Ibu bapa menjadi role model pada anak-anak. Apa yang dilihat anak-anak itulah yang di ikuti dan diingatinya. Memberi contoh yang terbaik buat anak-anak sememangnya perlu menjadi satu tanggungjawab mak ayah kini. Sebagai figura yang berperanan besar, kita sebagai mak ayah wajib memperlihatkan yang baik-baik sahaja.
Selain memperlihatkan budi pekerti yang mulia malah mempamerkan rasa gembira dan bahagia depan anak-anak juga perlu. Kata influencer yang juga seorang bapa penyayang ini, Dr Taufiq Razif, memberi kebahagiaan pada anak-anak perlu datangnya daripada rasa bahagia mak ayah itu sendiri. Baru aura kebahagiaan mak ayah mampu diserap pada anak-anak.
Jadi kita pulihkan diri kita dahulu dan kemudiannya barulah sampai pada anak-anak. Ada dua cara yang dikongsikan oleh doktor ini.
Bahagiakan Diri Sendiri Dulu
Saya tak selfish bila saya utamakan kebahagiaan diri saya dulu.
Sebab saya tahu untuk bahagiakan anak anak saya, saya dulu kena bahagia. Mana mungkin saya nak bahagiakan mereka kalau saya sendiri pun tak cukup bahagia.
Ads
Sebab tu saya pentingkan 2 benda ni,
SELF CELEBRATION – Tiap kali saya berjaya capai matlamat atau target dalam hidup saya, saya akan celebrate diri saya sendiri. Awak semua pun sama, kena belajar untuk berterima kasih pada body dan diri awak semua.
Habis lipat kain, buat kopi panas ke. Habis kemas seluruh rumah, bukak Shoppe sedas ke. Itupun dikira Self Celebration juga.
Ads
SELF HEALING – Terutamanya bab emotion lah. Macam mana kita nak cinta anak kita kalau kita tak mulakan dengan mencintai diri kita sendiri? Bagaimana kita nak ubati hati anak kita kalau kita tak ubati hati kita sendiri?
“We can’t give what we don’t have”
Inilah yang namanya Self Care. Self care ni bukannya Selfish. Self Care ni adalah awak jaga diri awak physically, emotionally and spiritually supaya awak boleh mencintai, membahagiakan, menenangkan dan menyayangi orang yang awak sayang dengan lebih optimum lagi!
Awak belajar sesuatu tak?
Ads
Taufiq Razif
Tip Cipta Bahagia
* Peluk dan ciumlah anak selalu. Bangun pagi dan peluk anak dahulu supaya rasa sayang sampai pada anak-anak.
* Mak ayah jangan lokek nak ucapkan i love you pada anak-anak. Pada isteri juga jangan lupa. Wajib.
* Walau macam mana sibuk mak ayah, pastikan makan bersama pada salah satu waktu. Tak kira bersarapan pagi, tengahari atau makan malam.
* Waktu tak mencukupi, pastikan waktu malam waktu bersama anak-anak. Tanya dan lihat apa yang anak pelajari di siang hari.
* Buat apa jua aktiviti untuk cipta bonding bersama. Tak perlu bazirkan wang ringgit, di rumah pun mencukupi asalkan bersama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidur sememangnya cukup penting sebagai salah satu tumbesaran bayi. Pun begitu mendodoikan bayi tidak mudah. Penat mendodoi, anak masih tak mahu tidur. Ada waktunya, bayi kecil kita perlu dibiarkan tidur sendiri supaya ia mudah terbiasa dengan keadaan ini.
Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi si manja sukar untuk tidur tanpa disusukan atau didodoi sebelum tertidur. Ia pastinya menjadi satu masalah, lebih-lebih lagi jika ibu mengejar masa dan terpaksa melakukan pelbagai kerja lain.
Melatih anak tidur sendiri sebenarnya memerlukan teknik dan beberapa cara agar anak mudah terbiasa. Latihlah mereka untuk terbiasa dengan keadaan dan akhirnya apabila sudah biasa, bayi kecil kita akan tertidur dengan sendirinya.
Bawa masuk bilik awal
Perkara paling utama dalam melatih bayi tidur sendiri adalah dengan membawa si manja untuk masuk ke bilik tidur lebih awal daripada waktu tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur.
Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal. Sebaiknya ketika di dalam bilik tidur, elakkan sebarang rangsangan yang membuatkan si kecil cergas seperti bunyi daripada televisyen yang kuat.
