Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang dibeli ibunya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Oktober di Quijing, China, si ibu terdahulu membeli sebatang sosej goreng untuk anaknya.
Ads
Ketika sedang menikmati makanan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan lidi sosej itu tertusuk ke dalam mulutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah selain sukar bernafas, dikejarkan ke hospital. Seramai tujuh pakar berkerjasama membedah mangsa bagi mengeluarkan lidi itu.
Ads
Walaupun pembedahan yang berlangsung selama tiga jam itu berjaya mengeluarkan lidi tersebut, keadaan mangsa masih kritikal kerana lidi itu telah menembusi jauh ke dalam sehingga menyebabkan mangsa demam kerana bakteria merebak ke dalam otaknya.
Menurut pakar pediatrik, lidi itu telah menembusi lima sentimeter ke dalam otak mangsa dan jika lebih dari itu, mangsa berisiko maut serta-merta.
Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati ketika memberi makanan yang mempunyai lidi atau sebarang objek tajam. Sebaik-baiknya, suaplah anak anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Saat tahu diri hamil sehinggalah nak melahirkan, ibu akan melalui beberapa fasa yang tak sama dengan ibu hamil yang lain. Mungkin bagi orang lain cabarannya pula berbeza. Sebab itu orang kata, ibu hamil yang akan melahirkan anak pengorbanannya tak boleh dibayar dengan wang ringgit.
Lagi-lagi bagi ibu yang baru pertama kali melalui proses kelahiran dan tiada pengalaman, ia adalah saat yang paling takut. Sama ada bersalin normal atau czer kedua-dua prosedur ini tetap mempertaruhkan nyawa si ibu.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Lukya Betaria Sinaga, kisah yang berlaku di Indonesia ini benar-benar sedih. Mana taknya bayi yang lahir meninggal dunia dan keesokannya si ibu pula menyusul.
Lukya Betaria Sinaga memberitahu adik iparnya telah ‘dipaksa’ bersalin secara normal sedangkan mengikut perancangan awal, dia perlu melahirkan secara czer.
Asalnya kena czer, tapi dipaksa bersalin normal
Menurutnya kisah sedih yang menimpa adik iparnya ketika melahirkan bayi di salah sebuah pusat perubatan di Indonesia sesuatu yang tak dijangka. Pada awalnya, adik iparnya (mangsa) dikatakan akan melahirkan bayi melalui kaedah czer tetapi entah bagaimana ketika hari bersalin, jururawat telah memaksa bakal ibu itu melahirkan secara normal.
Walaupun tujuan kami ke sana untuk menjalani pembedahan, tetapi mereka melarang dan memaksa adik ipar melahirkan secara normal sehingga adik ipar kehabisan tenaga.
Tambah Lukya, dia sendiri tidak pasti sama ada keputusan tersebut diarahkan oleh doktor ataupun tidak. Dia yang tidak sampai hati mendengar suara wanita itu meraung kesakitan telah meminta kebenaran untuk masuk ke bilik tersebut tetapi dilarang oleh pihak hospital.
Saya bertanya kepada jururawat, doktor dekat mana? Tapi dia sibuk bercakap dengan telefon, tak tahu dengan siapa. Lebih sedih lagi, adik ipar saya menangis kesakitan, tapi dia dimarahi sebab mereka kata nanti tenaga habis.
Bayi dan ibu tak dapat diselamatkan
Sekitar jam 5 petang, petugas kesihatan telah memberikan induce kepada mangsa bertujuan untuk mempercepatkan proses kelahiran tetapi malangnya gagal. Panik dengan situasi itu, mereka membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atas mangsa namun usaha mereka sia-sia kerana semuanya sudah terlambat.
Bayi malang yang tidak berdosa sudah tidak dapat diselamatkan sementara si ibu masih menanggung kesakitan yang teramat sangat. Namun siapa sangka, keesokan harinya si ibu pula telah pergi buat selama-lamanya.
Saya tidak menerimanya sehingga saya membantah dengan jururawat dan doktor. Tetapi mereka menutup telinga dan mereka cuba menghalau saya.
Wanita ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan layanan doktor dan petugas kesihatan terbabit. Menurutnya, mereka merupakan insan yang sepatutnya membantu menyelamatkan nyawa orang ramai tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Lukya berharap agar orang ramai mengambil iktibar dengan apa yang berlaku ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pencetus Ummah, (PU) Abu Sufyan tidak sabar dan gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini bersama isteri barunya di rumah baru mereka.
