Selepas sambutan potluck raya yang diadakan di sekolah-sekolah, kini mak-mak mula mempersiapkan hadiah anak-anak untuk diberikan kepada guru sempena meraikan Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei ini.
Mulalah mak-mak mencari pelbagai idea untuk diberikan sebagai tanda penghargaan kepada guru anak-anak di sekolah. Apa idea anda? Mana satu pilihan mak-mak untuk tahun ini?
Idea ibu Hani Mynis yang ringkas dan cantik ini masih menggunakan alat tulis sebagai hadiah utama. Jom intai, mana tahu boleh dijadikan idea untuk semua.
Kit alat tulis hadiah hari guru 2024 ✅
Ads
Alhamdulillah, setel hadiah hari guru untuk tahun ni. Setel awal tak kalut 😂. Sama macm tahun-tahun lepas, tahun ni Hani masih kekalkan tema yang sama iaitu kit alat tulis untuk cikgu-cikgu Aqil.
Sememangnya, bagi hani hadiah ni paling praktikal untuk cikgu-cikgu dan pada masa yang sama, murah dan senang untuk hani sediakan.
Kali ini, semua alat tulis ni Hani masukkan dalam bekas makanan pula (kalini jimat kerana bekas makanan ni di Eco rm2.40 untuk dua bekas 😘). Semua alat tulis hani beli di Eco je.
Ads
Tambahan hani masukkan set sudu garpu je hani beli di Shopee. Antara kedai termurah yang jual set begini sekali dengan kotak.
Antara alat tulis yang hani letak (dan cadangkan untuk letak):
✅ pen merah
✅ pen hitam/biru
✅ whiteboard marker pen
✅ mini stapler
✅ correction liquid/ correction tape
✅ klip kertas/binder clip
✅ gam
Kalau tanya mana satu rahsia paling besar nak anak jadi bijak, cerdas dan cergas, jawapannya bukan pada pemakanan tambahan yang bermutu tinggi, bukan juga pada kelas tambahan mahal-mahal. Ia bermula dengan satu perkara paling asas, tetapi paling ramai ibu bapa terlepas pandang cara kita bercakap dengan anak bila emosi sedang memuncak.
Ramai rasa menengking itu normal. Kononnya tanda ambil peduli. Sedangkan tanpa sedar, suara yang meninggi, nada yang keras dan emosi yang meletup-letup itu sedang mematikan potensi anak sedikit demi sedikit.
Masalah utama dalam dunia keibubapaan hari ini ialah kekeliruan antara mendidik dan melepaskan emosi. Garang disangka tegas. Marah dianggap mendidik. Tengking pula dibungkus atas nama disiplin.
Sedangkan hakikatnya, jangan tengking anak kerana kesannya bukan sekadar emosi, tetapi turut melibatkan perkembangan otak dan keupayaan berfikir mereka.
Kanak-kanak yang kerap ditengking bukan menjadi lembab kerana tengkingan itu semata-mata, tetapi kerana vibes emosi yang dihasilkan. Emosi negatif yang berulang akan membuatkan anak semakin hilang keupayaan berfikir, sukar membuat keputusan dan akhirnya menjejaskan pembentukan identiti diri.
Jika keadaan ini berlarutan dan tidak dirawat, ia boleh menjadi fasa awal kepada masalah kemurungan dalam kalangan kanak-kanak.
Perkongsian Abu Hainan ini boleh dijadikan panduan bersama untuk ibu bapa: fahami perbezaan ini supaya cara didikan kita selari dengan perkembangan anak, terutamanya 7 tahun pertama kehidupan mereka. Ia seperti berikut:
Jika benar ibu bapa mahukan anak yang mudah menghafal, cepat membaca, pantas mengira dan stabil emosinya, maka langkah pertama ialah berhenti menengking.
Mulakan hari ini. Stop tengking terus. Didikan yang tenang bukan tanda lemah, tetapi bukti kekuatan jiwa seorang ibu bapa.
Sumber: Abu Hannah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam suasana menjelang Hari Raya Haji, ramai mengambil peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai bentuk pengorbanan dan refleksi diri. Salah satu yang mencuri perhatian ramai ialah sebuah misi kembara luar biasa — bukan sekadar mencabar secara fizikal, tetapi turut menyentuh aspek spiritual.
Misi ini menyaksikan pelakon Amar Baharin bersama penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin, menjayakan ekspedisi berbasikal menuju ke kota suci Madinah.
Namun, di sebalik semangat dan niat murni yang mendasari perjalanan ini, Amar tidak terlepas daripada menerima kritikan. Dalam perkongsiannya, beliau mendedahkan bahawa ada pihak yang mempertikaikan tindakan tersebut dan melabelkan misi ini sebagai satu bentuk “kerja bodoh” satu pandangan yang jelas mencerminkan kurangnya pemahaman terhadap nilai keazaman dan pengorbanan yang dibawa oleh perjalanan ini.
Melalui satu hantaran di Instagram, Amar menzahirkan rasa terkejut dengan komen sinis dilemparkan netizen terhadap misi yang bertujuan menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi itu. Salah satu komen mempersoalkan mengapa beliau memilih untuk bersusah payah mengembara ke Madinah, bahkan ada yang menyuruh agar mereka berhenti kerana kononnya perbuatan tersebut bukan perintah Allah. Reaksi tersebut jelas menunjukkan kurangnya pemahaman terhadap niat dan semangat rohani yang mendasari misi ini.
