Pelakon popular Lisa Surihani, 32, mengakui sudah bersedia untuk tambah cahaya mata pada tahun depan.
Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim itu, dia dan suami merancang untuk memiliki empat cahaya mata sekali gus melengkapkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina itu.
“Kami mahu segera menambah anak kerana usia suami sudahpun mencecah 45 tahun.
Ads
“Takkanlah, bila usia suami mencecah 60 tahun dan sudah pencen, anak-anak kami masih kecil dan belajar lagi?
“Kami juga sangat mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang,” katanya.
Ads
Kata Lisa lagi, dua anaknya sudah besar sikit dan sampai masanya mereka menambah anak sekarang.
“Jika nak diikutkan, kami sudah bersedia pada bila-bila masa pun tetapi semuanya bergantung pada rezeki dari Allah SWT.
Ads
“Kalau boleh kami mahukan sepasang anak iaitu lelaki dan perempuan selepas ini,” katanya.
Lisa dan Yusry berkahwin pada tanggal 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne serta Yusof Leonne.
Bila masih ada anak kecil menyusu badan, suami patut tolong sebagai cara tanda sokongan pada isteri. Wanita bila mempunyai anak, tiada lagi masa untuk diri sendiri melainkan jika urusan rumah tangga dan anak selesai. Tambah lagi yang bekerja. Sampai rumah, letak beg sekejap terus fikirkan apa nak buat untuk suami dan anak.
Lagi payah, anak cuma nak dengan si ibu. Balik-balik kerja dua-dua anak tarik ibu. Agak-agak macam mana seorang suami boleh mudahkan urusan isteri dalam situasi ini?
Ok, cuba ikut tip ni perlahan-lahan. Kalau dapat suami yang ada masa untuk memahami dunia mak-mak beranak kecil, untung-untung semua benda ni dah siap balik kerja nanti.
Biasanya ibu menyusu selalunya akan rasa dahaga. Maka eloklah suami tolong sediakan minuman untuk isteri. Serius, isteri pasti akan hargai dan hilang penat balik kerja walau suami cuma bagi air kosong.
Memang tugas menyusukan bayi adalah tugas isteri tapi bukan bermaksud suami hanya tidur lena tak sedarkan diri pada waktu malam. Apa salahnya suami jadi tempat isteri bersandar dan berehat semasa menyusukan bayi. Selesa sikit isteri nak menyusukan bayi. Untung-untung cara ini boleh rapatkan hubungan suami isteri.
Kalau dua-dua anak kecil itu masih menyusu badan, biarkan dia menyusu kejap. Nanti suami bolehlah tarik salah seorang dan buat main kejap. Tak adalah isteri rasa susah nak handle anak. Kena faham situasi ini, tak boleh tunggu arahan kaum mak-mak yang dah penat. Tapi kalau anak yang lain dah besar dan tak menyusu, suami tolonglah uruskan keperluan anak-anak macam mandikan atau bagi makan. Jangan biarkan isteri seorang yang menguruskan keperluan anak. Tahu tak kalau mak-mak menyusu ni stress, susunya pun boleh drop.
Kadang balik kerja dah penat, nak basuh peralatan pam susu pun tak sempat. Haaa… masa inilah suami boleh bantu. Suami boleh meringankan beban isteri dengan membersihkan segala peralatan tersebut. Jadi masa nak guna, isteri boleh terus ambil yang dah bersih. Mudah juga kerja mak-mak nak menyusu.
Jangan bebankan isteri dengan tugas-tugas rumah tangga. Suami juga boleh membantu isteri melakukan kerja-kerja membasuh pakaian, mengemas rumah, menyapu lantai, membasuh pinggan dan mungkin juga memasak. Isteri boleh tumpukan perhatian untuk menyusukan si kecil tanpa memikirkan pakaian yang belum tersidai.
Andai anak menangis di tengah malam, suami jangan buat-buat tak dengar dan tidur ‘mati’. Suami sepatutnya bangun dulu untuk tengok sama ada lampin si kecil sudah basah atau hendak susu.
Jika lampin perlu ditukar, tak perlu kejutkan isteri sebaliknya anda boleh buat sendiri. Kemudian barulah kejutkan isteri untuk menyusukan bayi.
Suami juga boleh membantu isteri menguruskan anak selepas disusukan seperti sendawakan anak (bayi baru lahir), mendukung, mandikan atau tidurkan bayi. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas menyusukan anak. Jadi isteri perlu berehat seketika.
Tak mudah beranak kecil ni, tambah kalau isteri itu pun keluar bekerja. Penat emosi dan badan. Jadi suami kena tahu cara nak buat isteri gembira walau penat nak menyusu anak. Haaa… ini juga salah satu formula untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. Jangan sakitkan hati isteri dan jangan cari pasal dan menyebabkan mood isteri terganggu. Sebolehnya mengalah dan cuba letakkan diri anda dalam situasi mak-mak.
Mungkin banyak kerja tetapi kalau dah tahu ada anak kecil eloklah suami usahakan balik awal. Kalau nak ikutkan kerja yang tak siap, memang setiap hari kerja tak habis. Andai betul-betul tak boleh pulang awal, beritahu isteri awal-awal dan balik terus ambil alih tidurkan anak. Bagi isteri rehat kejap.
Jangan nak harapkan kaum mak-mak 100% dalam urusan menyusu dan menjaga anak. Sekurang-kurangnya suami tahu sedikit sebanyak tentang menyusu dan sesekali bolehlah berkongsi tip dan bagi sokongan waktu isteri rasa air susu kurang.
Ok, nampak tak caranya? Sebenarnya tak susah pun nak ‘manjakan’ kaum isteri yang masih menyusukan anak kecil. Percayalah, suami yang membantu dan menyokong isteri menyusukan anak akan memberikan perubahan besar dalam hidup sebagai pasangan suami isteri walau zaman bercinta dah berlalu pergi.
Jom tonton cara suami ini tolong isterinya yang menyusu anak. Suami lain pun boleh contohi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak menangis bila bangun tidur walaupun dah tidur lama? Perkara ini mungkin jadi penyebab. Mungkin ramai ibu bapa perasan ada waktu-waktu tertentu anak kita yang tidur lama tiba-tiba bangun dalam keadaan menangis seolah-olah macam tak puas tidur.
Keadaan ini mungkin menyebabkan ada ibu bapa yang memarahi si kecil atas alasan tidur sudah berjam-jam, bangun tetap juga merengek. Sebelum anda menambahkan lagi bad mood anak pada hari itu, ini LIMA sebab kenapa anak menangis bila bangun tidur.
Sleeping Discomfort
Tilam tak sesuai, pampers terlampau penuh, panas dan berpeluh pun boleh buatkan anak kita menangis masa dia bangun. Rasa tak selesa tu yang buatkan anak kita nak melalak je bila bangun.
Feeling hungry
Bila anak dah tidur 8-10 jam tanpa makan minum ni memang buatkan perut anak bagi signal untuk diisi lah. Tu yang bangun bangun je terus melalak mintak susu tu. Pedih perut la katakan.
Anxiety Awakening
Bila bangun-bangun je mak ayah dah tak ada depan mata memang boleh trigger rasa cemas anak. Ni normal je. Lebih kurang Separation Anxiety juga macam anak jadi cemas bila kita hantar dia ke rumah pengasuh atau dia tak nampak kita bila kita ke tandas atau ke dapur.
Cuma Anxiety Awakening ni adalah anak rasa cemas bila bangun tidur sebab kita tak ada depan mata dia. Itu yang dia melalak cari kita mama dan papanya.
Sleep Inertia
Bila anak bangun bangun je dia rasa groggy, rasa mengantuk sangat sangat dan rasa nak melalak, tu mungkin anak kita tengah kena Sleep Inertia.
Sleep Inertia ini terjadi sebab:
*Kita bangunkan dia masa dia tengah dalam fasa Rapid Eye Movement Sleep (REM sleep). Bahasa mudahnya adalah kita bangunkan dia masa dia tengah nyenyak sangat tidur
*Masa kita kejut tu level hormon Melatonin yang menyebabkan anak kita mengantuk tu masih banyak lagi. Tu yang anak kita melalak sebab dia masih mengantuk sangat lagi
Biasanya akan ambil masa 30 minit hingga 1 jam juga untuk anak kita betul betul recover daripada Sleep Inertia tu.
Lack of Quality Sleep
Bila kualiti tidur anak tak cukup, emosi anak akan mudah terganggu. Tu yang dia jadi irritable sikit. Contohnya jadi mudah nangis tanpa sebab setiap hari ataupun jadi mudah mengamuk tanpa sebab setiap hari.
Sebab itulah sebelum tidur:
*Jangan main gajet atau tengok TV beberapa jam sebelum waktu tidur. Takutnya bila kita tutup lampu pun mata anak masih terkebil kebil tak boleh tidur sebab ‘blue light’ daripada gadget tu boleh buatkan anak susah tidur
*Jangan bagi anak terlalu penat sangat sebelum tidur. Berpada pada lah kalau nak bagi anak bermain sebelum tidur sebab bila anak terlalu penat pun tidurnya boleh terganggu sebab badan dan otak dah jadi Overtired
Tolong sampaikan ilmu ni pada pasangan masing masing dan juga semua ibubapa di luar sana sebab ilmu ni tersangat la penting bagi ibubapa yang masing ‘berperang’ dengan perangai anak masing masing.
Melihat baju sekolah anak yang kehitam-hitaman di bahagian tengkuk dan lengan buat ibu mula rasa stress. Mana tidaknya, mulalah mak-mak memikirkan terpaksa menyentalnya dengan sepenuh tenaga demi menjadikan baju kembali putih bersih.
Rupanya tak perlu sental berlebih-lebihan, ada cara dan petua mudah yang dikongsikan oleh Hasslizza Lailly Abu Hassan ini.
Memang mudah, hanya gunakan sedikit serbuk percuci, Cif sahaja untuk diletakkan pada bahagian berdaki. Memang bersih!
Since ramai yang kat komen tanya macam mana nak gunakan dia. So, hari ni Lailly sharekan video.