Kisah Rumah tangga Abu pernah viral bulan lepas ekoran menceraikan bekas isterinya Ain yang sarat hamil 7 bulan ketika itu untuk mengahwini isteri barunya, Hana Azraa seorang janda yang mempunyai anak 1.
Menerusi Mstar, Abu ketika ini sedang sibuk menghias rumah barunya bersama isteri barunya, Hana Azraa, berbanding keluar mencari baju raya.
“Kami sibuk berpindah ke rumah baru, jadi tiada masa untuk mencari baju raya tahun ini” kata Abu
“Kami bersusah payah untuk menghias rumah baru agar kelihatan cantik, kami membeli barang di Ikea dan menghias bersama-sama”
Tambahnya lagi, dia tidak kedekut dalam berbelanja untuk barangan rumah kerana dia jenis lelaki yang mengutamakan keluarga.
Bila di tanya tentang bekas isterinya yang sarat hamil, dia memberitahu bahawa dia tidak pernah melupakan Ain lebih-lebih lagi raya yang bakal menjelma.
“Sudah tentu saya tidak akan melupakanya, saya sudah sediakan duit untuknya”
“Tidak ada sebab untuk saya melupakan nafkahnya, boleh tanya dia sendiri jika ragu-ragu”
Tambahnya lagi tiada apa pun yang perlu berdendam antara kedua-dua belah pihak dan hubungan mereka dalam keadaan baik. Dia juga selalu menghantar pesanan ringkas kepada Ain untuk bertanya tentang perkembangan bayi dalam kandungan.
Hati ibu mana yang sanggup melihat bila anaknya berada di dalam kesakitan. Namun lebih sayu lagi bila mana anak sakit selepas makan produk-produk yang diyakini tidak bagus untuk mereka. Rasa teramat bersalah.
Perkongsian seorang ibu di akaun Tik Tok @founderarmelbirdnest ini mak ayah boleh jadikan ikhtibar. Sebaiknya, tak perlulah belikan anak-anak makanan yang tidak diyakini khasiatnya apa lagi makanan ringan yang tidak sihat.
Kisah anak ini, Izzul yang sesak nafas selepas makan jeli viral ini patut kita jadikan ikhtibar. Jika boleh elakkan!
“Masa ni tiba-tiba Izzul kena sesak nafas, semput sampai sakit dada. Nasib baik Izzul pandai control nafas sebab pandai swimming. Tapi dah semput memang tak boleh tahan dah.
“Mama terus bawa pergi klinik swasta sebab dekat dengan rumah. Doktor terus bagi Neb tapi sekejap je. Tapi nampak Izzul sangat struggle lagi ‘gasping for oxygen’.
“Nampak macam tak ada perubahan terus bawak ke Klinik Kesihatan (KK). Rupanya oksigen level dah 86. Cepat-cepat nurse dan doktor bagi pam oksigen.
“Lepas tu doktor minta terus ke HKL untuk dapatkan rawatan yang seterusnya. Terus Izzul dimasukkan ke Zon Kritikal untuk dapatkan Neb dan oksigen.
“Masa ni sayu hati tengok anak mama jadi camni. Maafkan mama.
“Doktor tanya Izzul demam ke? Mama jawab tak demam.
“Izzul ada makan apa malam tadi? Mama jawab makan nasi tapi dia ada makan Konjac Jelly tu banyak jugak dia makan.
“Doktor cakap Konjac Jelly? Tadi dah ada kes budak sesak nafas dan oksigen drop sebab makan benda tu.
“Dah banyak dah kes maut makan benda tu. Sebab ada bahan terlarang dan susah untuk dihadam. Jadi akan stuck di saluran pernafasan anak.
“Malah nurse kata dah banyak kes macam ni. Makanan yang macam marshmallow yang bentu mata tu pun tak boleh bagi anak makan. Itu pun ada kes budak sesak nafas makan benda tu,” katanya.
Bahkan kata ibu ini, dia tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa namun sekadar berkongsi kisah anaknya malah turut berterima kasih kepada doktor dan jururuwat yang membantu anaknya dikala itu.
“Bahayanya Konjac Jelly. Bukan nak jatuhkan siapa-siapa. Tapi dah banyak kes terjadi.
“Kena beringat dan pantau anak jangan makan benda ni. Apa-apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada doktor-doktor dan nurse KK Ttitiwangsa dan HKL (HTA) yang sangat professional dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
“Perbualan dengan doktor dan nurse adalah secara verbally sahaja. Bukan disclaimer apa-apa. Cuma, kena ambil iktibar,” katanya lagi.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.