Rawatan dan penjagaan tradisional masyarakat Melayu selepas bersalin telah diamalkan sejak bertahun-tahun lamanya. Ia adalah usaha holistik yang terdiri dari beberapa amalan digabungkan bersama penggunaan herba bermula daripada hari pertama selepas ibu melahirkan anak sehinggalah selepas tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari.

Jangan pernah ambil mudah dengan tempoh pantang. Sakit bukan sekarang tetapi apabila tua nanti. Kalau ibu betul-betul amalkan berpantang selepas bersalin ini, pasti badan boleh kembali macam zaman anak dara.

Lepas Bersalin Perut Masih Buncit, Mungkin Ibu Ada Miss 7 Amalan Berpantang Ini

Menurut Dr Siti Hawa Abdul Karim dari Azzahrah Wellnez Centre, amalan tradisi Melayu dalam penjagaan ibu selepas bersalin (Malay Postnatal Care) perlu di kekalkan dan di tingkatkan kualitinya kerana keberkesanannya dalam membantu ibu-ibu selepas bersalin terbukti sejak turun temurun.

Malahan dengan penjagaan yang optimum, dapat melegakan gangguan emosi seperti tekanan perasaan ringan yang biasa dikenali dengan baby blues, di mana dianggarkan 50 hingga 60 peratus wanita selepas bersalin mengalaminya. Antara signalnya ibu-ibu ni kemurungan, kesedihan, menangis, letih dan sukar tidur dan biasanya akan hilang selepas dua minggu.

1.Urutan tingkatkan susu ibu

Berurut bertujuan untuk melancarkan peredaran darah, membantu pengeluaran darah, angin dan lendir kotor. Urutan juga dapat membantu menghasilkan susu yang lebih berkualiti. Selain daripada itu, melalui kaedah urutan yang betul, secara tidak langsung, dapat menenangkan emosi, menghilangkan rasa lesu dan mengendurkan otot yang tegang. Lazimnya, bahan asas yang digunakan untuk mengurut diperbuat daripada minyak kelapa yang dimasak dengan campuran herba dan akar kayu dan berfungsi sebagai pelincir. Melalui urutan juga boleh meningkatkan kuantiti plasma oksitosin di dalam susu ibu.

2.Bertungku

Bertungku adalah suatu bentuk urutan pada bahagian luar sekitar kawasan peranakan dengan menggunakan pemberat seperti batu sungai atau besi yang mempunyai permukaan licin dan berbentuk rata atau bulat. Pemberat yang dipanaskan akan dibalut dengan kain tebal yang dilapis dengan daun herba tertentu seperti daun mengkudu, pemberat akan dituam perlahan-lahan pada bahagian tertentu tubuh. Amalan ini dipercayai dapat membantu penyembuhan uterus, memecahkan lemak, mencantikkan kulit perut, membantu pengaliran darah, membuang angin, serta mempercepatkan penyembuhan.

3.Berbengkung

Semasa hamil, perut ibu akan mengembang dan tegang akibat memberi ruang kepada tumbesaran bayi dan setelah menjalani proses kelahiran, perut ibu yang mengembang akan jadi menggelembir dan lembik. Bagi mendapatkan semula bentuk tubuh yang ramping, bengkung akan dipakai sepanjang tempoh berpantang. Terdapat beberapa jenis bengkung yang digunakan iaitu bengkung roda, bengkung tali kasut, dan juga bengkung Jawa. Pilih lah mana selesa, asal anda berbengkung!

4.Bertangas

Bertangas dikhususkan untuk merawat kawasan intim. Bertangas terbahagi kepada dua jenis; kering dan basah. Tangas kering menggunakan haba daripada bara arang atau kemenyan yang dibakar manakala tangas basah menggunakan wap air rebusan herba.

5.Mandi daun

Mandi daun bertujuan untuk membersihkan tubuh, menyegarkan dan menghilangkan bau badan.

6.Herba dan kesan terapeutik

Telah banyak kajian dilakukan ke atas tumbuhan herba dan telah membuktikan bahawa tumbuhan tempatan memang mempunyai kesan terapeutik. Generasi muda perlu sedar tentang kepentingan herba ini dan kembali mengamalkan tradisi perubatan yang pernah diamalkan oleh generasi terdahulu antaranya:

Lepas Bersalin Perut Masih Buncit, Mungkin Ibu Ada Miss 7 Amalan Berpantang Ini

Kunyit

Kegunaan kunyit dalam bidang tradisional telah bermula sejak 2500 tahun dahulu. Untuk wanita bersalin pula, minum air perahan kunyit dikatakan boleh menyembuhkan luka bersalin dengan cepat, meningkatkan pengaliran darah ke kulit, membantu melancarkan proses penghadaman dengan mengurangkan angin dalam perut.

Halba

Selain berfungsi untuk memanaskan badan, halba sangat bagus untuk membantu ibu-ibu menyusu. Minum air rebusan halba dikatakan dapat membantu membanyakkan susu ibu

Batang serai wangi

Digunakan sebagai ramuan air mandian mengandungi bioaktiviti antimikrobial.

Daun mengkudu

Mempunyai ciri-ciri aktiviti anti oksidan, anti mikrobial,hipotensif, kesan analgesik dan pengenduran otot rahim

Lepas Bersalin Perut Masih Buncit, Mungkin Ibu Ada Miss 7 Amalan Berpantang Ini

Halia

Mengandungi kesan antibakteria

7.PILIS

Mungkin ramai yang ‘skip’ menggunakannya kerana merasakan ia agak leceh. Namun, memakai pilis daripada bancuhan herba semulajadi ini sangat membantu untuk mengelakkan rasa pening kepala, loya, atau mual. Kini, terdapat ramuan pilis yang telah diformulasikan dalam bentuk minyak atau sapuan yang lebih selesa untuk anda di rumah.

Sumber: www.hiazhealth.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI