Ads

Lima Isyarat Awal Anak Lambat Cakap, Ramai Mak Ayah Terlepas Pandang!

Kita sebagai mak ayah selalu rasa perkembangan anak semuanya baik-baik sahaja. Anak aktif, suka bermain, ketawa bila diagah. Tapi bila masuk bab bercakap, tiba-tiba kita perasan anak masih belum sebut perkataan yang sepatutnya sudah keluar pada usia tertentu.

Lebih membimbangkan, ada yang menganggap “tak apa, nanti pandailah dia cakap” atau “abang dia dulu pun lambat cakap”. Hakikatnya, setiap anak memang berbeza, tetapi ada garis panduan perkembangan yang boleh dijadikan rujukan.

Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Aisyah Kassim, terdapat beberapa tanda awal yang boleh membantu mak ayah mengenal pasti sama ada anak mengalami kelewatan bercakap atau tidak berada pada tahap perkembangan yang sepatutnya.

Jangan tunggu sehingga terlalu lewat. Lagi awal dikesan, lagi baik peluang untuk anak dibantu.

Lima Isyarat Awal Anak Lambat Cakap, Ramai Mak Ayah Terlepas Pandang!

Berikut lima tanda yang mak ayah perlu beri perhatian.

1. Tidak Pandai Meniru

Meniru adalah asas penting dalam perkembangan bahasa. Anak belajar bercakap melalui pemerhatian dan peniruan.

Seawal usia 10 bulan, anak biasanya sudah mula meniru bunyi-bunyi mudah seperti “wow”, “meow”, “mama”, “baba” atau bunyi haiwan dan bunyi persekitaran. Mereka juga mula meniru aksi seperti tepuk tangan, melambai “bye-bye”, ketuk meja atau buat gaya comel bila diminta.

Apabila masuk usia satu tahun ke atas, anak sepatutnya mula cuba meniru perkataan yang disebut oleh orang dewasa walaupun belum jelas.

Jika anak langsung tidak menunjukkan minat untuk meniru bunyi, perkataan atau perbuatan, ini mungkin tanda awal yang perlu diberi perhatian.

Lima Isyarat Awal Anak Lambat Cakap, Ramai Mak Ayah Terlepas Pandang!

2. Tidak Menggunakan Gesture

Sebelum anak pandai bercakap, mereka akan menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi.

Pada usia sekitar 10 bulan ke atas, anak biasanya sudah mula menggunakan gesture seperti:

Ads
  • Menunjuk dengan jari untuk meminta sesuatu
  • Mengangkat tangan untuk didukung
  • Melambai bila disuruh “bye-bye”
  • Mengangguk atau menggeleng kepala

Gesture ini menunjukkan anak faham konsep komunikasi dua hala. Jika anak tidak menggunakan sebarang isyarat tubuh untuk berkomunikasi, mak ayah perlu lebih peka.

Kadang-kadang anak yang lambat bercakap bukan sekadar lambat sebut perkataan, tetapi juga kurang kemahiran komunikasi asas.

Lima Isyarat Awal Anak Lambat Cakap, Ramai Mak Ayah Terlepas Pandang!

3. Tidak Faham Arahan Mudah

Bahasa bukan hanya tentang bercakap, tetapi juga kefahaman.

Seawal usia satu tahun, kebanyakan anak sudah boleh memahami arahan mudah seperti:

“Ambil bola.”

“Bagi mama botol.”

“Mari sini.”

Ads

Jika anak tidak memberi respon langsung atau kelihatan tidak memahami arahan yang sangat ringkas dan biasa digunakan setiap hari, ini juga boleh menjadi tanda kelewatan perkembangan bahasa.

Mak ayah boleh cuba uji dengan arahan harian dalam suasana santai. Lihat sama ada anak memahami tanpa perlu tunjuk berulang kali.

Lima Isyarat Awal Anak Lambat Cakap, Ramai Mak Ayah Terlepas Pandang!

4. Tidak Menyebut Perkataan Pertama Yang Bermakna

Perkataan pertama yang bermakna biasanya muncul sekitar usia satu tahun hingga satu tahun enam bulan.

Contohnya seperti “ibu”, “ayah”, “nak”, “makan”, atau nama objek kegemaran mereka. Walaupun sebutannya mungkin tidak jelas, tetapi ada makna dan digunakan secara konsisten.

Jika anak sudah melepasi usia satu tahun enam bulan tetapi masih belum menyebut sebarang perkataan bermakna, mak ayah disarankan untuk mendapatkan penilaian awal.

Jangan tunggu sehingga usia tiga atau empat tahun baru mahu bertindak.

5. Tidak Boleh Membuat Ayat Pada Usia 2 Tahun

Menjelang usia dua tahun, kebanyakan kanak-kanak sudah boleh menggabungkan dua perkataan mudah seperti:

Ads

“Mama nak”

“Nak susu”

“Abah pergi”

Ayat mungkin ringkas dan tatabahasa belum sempurna, tetapi sudah menunjukkan perkembangan komunikasi yang baik.

Jika pada usia dua tahun anak masih belum boleh menyebut gabungan dua perkataan, ini mungkin petanda anak memerlukan bantuan profesional.

Apa Mak Ayah Perlu Buat?

Pertama sekali, jangan panik. Tetapi jangan juga ambil mudah. Jika mak ayah mula nampak tanda-tanda ini, langkah terbaik adalah dapatkan nasihat daripada pakar seperti Patalogis Pertuturan Bahasa atau terapis perkembangan kanak-kanak.

Lagi awal intervensi dimulakan, lagi tinggi peluang untuk anak mengejar semula perkembangan mereka.

Selain itu, mak ayah juga boleh bantu anak di rumah dengan cara:

Kurangkan masa skrin

  • Banyakkan bercakap dan berinteraksi dengan anak
  • Baca buku bergambar setiap hari
  • Bermain secara bersemuka, bukan hanya beri gadget
  • Galakkan anak meniru bunyi dan perkataan

Ingat, setiap anak unik. Tetapi perkembangan bahasa ada garis panduan yang boleh dijadikan rujukan. Keprihatinan mak ayah adalah langkah pertama untuk membantu anak membesar dengan lebih yakin dan bersedia.

Jangan malu untuk bertanya dan jangan tunggu sehingga terlambat. Kadang-kadang satu tindakan kecil hari ini boleh mengubah masa depan anak kita.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Solat Tarawih Terganggu, Kanak-kanak Buat ‘Aksi’ Di Masjid, Wanita Luah Kecewa,...

Solat tarawih terganggu akibat gelagat kanak-kanak di masjid jadi perdebatan setiap Ramadan. Ketahui hukum syarak, panduan ulama dan hak jemaah yang perlu difahami ibu bapa.