Rutin sejak kecil
Anda pasti pernah mendengar rungutan sesetengah ibu bapa yang anak mereka sukar tidur awal. Ini adalah disebabkan oleh kebiasaan sejak kecil untuk tidur lambat. Jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, anda harus menyedari kepentingan mendidik waktu tidur kepada anak sedari usia bayi lagi.
Lebih-lebih lagi bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding individu dewasa. Cara tidurkan bayi terbaik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.
Rutin tidur konsisten
2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur, anda amat disarankan untuk melakukan aktiviti yang tenang dan boleh merangsang otak si kecil untuk tidur. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan seperti memperdengarkan alunan zikir, bercerita, menyanyi atau sebarang perkara lain yang bersesuaian. Sebolehnya lakukan aktiviti yang sama setiap kali tiba waktu tidur.
Hindari aktiviti melibatkan gajet seperti televisyen atau gajet. Ia tidak membantu merangsang si manja untuk tidur, sebaliknya lebih menjadikan mereka cergas.
Elakkan gangguan ketika mengantuk
Biasanya apabila melihat bayi kelihatan mengantuk, apa yang anda lakukan? Membiarkannya atau mengusik mereka agar tidak tidur? Jika anda membiarkannya, ia adalah antara cara tidurkan bayi yang betul.
Apabila si manja tampak mulai lali dan hampir melelapkan mata, elakkan daripada terus bermain dengan mereka. Jika boleh, sebaik sahaja mereka kelihatan letih, bawalah si kecil ke dalam bilik yang sunyi dan tenang. Ini merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan dalam melatih bayi tidur sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa.
Kurangkan tabiat menyusu hingga tidur
Mendukung atau menyusukan bayi sehingga tertidur merupakan antara perkara yang sering dilakukan kebanyakan ibu bapa.
Jangan bimbang, ia tidak salah tetapi jika dilakukan secara berterusan, si kecil mungkin tidak dapat belajar untuk tidur dengan sendirinya. Jadi apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur.
Sediakan ruang tidur yang selesa
Jika kita sebagai individu dewasa juga mahukan ruangan selesa untuk tidur, begitu jugalah keadaannya dengan si kecil. Sediakanlah ruangan tidur yang selesa dan tenang untuknya beradu dengan selesa sepanjang malam.
Hindari pencahayaan yang terlalu terang atau terlalu sejuk. Elakkan juga daripada memenuhi ruangan tidur si kecil dengan terlalu banyak barang mainan.
Jadikan waktu tidur sebagai keutamaan
Mesti ada yang bertanya kenapa waktu tidur si manja penting, bukan? Ia bukan sahaja waktu untuk melelapkan mata, bahkan ia juga adalah waktu untuk tumbesaran otak si manja.
Bukan sekadar itu, waktu tidur si manja juga adalah waktu untuk ibu berehat. Jika bayi sukar tidur, ia boleh menyebabkan wujudkan tekanan kepada ibu. Haaa…timbul masalah lain pula.
Melatih bayi tidur adalah perkara penting
Anda mungkin berasakan ia perkara yang tidak begitu penting untuk melatih si kecil tidur dengan sendiri. Tetapi percayalah semakin bayi anda meningkat besar, anda akan berasakan bahawa ia penting untuk mereka belajar tidur secara sendiri.
Jadi mulakan daripada awal, ia bukan sahaja penting untuk si kecil tetapi juga kepada ibu bapa kerana anda juga memerlukan rehat yang secukupnya.
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Biasanya selagi stok ubat belum habis, ibu bapa akan gunakan semula jika waktu kecemasan. Persoalannya macam mana nak tahu ubat itu masih elok atau tak sebelum nak diberikan pada anak.
Jika diteliti pada botol memanglah tarikh luput lambat lagi tapi adakah ia masih boleh digunakan dengan selamat. Berikut adalah perkongsian Pegawai Farmasi, Fahmi Hassan untuk panduan semua ibu bapa.
BERAPA LAMA BOLEH SIMPAN UBAT?
Saya sering menerima soalan dari orang awam berkaitan berapa lama ubat-ubatan boleh disimpan di rumah. Soalan ini walaupun nampak mudah sebenarnya memerlukan kepada penjelasan yang terperinci kerana terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan tarikh luput sesuatu ubat-ubatan berubah.