Suami kepada pelakon dan pengacara Amyra Rosli itu bagaimanapun tidak cepat melatah. Sebaliknya, beliau memilih untuk memberi pencerahan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, janganlah bersusah payah bermusafir bagi tujuan ibadah melainkan ke tiga masjid, Masjid al-Haram, Masjid Rasulullah dan Masjid al-Aqsa. Petikan hadis riwayat al-Bukhari itu dikongsi Amar sebagai bukti bahawa pengembaraan ini berlandaskan asas yang kukuh dalam Islam.
Lebih mendalam, Amar turut berkongsi mafhum sabda Rasulullah SAW bahawa ubat bagi kebodohan adalah dengan bertanya, seakan memberi nasihat lembut kepada mereka yang tergesa-gesa menjatuhkan hukum tanpa memahami niat sebenar di sebalik perjalanan ini. Ia bukan sekadar kayuhan fizikal merentasi sempadan negara, tetapi juga satu perjalanan jiwa dalam mendekatkan diri kepada Tuhan.
Misi mereka yang dinamakan Journey to Tanah Haram kini semakin hampir ke penghujung. Amar dan Qobin dijangka tiba di Madinah dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi setelah menempuh ribuan kilometer merentasi Thailand, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan kini Arab Saudi. Mereka kini berada di Qassim selepas berkayuh dari Riyadh ke Al-Ghat dan sedang bersiap untuk menempuh lagi 120 hingga 150 kilometer dari Al Henakiyah menuju ke destinasi suci, Masjid Nabawi.
Misi ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, tetapi turut mengangkat mesej dakwah dalam bentuk yang moden dan berani. Ia turut mendapat sokongan penuh apabila dilepaskan secara rasmi oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 27 April lalu di Padang Besar. Walaupun ada suara negatif, Amar membuktikan bahawa perjalanan rohani ini lebih besar maknanya daripada sekadar penilaian manusia di alam maya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, AEON peruncit terkemuka Malaysia telah mengumumkan Duta Kids Republic yang pertama dengan slogan ‘Kids Who Create The Future’ bagi menyokong perjalanan pelapis muda masa hadapan.
Peringkat akhir pencarian duta ini telah diadakan seiring pelancaran kelab Very Important Parents (VIP) yang merupakan aplikasi terbaharu di dalam iAEON. Puteri Aisya Carlysa Mohd Azham Shah yang berusia 10 tahun berjaya menewaskan kesemua finalis akhir yang lain dengan keyakinan tinggi serta kepetahannya berkata-kata.
Ketika ditemui team Pa&Ma, Aisya Carlysa melahirkan rasa syukur dan gembira kerana telah dipilih sebagai Duta Kids Republic yang pertama.
“Alhamdulillah, bersyukur dan sangat gembira. Saya sertai pertandingan ini kerana nak cabar diri serta nak tahu kebolehan diri sendiri.”
Menjawab soalan tentang persiapan untuk menyertai pertandingan ini, Aisya Carlysa memberitahu yang dia hanya menjadi dirinya sendiri.
“Saya cuma menjadi diri sendiri. Tak adalah persiapan apa-apa pun tapi mungkin keyakinan saya yang buat saya menyerlah.”
Aisya Carlysa juga memberitahu yang dia akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi contoh terbaik kepada kanak-kanak lain.
Dia turut menitipkan pesanan sekiranya ada kanak-kanak lain yang mahu bertanding, hanya jadi diri sendiri dan sentiasa sedar bahawa tiada orang yang sempurna.
Selain itu, Pa&Ma turut menemuramah Low Ngai Yuen yang merupakan Ketua Pegawai Pemasaran AEON Group Malaysia tentang proses pemilihan Duta Kids Republic.
Menurut Low, mereka menerima lebih dari 1700 penyertaan dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas pengumuman tentang pencarian duta ini dibuat.
“Saya sangat teruja kerana dapat memperkenalkan duta kami, Aisya. Dia seorang yang hebat! Kids Republic merupakan satu jenama dari Jepun yang menggunakan tagline “Untuk anak-anak yang akan mencipta esok.”
Tambahnya lagi, dengan slogan yang ‘berat’ begitu maka tercetuslah idea untuk mencari role model yang boleh menjadi inspirasi kepada kanak-kanak yang lain.
“Dari semua penyertaan, kita pilih 24 yang terbaik untuk membuat saringan. Akhirnya, Aisya yang terpilih sebagai duta Kids Republic.
Kita bukan cari kanak-kanak yang comel tapi yang boleh menjadi inspirasi dan mendorong orang lain untuk buat lebih lagi. Kebolehan untuk menjadi inspirasi itu kepada kanak-kanak lain itulah faktor utama.”
Bercakap tentang pemilihan Aisya Carlysa sebagai duta, Low memberitahu dia seorang kanak-kanak yang bertanggungjawab. Selain itu, dia juga bercita-cita tinggi serta sentiasa percaya dengan apa yang dia inginkan.
“Dia akan berfikir sebelum bercakap kerana dia bertanggungjawab dengan setiap apa yang diperkatakan.”
Menurut Low lagi, tugas utama Aisya Carlysa sebagai duta adalah untuk pergi mengikuti tour ke sekolah, negeri-negeri dalam Malaysia serta cawangan AEON Mall yang lain untuk membuat bengkel bersama kanak-kanak di sana.
“Tujuannya nanti, kita harapkan dia boleh berkongsi dengan kita apa perubahan yang memberi makna kepada masyarakat dan orang lain yang boleh mereka lakukan tanpa perlu tunggu mereka dewasa.”
Pertandingan akhir tersebut telah diadakan di IOI City Mall Putrajaya. Seramai 24 finalis luar biasa dibahagikan kepada dua kategori: Kategori A, menampilkan kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun, dan Kategori B, terdiri daripada kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun sebelum akhirnya Puteri Aisya Carlysa terpilih menjadi duta Kids Republic.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.