Terbaharu, Aliff Aziz ada berkongsi sekeping foto anaknya di laman Instagram. Normal jika seorang bapa berbuat demikian, tetapi yang menarik perhatian adalah kapsyen pada foto terbabit. Jika dibaca, terlihat betapa penyanyi dan pelakon itu merindui anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean. Perkongsiannya itu telah mendapat 72, 000 tanda suka (likes) setakat ini.
Always in my mind. Always in my heart. No matter what they say. You are the reason I still keep going. I miss you. A little too much. A little too often. And a little more everyday sayang. ?
@aydenadrean17
Sebelum ini juga Aliff pernah memuat naik sekepig foto dia bersama Ayden dengan kapsyen yang lebih kurang sama.
Banyak komen yang diterima Aliff ketika dia memuat naik foto tersebut. Ada pengikutnya yang menghentam dan menyalahkannya, tetapi tidak kurang juga yang memberi kata-kata semangat. Sentiasa bersama dan apabila terpaksa berpisah begini sudah tentu memberi kesan kepada si ayah dan anaknya. Semoga apa yang berlaku dapat memberi pengajaran kepada kita juga.
Pa&Ma mendoakan yang terbaik buat Aliff, semoga kekal tabah mengahrungi ujian ini. Walaupun sudah berpisah, diharapkan hubungan mereka anak-beranak akan kekal mesra dan baik seperti dahulu.
Baru-baru ini, pelakon dan figura media sosial, Afifah Nasir, berkongsi berita gembira bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki sebagai anak sulungnya. Momen ini nyata membawa erti baru buat Afifah mula melangkah ke dunia baru bergelar ibu buat pertama kali.
Menariknya, satu video prank yang tular memaparkan Afifah bertindak seakan mengalami “pecah air ketuban” sehari sebelum dijadualkan bersalin. Dalam prank tersebut, suasana makan malam sekeluarga tiba-tiba menjadi kecoh apabila Afifah menjerit seakan air ketubannya benar-benar pecah.
Ibunya sempat berkata, “Call doktor!” Semua kelihatan kelam kabut bangun dari tempat meja makan menuju ke arah Afifah untuk menghulurkan bantuan. Abang Ipar Sulung Afifah terus membertindak memberitahu segera membawa kereta. Pada masa yang sama, kelihatana suaminya cukup tenang menunju ke arah isterinya. Namun tidak lama kemudian, Afifah ketawa, membuatkan suasana cemas bertukar menjadi gelak ketawa namun ada wajah ahli keluarga jelas kelihatan cuak.
“tak kelakar… ”
Walaupun ada suara yang menegur jangan buat main-main benda serius ” Tak Kelakar…” siap baling dengan tuala sekali. Tegas tapi jelas begitu prihatin apabila ia jadi gurauan di saat Afiffah menunggu hari untuk bersalin. Afifah tetap dengan ketawa ceria menunjukkan sisi dirinya yang “happy go lucky” dan sentiasa inginkan kebahagian buat diri dan keluargannya.
Penghujung video kelihatan Afifah memeluk suaminya sebagai menggambarkan sokongan emosi yang kuat bahawa dalam setiap gelak tawa dan drama, ada ikatan yang teguh antara dua insan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pemintanya terhibur dengan gelagat secara spontan yang dilakukan oleh Afifah. Ada yang beranggapan suami Afifah seorang yang ‘cool’ dan memberi jelaskan bahawa Afifah bertuah mempunyai abang -abang ipar yang begitu prihatin dan bertindak pantas.
“Husband dia cool jee…”
“Cuak dan caring tu terserlah. “Dik2 pegi amik kereta..” terbaikk lah dapat abang ipar camni…”
Pengalaman mengurus jenazah ibu meninggal selepas bersalin bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila ia merupakan pengalaman pertama dalam hidup seseorang. Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial apabila detik membantu memandikan jenazah seorang ibu muda menjadi kenangan yang sukar dipadam daripada ingatannya.
Kisah menyentuh hati ini berlaku pada 1 Disember 2025 apabila individu berkenaan menerima panggilan daripada seorang ustazah untuk ke hospital bagi membantu urusan mandi jenazah. Tanpa banyak soal, dia memenuhi permintaan tersebut dengan niat membantu, tidak menyangka pengalaman itu akan memberi kesan emosi yang begitu mendalam dan menyedarkan.
Setibanya di bilik mayat, suasana hening dan pilu menyelubungi ruang tersebut. Beberapa ahli keluarga arwah kelihatan menahan kesedihan, ada yang hanya tunduk memendam rasa, ada juga yang gagal menyembunyikan air mata. Suasana itu cukup meruntun jiwa, apatah lagi apabila mengetahui arwah merupakan seorang ibu muda.
Difahamkan, wanita tersebut meninggal dunia akibat tumpah darah selepas bersalin. Bayi yang dilahirkan pula selamat dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Lebih mengharukan, arwah baru sahaja dikurniakan anak pertama selepas 10 tahun menanti kehadiran zuriat.
Menurut perkongsian itu, sepanjang proses mengurus jenazah ibu meninggal selepas bersalin, satu perkara yang benar-benar mengejutkan ialah apabila jenazah arwah terasa sangat ringan ketika diangkat, walaupun tubuh arwah berbadan besar semasa hayatnya.
Keadaan ini menimbulkan rasa sebak dan keinsafan yang mendalam. Ia seolah-olah memberi isyarat bahawa Allah mempermudahkan urusan hamba-Nya yang diuji dengan pengorbanan besar ketika melahirkan zuriat.
Lebih menggetarkan perasaan, individu tersebut turut terhidu bau harum yang jelas walaupun memakai penutup muka sepanjang proses memandikan jenazah.
“Tiba-tiba hidung saya tercium bau harum. Walaupun pakai mask, jelas bau wangian itu. Saya kenal bau ni, pernah hidu di beberapa tempat sebelum ini. Tapi kali ni pertama kali dalam bilik jenazah. Seketika badan saya rasa meremang,” kongsinya.
Bau tersebut menambahkan rasa sayu dan ketenangan dalam suasana yang penuh emosi, seolah-olah memberi petunjuk tentang kemuliaan arwah di sisi Tuhan.
Sepanjang proses memandikan dan mengkafankan, suasana kekal hening. Hanya kedengaran bunyi air paip mencurah serta esakan perlahan waris yang cuba menahan kesedihan.
Wajah arwah kelihatan tenang, berseri dan seolah-olah sedang tidur lena. Bau kapur barus yang digunakan pula seakan bersatu dengan wangian semula jadi dari tubuh arwah, menambahkan rasa damai kepada semua yang terlibat dalam urusan mengurus jenazah ibu meninggal selepas bersalin itu.
Keseluruhan proses tersebut mengambil masa kira-kira 22 minit sahaja, satu tempoh yang disifatkan sangat singkat dan dipermudahkan.
Selesai urusan, waris bersalaman dengan semua yang terlibat. Ibu kepada arwah kelihatan terlalu sedih sehingga memeluk individu berkenaan dalam tempoh yang agak lama.
“Saya hanya mampu cakap ini semua takdir dan minta dia doakan arwah. Mak arwah angguk dan berlalu pergi,” katanya.
Tidak lama kemudian, jenazah ditolak keluar menuju ke bilik solat. Ketika itu, kedengaran raungan seorang lelaki yang dipercayai suami arwah, menambah lagi kesayuan suasana dan menyentuh hati sesiapa sahaja yang berada di situ.
Pengalaman mengurus jenazah ibu meninggal selepas bersalin itu membuatkan individu tersebut berasa sangat insaf dan sedar betapa besarnya nikmat Allah yang sering terlepas pandang dalam kehidupan seharian.
Ia juga menjadi peringatan tentang kemuliaan seorang ibu yang sanggup mengorbankan nyawa demi melahirkan zuriat. Di sebalik pemergian yang menyayat hati, terselit tanda kasih sayang Allah buat hamba-Nya yang terpilih.
Sesungguhnya, setiap kematian adalah pengajaran, dan setiap pengorbanan seorang ibu wajar dikenang, dihargai dan didoakan.
Hiba! Ibu & dua anak termasuk si kecil berusia 10 tahun terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar, Sabah. Tragedi menyayat hati ini meragut nyawa tiga beranak apabila kediaman mereka ditimbus tanah runtuh pada Isnin malam.
Menurut laporan Sinar Harian, mangsa dikenali sebagai Wong Moi Ling, 34; Christen Kell Benny, 6; dan Kemiey Asphereynda Benny, 10. Penemuan mereka sekaligus melengkapkan jumlah keseluruhan mangsa tanah runtuh di Sabah seramai 12 orang.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz, mangsa pertama ditemui sekitar jam 4.20 petang, disusuli mangsa kedua lima minit kemudian. Mangsa terakhir, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, berjaya ditemui pada jam 10.45 malam.
“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan bantuan pelbagai agensi termasuk PDRM, ATM, KKM, APM serta RELA. Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Operasi berakhir sepenuhnya pada jam 2.05 pagi Selasa, selepas pencarian mangsa terakhir selesai.
Kejadian tanah runtuh di Sabah baru-baru ini meragut 12 nyawa, termasuk tujuh di Kampung Cenderakasih Kolombong, dua di Kampung Mook, Papar, dan tiga di Kampung Marahang Tuntul.
Berita sedih ini mengundang sebak di hati ramai, khususnya ibu ayah yang tidak dapat membayangkan peritnya kehilangan anak kecil dalam sekelip mata. Doa dan ucapan takziah terus mengalir di media sosial, sebagai tanda solidariti buat keluarga yang berduka.
Tragedi ini menjadi peringatan buat kita semua bahawa kasih sayang terhadap anak-anak tidak boleh ditangguhkan. Setiap pelukan, setiap kata sayang dan setiap doa adalah hadiah berharga yang mungkin esok tidak lagi sempat kita berikan.
Bagi keluarga mangsa, ujian ini terlalu berat. Namun doa seluruh rakyat Malaysia agar mereka terus kuat dan tabah menghadapi kehilangan besar ini.
Semoga roh Wong Moi Ling, Christen Kell Benny, dan Kemiey Asphereynda Benny ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Salam takziah yang tidak terhingga buat keluarga mangsa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.