Secara amnya, ubat-ubatan di dalam BEKAS ASAL (sama ada blister tablet atau botol yang belum dibuka) akan berada di dalam kondisi yang baik sehingga tarikh luput ubat JIKA IA DISIMPAN MENGIKUT ATURAN YANG DITETAPKAN OLEH PENGILANG.
SEBAGAI PANDUAN UMUM, BERIKUT ADALAH CARA SIMPAN UBAT YANG BETUL
BAGAIMANA PULA DENGAN UBAT YANG TELAH DIBUKA?
Ada sesetengah ubat yang mempunyai tarikh luput tersendiri selepas dibuka. Maklumat ini boleh diperolehi melalui label ubat-ubatan. Contohnya; terdapat ubat yang berlabel ‘discard 30 days after opening’ yang bermaksud buang selepas 30 hari botol dibuka. Bagi ubat-ubatan yang berlabel seperti ini, tarikh luput adalah jelas.
Namun begitu terdapat banyak produk yang tidak menyatakan tempoh ketahanan setelah dibuka. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya pernah menghubungi beberapa syarikat farmaseutikal mengenai jangkamasa ubat mereka boleh bertahan sekiranya botol asal telah dibuka (ubat cecair) atau ubat-ubatan dikeluarkan dari bekas asal.
Jawapan yang diterima adalah mereka tidak membuat kajian tentang perkara tersebut dan kestabilan produk selepas dibuka tidak dapat dipastikan.
Oleh itu, saya suka menasihatkan orang ramai supaya membuang baki ubat-ubatan terutamanya di dalam bentuk sirap yang telah dibuka. Jangan simpan ubat-ubatan tersebut di dalam peti sejuk dengan tanggapan ia akan tahan lebih lama sekiranya disimpan pada suhu rendah. Penyimpanan pada suhu dan keadaan yang tidak sesuai akan menyebabkan stabiliti ubat berubah.
Namun begitu, hasil carian saya, terdapat beberapa garis panduan berkaitan penyimpanan ubat yang digunapakai di peringkat antarabangsa. Kebanyakan garis panduan ini dihasilkan daripada kajian-kajian kecil dan bukannya kajian rasmi dari syarikat pengeluaran.
Satu garis panduan yang saya nampak agak jelas dan praktikal adalah yang dikeluarkan oleh National Health Services, United Kingdom. Ringkasan garis panduan tersebut adalah seperti yang tertera pada jadual dalam gambar.
PERKARA PENTING YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN
Saya ingin mengingatkan bahawa nasihat profesional dari saya selaku seorang pegawai farmasi adalah untuk tidak menyimpan baki dari ubat-ubatan terutama berbentuk sirap. Simpan ubat yang belum dibuka sekiranya perlu menyimpan bekalan ubat untuk kecemasan dirumah. Penulisan saya ini tidak mewakili praktis atau panduan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seorang suami dan ayah yang baik pasti nak bahagiakan isteri dan anak-anak kan? Itu antara impian seorang lelaki. Orang kata kalau banyak belanja keluarga, lebih banyak rezeki yang masuk.
Sama seperti Johan Raja Lawak yang tidak lokek berbelanja untuk isterinya yang juga pelakon terkenal, Ozlynn.
Dalam satu posting yang di muat naik oleh Ozlynn dalam laman sosialnya, dia meluahkan rasa gembira kerana selalu diberi ‘me time’ oleh suaminya.
Malah kesemua anak-anak dijaga oleh Johan ketika Ozlynn keluar membeli belah. Memang nampak tak kekok menjaga anak-anak.
“Beza papa hantar gambar dengan mama hantar gambar🤣🤣🤣 mama rasa bersalah??”
“Oh langsung tidak.. sebab papa bagi kad bank dan cakap, pi la enjoy.. cuma nak pesan 1 jek.. “ hati-hati ok, lepas selesai urusan u balik terus.. ingat, u cinderella i”
“Sambil kiss dahi 😍😍😍 maceh papa.. walaupun bila mama bagi bil hidung papa berdarah… 🤣🤣🤣🤣🤣 love u sayang”
Rata-rata rakan selebriti dan warga maya memuji sikap Johan dan menganggap rezeki mereka sekeluarga sentiasa mencurah-curah kerana sikap Johan yang baik terhadap keluarganya itu.
Kredit: Ozlynn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes bayi dibuang sumbang mahram yang terbongkar di Besut menjadi amaran tragis buat ibu bapa tentang keselamatan anak di rumah sendiri serta kegagalan perlindungan keluarga.