Ramai orang menggunakan petua letak susu dalam mata anak bila anak sakit mata, masalahnya adalah ia betul?

Jangan hanya ikut sahaja tanpa usul periksa. Bimbang nanti ia akan memudaratkan kesihatan dan nikmat penglihatan yang telah dikurniakan. Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, Pakar Oftalmologi dari UiTM Private Specialist Centre telah mengulas tentang enam mitos tentang mata yang banyak berlegar dalam masyarakat kita. Kebanyakannya ia salah dan tidak tepat. Berikut ialah perkongsian beliau;

Letak Susu Dalam Mata Anak Bila Anak Sakit Mata, Boleh Ke? Doktor Ini Ulas 6 Mitos Karut Tentang Mata Yang Orang Percaya

MITOS #1: BETUL TAK BAYI SAKIT MATA KITA BOLEH LETAK SUSU IBU?

Ok kalau bayi sakit mata kita tak boleh letak susu ibu. Ia adalah mitos. Memang dalam susu ibu ada antibodi. Tetapi, antibodi bukanlah antibiotik. Walau pun ada antibodi dalam susu ibu, jika bayi kita terkena sakit mata, kita perlukan antibiotik.

Dalam susu ibu juga ada banyak bahan makanan. Contohnya gula. Gula ini kuman pun suka dan boleh menyebabkan lebih banyak kuman membiak.  Maka adalah tidak sesuai sama sekali  meletakkan susu ibu dalam mata anak yang terkena sakit mata.

JANGAN LETAK SUSU IBU DALAM MATA ANAK YANG SAKIT MATA.

MITOS #2: KALAU KITA INTAI ORANG MANDI, KITA BOLEH DIJANGKITI KETUMBIT KE?

Tidak, kalau kita intai orang mandi kita tak akan dapat ketumbit, tapi kita dapat dosa. Ketumbit bukan disebabkan mengintai, ketumbit berlaku kerana tersumbatnya kelenjar Meibomeian.

IKLAN

Ia berlaku apabila ada kekotoran atau solekan yang tidak bersih dan menyebabkan kelenjar tersebut tersumbat. Nama ketumbit dalam istilah perubatannya ialah stye atau chalazion.

Letak Susu Dalam Mata Anak Bila Anak Sakit Mata, Boleh Ke? Doktor Ini Ulas 6 Mitos Karut Tentang Mata Yang Orang Percaya

MITOS #3: PANDANG ORANG SAKIT MATA BOLEH BUAT KITA DIJANGKITI?

Pandang orang yang sakit mata tidak menyebabkan ia berjangkit. Ini adalah mitos. Sakit mata terjadi disebabkan oleh virus. Jadi ia akan tersebar disebabkan oleh sentuhan. Contohnya orang yang sakit mata berair mata, dia mengelap dengan tisu dan membuangnya merata-rata, orang lain tersentuh tisu pula. Maka hanya dengan sentuhan ini ia boleh tersebar.

Ia tidak akan tersebar hanya dengan pandangan mata/ memandang orang yang sakit mata. Satu lagi mitosnya ialah memakai cermin mata hitam untuk elak ia berjangkit. Itu juga tidak boleh mengelakkan daripada terjadinya berjangkit. Selalulah cuci tangan, bukan pakai cermin mata hitam atau elak memandang orang yang sakit mata.

Letak Susu Dalam Mata Anak Bila Anak Sakit Mata, Boleh Ke? Doktor Ini Ulas 6 Mitos Karut Tentang Mata Yang Orang Percaya

IKLAN

MITOS #4: KALAU PAKAI CONTACT LENSE (KANTA LEKAP) BOLEH SAKIT MATA TAK?

Ya, memakai kanta lekap boleh menyebabkan sakit mata jika

1)Memakainya terlalu lama.

2)Tidak jaga kebersihan.

Jika mahu pakai kanta lekap, pastikan anda tidak memakainya terlalu lama dan jaga kebersihan tangan, kanta lekap itu sendiri dan bekas penyimpanannya.

IKLAN

Letak Susu Dalam Mata Anak Bila Anak Sakit Mata, Boleh Ke? Doktor Ini Ulas 6 Mitos Karut Tentang Mata Yang Orang Percaya

MITOS #5: MATA BERDENYUT , ADA ORANG RINDU KAT KITA?
Letak Susu Dalam Mata Anak Bila Anak Sakit Mata, Boleh Ke? Doktor Ini Ulas 6 Mitos Karut Tentang Mata Yang Orang Percaya

Mata berdenyut bukan sebab orang rindukan kita tetapi gangguan saraf. Saraf tersebut berdenyut sendiri tanpa diberitahu oleh otak. Kadangkala ia boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti Bell’s Palsy atau pun ada gangguan saraf pada saraf ke tujuh. Jika keadaan ini berterusan, anda perlu berjumpa doktor. Tapi jika ia berlaku sekali sekala itu biasa.

MITOS #6: BETUL KE RABUN BOLEH DIWARISI MELALUI KETURUNAN?

Betul. Rabun jauh boleh diwarisi melalui keturunan terutamanya dari kedua-dua ibu bapa kepada anak.

Letak Susu Dalam Mata Anak Bila Anak Sakit Mata, Boleh Ke? Doktor Ini Ulas 6 Mitos Karut Tentang Mata Yang Orang Percaya

Sumber: Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI