Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana mengakui dirinya seorang ibu yang tegas lebih-lebih lagi ketika mengajar anak-anak dan juga tegas dalam didikan adab.
Baginya, anak-anak perlu dididik tentang adab sejak kecil supaya pandai menghormati orang yang lebih tua.
Tidak hairanlah mengapa beliau terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Best Mama Millennial, Pa&Ma Gala 2023.
“Daripada zaman sekolah, Sarah sejenis yang garang. Tak akan bagi orang pijak kita. Sekarang dilanda ujian lagi nampak tegas tu”
“Syaikul masa tu overdue nak masuk 42weeks. Tak sampai hati nak paksa keluar, tapi i biar lama dan dalam masa yang sama i buat senaman tapi tiada bukaan. So i kena emergency czer. Tapi dua-dua kehamilan memang tak ada kontraksi, sampai je hospital terus deliver. Sampai doktor cakap, kental you tak rasa kontraksi”
“Hari kedua i dah jalan, i cakap pada diri jangan malas. Jangan layan sakit tu”
Ads
Jaga Pelajaran Anak-Anak
“I ibu yang garang. I selalu cakap fokus-fokus. I akan ajar sendiri anak spelling, writing, matematik.”
“Akan ada rotan kat sebelah. i tahu rotan tak digalakkan. Cuma bukan kita rotan bersungguh, cuma nak mendisiplinkan mereka dari awal lagi. Sebab bila dah besar mereka tak hormat kita lagi dah”
“Macam syaikul, i selalu letak rotan kat sebelah. Macam zaman dulu-dulu, mak bapak kita rotan elok je. Tapi zaman sekarang, tak boleh lah..mental health anak lah.. tak.. kita kena ada sedikit benda yang bagi dia takut supaya mereka berdisiplin. Buka kata kita sebat rotan anak. Tapi untuk diaorang punya motivasi adalah rotan. sama juga macam i mengajar mengaji malam-malam, letak rotan kat sebelah.”
“Budak-budak ni kena ada rasa takut sikit, kalau tak ada rasa takut mereka tak hormat kita”
“Untuk ajar matematik sangatlah mencabar, tapi alhamdulillah anak-anak. Sejak umur 3 tahun matematik mereka memang A”
Ikuti perkongsian penuh Puteri Sarah Liayana sebagai salah seorang penerima Anugerah Best Mama Millennial, Pa&Ma Gala 2023 di bawah.
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau luar bangunan kawasan sekolah.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.
“Ingin saya jelaskan bahawa pemakaian penutup muka dalam atau luar bangunan di kawasan sekolah adalah mengikut pilihan masing-masing. Tidak diwajibkan.
“Namun begitu, kita amat galakkan pemakaian penutup muka dalam kawasan sekolah khususnya di tempat-tempat yang ramai orang,” katanya dalam video perkongsiaan melalui Facebook rasminya pada Ahad.
Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa Covid-19 dalam negara serta penilaian semasa yang dilakukan kementeriannya.
Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, bagi kanak-kanak yang menaiki pengangkutan awam ke sekolah seperti bas dan van diingatkan supaya memakai pelitup muka.
“Apa yang paling penting kita memastikan keadaan di sekolah ini selamat.
“Maklumat lanjut berkaitan dengan pemakaian penutup muka di sekolah ini akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya.
Siapa yang tidak kenal dengan pasangan infleuncer, Cik Epal dan suaminya Jofliam. Pasangan bergelar jutawan ini tidak lokek, malah sanggup berhabis untuk keluarga tercinta.
Paling diakui, baik Cik Epal mahupun suaminya, kedua-duanya tidak lokek untuk berhabis buat anak-anak. Buktinya, apa sahaja kemahuan anak-anak ketika bercuti akan ditunaikan.
Begitu juga pemilihan makanan, kedua-duanya memang tidak berkira.
Berkongsi kisah percutian pasangan ini ke Itali baru-baru ini, pelbagai pertanyaan wargamaya berkenaan kedua anak mereka, Han & Yuki yang begitu behave sepanjang percutian. Malah tidak banyak perangai.
Menerusi beberapa perkongsian di Insta Story, Cik Epal tampil menjawab pelbagai persoalan wargamanya, termasukkan kisah anak-anak ketika bercuti.
Akui Cik Epal, kedua-duanya anaknya paling mudah dibawa bercuti dan tidak banyak perangai kerana keduanya cukup sukakan percutian.
Malah keduanya, baik Han dan Yuki sudah terbiasa dengan perjalanan yang panjang tanpa stroller, begitu juga dengan makanan.
“Dari depa kecik aku memang train depa untuk berjalan. So bila aku travel. Aku tak perlu bawak stroller,” kongsi Cik Epal menjawab pertanyaan wargamaya.
Bahkan akui Cik Epal lagi, sejak anak-anaknya kecil lagi, keduanya sudah diajar untuk makan apa sahaja agar tidak cerewet dan memilih makanan.
“Kalau aku travel aku memang malas nak masak. Setiap hari akan makan luar.
“Aku memang train Han & Yuki untuk makan je semua benda. Biar tekak depa tak cerewet macam tekak aku eh.
“Kalau aku travel aku memang malas nak masak. Setiap hari akan makan luar.
“Aku memang train Han & Yuki untuk makan je semua benda. Biar tekak depa tak cerewet macam tekak aku eh.
“Travel masa depa baby pun senang jugak sebenarnya.
“Dulu masa Han baby time dah boleh makan tu jumpa pisang, aku beli pisang, lenyek-lenyekkan bagi Han makan,” kongsinya lagi.
Melihat cara Cik Epal dan suami yang mengajar anak untuk mencuba semua makanan memberi inspirasi untuk ibubapa untuk mencuba travel dengan gaya mudah, tanpa perlu membawa pelbagai makanan anak. Biar anak makan apa sahaja. Mudah!
Mendidik anak mempunyai sikap positif sudah pastinya bermula di rumah. Anak yang diasuh dengan baik akan mempunyai jiwa yang halus iaitu jiwa yang peka akan perasaan orang lain dan persekitaran. Justeru, Islam menggalakkan ibu bapa mendidikan anak yang masih kecil dengan penuh kasih sayang dan kesabaran tanpa memerlukan kekerasan. Ikuti perkongsian, Pakar Motivasi. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad mengenai cara didikan positif kepada anak-anak.
Dalam mendidik anak-anak, perkara paling utama dalam Islam ialah pastikan mereka mengenal Allah dan menyembah Allah. Sebab itulah penting ibu bapa memperkukuhkan tauhid anak-anak sejak daripada bayi lagi. Sejak kecil lagi anak-anak perlu didedahkan bahawa setiap ciptaan itu adalah penciptanya iaitu Allah swt. Apabila anak bertanya kenapa hujan turun? Ibu bapa perlu terangkan dahulu dari aspek ketuhanan sebelum aspek sains. Jawablah, “Hujan itu turun kerana Allah yang menciptakan hujan. Ia turun sebagai rahmat Allah kepada manusia. Allah boleh turunkan hujan di bumi mana sahaja yang Allah mahukan. Cuba fikirkan apa yang berlaku sekiranya Allah murka lalu tidak diturunkan hujan? Tiada air untuk diminum, mandi, dan sebagainya.” Bukan setakat faham sahaja, apabila anak sudah tahu dan faham maka Allah sahajanya tempat untuk dia meminta dan menyembah. Allahlah yang patut sentiasa dipuji melalui fikir dan zikir. Oleh itu jadilah ibu bapa yang bertanggung jawab memperkukuhkan tauhid anak-anak sebelum mereka diserahkan kepada guru-guru di sekolah.
Anak-anak yang terbentuk akhlak dan sikap positif juga akan lebih berjaya apabila masuk alam persekolahan dan pekerjaan. Sikap dan akhlak ini akan mudah terbentuk apabila ibu bapa menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. IQ yang tinggi dan cerdik tidak mencukupi jika tidak diiringi dengan hikmah dan kebijaksaanan. Ilmu yang tinggi tidak bermakna jika tidak seiring dengan adab. Sebab itulah membentuk adab dan akhlak perlu diberikan keutamaan dalam mendidik anak-anak. Disamping menggalakkan anak-anak menghidupkan sunnah, didik juga mereka dengan adat orang Melayu dulu-dulu yang penuh dengan sopan dan santun. Misalnya, bongkokkan badan meminta izin ketika melintas depan orang, tidak duduk sekali dalam kelompok orang-orang tua yang sedang bercakap, ringankan mulut dengan ucapan salam dan terima kasih, dan banyak lagi. Ia membina rasa hormat dalam diri anak terhadap orang lain.
Dengar percakapan anak-anak dengan teliti. Ada ketikanya mereka bercakap secara kasar atau menggunakan intonasi suara yang tidak sesuai. Didik anak untuk bercakap dengan nada yang lembut terutamanya dengan orang yang lebih dewasa. Anak-anak seawal usia tiga tahun sudah mula pandai bercakap bohong bagi mengelakkan dirinya daripada dimarahi oleh ibu bapanya. Sebab itulah apabila kita tahu bahawa anak telah melakukan kesalahan maka usah bertanya saya ada dia lakukan atau tidak, sebab ia akan mendorong anak berbohong. Misalnya, kita tahu yang adik telah mengambil mainan abangnya laku disorokkan. Kita pula bertanya, “Adik ada ambil barang abang ker?”. Agaknya apa jawapan adik? secara logiknya dia tidak akan mengaku lantar menjawab, “Tidak”. Secara tidak langsung ibu bapa telah mendorong anaknya untuk berbohong. Sepatutnya, ibu terus sahaja mendekti anaknya lalu berkata, “Adik, mak tahu adik ambil barang abang. Sekarang mak cuma nak tahu kenapa adik ambil?”.
Tiada ibadah yang lebih penting daripada ibadah solat. Solat adalah tiang agama dan amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti adalah solat. Adalah satu kesilapan apabila masuk sahaja bulan Ramadan ibu bapa lebih utamakan puasa berbanding solat anak-anak mereka. Dalam satu hadis, daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.” Jelas sekali Allah mahukan ibu bapa menjadi contoh dalam bab solat ini dan mesti bertegas apabila usianya masuk 10 tahun.
Ibu bapa perlu menjadi contoh dengan mengajak anak bersolat bersama mereka meski pun anak sekadar main-main.
Malah jika anak duduk di tepi memerhati pun sudah memadai. Anak-anak perlu dipaksa untuk solat dan usah ragu-ragu untuk bertegas dalam mendisiplinkan anak-anak pada usia ini.
Dalam mendidik anak-anak bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang lembut. Bercakaplah dengan anak dengan nada yang sederhana dan tidak meninggikan suara tanpa sebab. Dalam percakapan itu pula lebihkan kata-kata positif, fokus kepada kebaikan dan kekuatan anak dan bukannya menyebut akan kelemahan dan kekurangan mereka. Sebahagian besar daripada didikan dan pengajaran dalam al-quran disampaikan dalam bentuk cerita-cerita. Maka ambillah iktibar dari al-quran ini dengan mendidik anak-anak melalui cerita.
Ceritakan kepada anak-anak kisah-kisah para nabi dan para sahabat. Ceritakan juga tentang pemimpin-pemimpin Islam yang hebat, para huffaz dan ulamak.
Ceritakan juga kisah-kisah kejayaan orang lain untuk anak-anak jadikan ikutan. Dengan selalu bercerita, jiwa anak-anak terbentuk secara positif. Tanpa disedari cerita-cerita ini membentuk watak, karakter dan mindset anak-anak dan menjadi panduan hidup mereka dalam menjalani setiap ujian dan cabaran.
Tiada perkara yang lebih utama kepada anak-anak selain daripada mereka sedar bahawa ibu bapa memang menyayangi mereka tanpa syarat. Oleh itu usah membanding-banding anak-anak sebab setiap anak itu punya rezekinya masing-masing. Keupayaan dan bakat mereka juga berbeza. Jika ada anak yang kurang menyerlah dalam pelajaran maka tidak mengapa. Ingatkan anak itu untuk berikan yang terbaik dalam hidupnya. Yang penting dia menjadi anak yang baik, beriman dan sentiasa doakan kita sebagai ibu bapa. Sebab, semasa hidup anak-anak perlukan doa ibu bapanya untuk berjaya dan setelah kita meninggalkan dunia ini kita perlukan pula doa anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.