Pelakon, Lana Nordin mengakui rasa sebak apabila suaminya David McKienzie, yang juga seorang mualaf terus istiqomah dalam menjalani kehidupannya.
Kongsi Lana lagi, paling membuatkan dia terharu bila mana suami kesayangannya itu membawa mereka sekeluarga menunaikan solat di masjid selepas menonton filem di pawagam.
Tambahnya lagi, tindakan suaminya itu membuatkan dia berasa bangga dikurniakan suami bertanggungjawab dan bersyukur semakin mendekatkan diri kepada sang pencipta.
“Tersentuh hati bila suami yang muallaf ajak kita ke masjid selepas selesai tengok wayang.” tulis Lana menerusi kapsyennya di Instagram.
Ads
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga sentiasa mengharapkan agar hidayah yang diberikan oleh Allah buat suaminya kekal sentiasa malah mampu menjadi suami yang dapat membimbingnya dan anak-anak ke arah yang lebih baik.
Ads
“Semoga Allah berikan hidayah terbaik ini untuk suami, anak-anak dan diri sendiri.
“Teruskan istiqamah, hidayah itu mahal boleh nampak gembira dia bila nak ke masjid, siap menari lagi,” jelasnya.
Walau terharu dan bersyukur apabila isterinya disahkan hamil anak kedua, penyanyi Aril Pilus reda bila mana isterinya yang kini hamil enam minggu terpaksa menjalani pembedahan buang rahim berikutan ketumbuhan fibroid selepas melahirkan kelak.
Berkongsi kisah kehamilan itu, akui Aril, dia dan isterinya reda dengan ketentuan Allah SWT dan akur apabila dimaklumkan mengenai perkara itu.
Kongsi Aril lagi, isterinya, Puteri Erma Edlinda mempunyai fibroid di luar dan dalam rahimnya. Dan disebabkan itulah, dia perlu mengandung terlebih dahulu sebelum membuang rahim.
“Anak dalam kandungan sihat, alhamdulillah selepas lapan tahun, kami dikurniakan cahaya mata. Cuma, kali ini kami diuji apabila isteri disahkan mempunyai fibroid.
“Menurut doktor, isteri perlu menjalani pembedahan berikutan dia mempunyai fibroid di luar dan dalam rahimnya. Sebelum ini kami tak tahu, rupanya sudah enam tahun dia mempunyai fibroid.
“Kami seperti memandang remeh kerana masing-masing sibuk bekerja. Dalam tempoh Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) yang lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.
“Selepas berjumpa doktor di Kota Bharu, Kelantan, baru kami tahu tapi fibroid itu tak boleh buang, kena mengandung dulu dan kemudiannya ia akan dibuang sekali dengan rahim isterinya saya ketika dia melahirkan anak,” kata Aril.
Walau berat namun Aril dan isteri akur sekiranya kelahiran anaknya kali ini adalah yang terakhir buat mereka.
Bahkan Aril bersyukur kerana direzeki dengan seorang cahaya mata dan kini bakal menimang seorang lagi anak. Itu sudah memadai baginya.
“Saya tak boleh nak kata apa, sebab sudah dikurniakan anak ini pun saya sangat bersyukur. Saya tak boleh lawan takdir dan juga nak tentukan qada qadar.
“Bila ada pakar menasihatkan apa yang perlu dan tidak, kami ikut saja sebab kalau tak ikut risau ia akan memudaratkan. Jadi nasihat dari pakar kita terima dan kita akur apa yang sudah terjadi dan akan terjadi.
“Saya pun tidak mahu menyentuh sensitiviti, bukan kita ego tapi tak mahu sentuh takut jadi kemurungan. Sebab kita pun sudah hadapi PKP selama dua tahun, jadi saya tak mahu tambahkan tertekan. Saya letak tepi tekanan itu dan bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.
Terdahulu, Aril mendirikan rumah tangga bersama Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun.
Penyampai radio dan pelawak terkenal, Jep Sepahtu, menarik perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama dua anak lelakinya.
Menerusi perkongsian yang menyentuh hati di Instagram, pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin berkongsi momen gembira yang membuatkan air matanya tidak henti mengalir sempena genap ulang tahunnya ke 40 tahun.
Dalam hantaran itu, Jep seolah-olah memberi bayangan bahawa anaknya didiagnos autism menerusi hashtag ta, #anakabah#anaksyurga#autism yang ditinggalkan di ruangan kapsyen.
Pun begitu, Jep tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai keadaan anak-anaknya itu.
Harini genap usiaku yang ke 40 tahun. Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat airmata aku tak berhenti mengalir.”
“Syukur Alhamdulillah diatas pemberian ini. Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup. Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah nama mu.”
Ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat keluarga kecil ini. Sesungguhnya, anak-anak ini adalah anugerah dari syurga hadir dengan ujian, tetapi juga membawa rahmat yang tak ternilai.
Kemelut rumah tangga penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sudah pastinya meninggalkan kesan yang paling mendalam bukan hanya buat Lesti bahkan bayinya sendiri.
Belum pun sampai usia dua tahun perkahwinan, bahtera rumah tangga keduanya ditimpa badai.
Tidak mahu ibu cantik manis ini terkesan dengan hari-hari yang perlu dilaluinya, seorang pakar holistik turut memberikan pandangannya tersendiri.
Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan Lesti yang membesarkan bayi sulung mereka, Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini baru berusia 9 bulan.
Pakar Holistik itu, Ni Kadek Hellen Kristy Winatasari menyarankan agar Lesti menukar nama anaknya yang merupakan gabungan namanya bersama suami jika tidak mahu terus terkesan dengan situasi hebat itu.
Terdahulu, nama Baby Leslar diambil daripada nama ibu dan bapanya, Lesti dan Billar yang mana ia merupakan saranan daripada peminat keduanya.
Melihat apa yang berlaku hari ini, pakar berkenaan bimbang jika si kecil itu akan mengalami trauma ketika membesar dengan nama tersebut.
Bahkan menurutnya lagi, penggunaan suku kata akhir nama bapanya itu juga bakal berkemungkinan menjadi beban hebat buat Baby Leslar di masa hadapan kelak.
Terdahulu, Lesti membuat laporan polis selepas dipukul oleh suaminya yang didakwa berlaku curang beberapa hari lalu.
Lesti yang tercedera segera mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis sebaik menerima nasihat daripada keluarganya.
Semoga ada jalan terbaik buat kedua-duanya dan apa yang lebih penting lagi adalah memberikan ruang dan persekitaran yang sihat dan positif untuk Baby Leslar untuk membesar dengan baik.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.