusahan yang ditanggung isteri dalam tempoh lama boleh mengakibatkan pelbagai perkara buruk seperti meroyan, tekanan perasaan dan depresi.

Lepas Bersalin Penat & Sakit. Suami Tak Perlu Buat Semua, Prihatinlah & Rajin Bantu

Berikut ialah perkongsian beliau,

Saya fikir amalan ‘berpantang’ selepas bersalin perlu dijenamakan semula agar lebih bersifat mesra Syariat dan mengikut fitrah insaniah yang tepat.

Wanita bersalin bukan sekadar perlu diperingatkan agar melangkah perlahan, tidak boleh membaca, makan dan minum sekadarnya, memakai stokin sepanjang masa, mengikat tocang ketat-ketat, berpilis di dahi, mesti berurut, bertungku dan berdian dan mandi dengan dedaunan wangi. Ini untuk sihat tubuh badan (mungkin) dan supaya kembali cantik (?).

IKLAN

TANGGUNGJAWAB PERLU DIKONGSI

Yang wanita bersalin mahu ialah perkongsian tanggungjawab dan bantuan menguruskan diri, anak-anak serta bayi yang baru lahir. Seluruh tubuh yang sakit tidak memungkin mereka berjalan ke hulu dan ke hilir, membongkok dan mengiring melakukan rutin harian, walaupun yang mudah…apatah lagi mengejar anak yang lasak.

Lepas Bersalin Penat & Sakit. Suami Tak Perlu Buat Semua, Prihatinlah & Rajin Bantu

BADAN LEMAH PERLUKAN REHAT

Badan yang masih lemah amat perlukan rehat yang panjang. Ibadah khusus pun Allah rehatkan, ada yang sehingga 60 hari.

IKLAN

Bagaimana pula mereka dibiarkan memasak untuk makan sendiri? Apatah lagi menjaga 2-3 anak kecil serentak sewaktu badan masih belum mampu berdiri dan memasak untuk suami pula?

Kadangkala mereka jugalah yang berkejar ke jemuran bila guruh berdentum atau renyai mula merintik.

DIPERLI & DISINDIR

Bila melakukan semua urusan rumahtangga, mereka ditegur pula kerana tidak prihatin terhadap tubuh sendiri yang perlukan rehat.

IKLAN

Bila minum terlebih kerana haus dan kepenatan mereka disindir pula nanti perut buncit menggelebeh.

Bila bayi disuakan botol susu, mereka diperli malas menyusui bayi sendiri sedangkan si ibu jugalah yang menyempurnakan urusan rumahtangga dan kurang masa yang ada untuk proses penyusuan.

Lepas Bersalin Penat & Sakit. Suami Tak Perlu Buat Semua, Prihatinlah & Rajin Bantu

DAMBAKAN BANTUAN AHLI KELUARGA

Justeru, yang wanita bersalin mahu ialah waktu rehat untuk proses penyembuhan yang lancar, bantuan ahli keluarga untuk meringankan rutin harian kerana mereka belum dapat mengurus sepenuhnya dan yang penting juga, agar mereka tidak terlalu tertekan dengan situasi SAKIT, SUSAH, KELIRU, MENGANTUK, PENAT dan LAPAR.

Al-Faatihah buat bayi-bayi syurga yang dibunuh bonda mereka. Maafkan ibu kalian. Kalau mereka dihormati, pasti mereka lebih menyayangi.

Sumber: Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI