Ramai tahu asap rokok sangat membahayakan kesihatan bukan sahaja kepada perokok itu sendiri tetapi orang sekelilingnya juga. Bagaimanapun masih ramai lagi yang buat acuh tak acuh serta langsung tak menghiraukan dan menghormati orang ibu bapa yang ada anak-anak.
Perkongsian dari seorang bapa, Amran Husni mengenai anaknya penghidap asma kronik sejak bayi. Paling sedih apabila orang sekeliling tidak ambil peduli mengenai asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan anaknya.
Ramai sahabat tanya Qaseh sakit apa dan sebab apa boleh jadi camtu. Let me tell you why…
Dia penghidap asma kronik sejak bayi. Kalau nak ceita berapa kali masuk hospital kena bantuan oksigen cucuk wayar bagai rasa nak lebih dari sepuluh kali, sampai ejen takaful pernah cakap “lah admitted lagi ke?”
Bronchitis? Pneumonia? semua dia dah merasa.
Ads
Dan dia ada alahan teruk pada asap rokok dan bau rokok tu sendiri. Sebagai ayah aku cuba sedaya protect dia. Educate family members kau bahaya sentuhan, tinggalan bau rokok atas baju dan tangan pada qaseh, apatah lagi asap rokok tu sendiri.
Yup, aku dikurniakan family yang majoritinya adalah perokok. Dan aku sendiri adalah bekas perokok tegar dan alhamdulillah Allah beri aku kekuatan untuk berhenti lama sebelum Qaseh lahir lagi.
Isteri aku tak pernah bising sebenarnya aku hisap rokok, tapi aku macam ada satu perasaan yang kau ni pengecut dan lemah bila ketagihan rokok ni pun kau tak boleh lawan apatah nak lawan masalah-masalah besar dalam hidup kau kelak.
Sebab tu bila kau berhenti atas sebab isteri suruh, anak tak sihat atau awek marah tu yang ramai je jenis belakang hisap sorok-sorok.
Ads
Setiap kali keraian atau perjumpaan kaum keluarga, kau akan dapat saksikan betapa pesta naga berasap berlaku.
Aku terpaksa divert atau bawak qaseh sumwhere else supaya dia tak terdedah pada asap rokok.
Aku sangat menghormati hak perokok-perokok ini supaya mereka dapat menikmati hak berhari raya, bersembang, bermajlis tahlil dengan selesa dan aman.
Demi mengajar rasa hormat dan menjaga silatrahim, aku juga biarkan Qaseh cium bersalaman dengan tangan mereka yang penuh bau tembakau dan bahan kimia tersembunyi itu.
Dan ada yang usaha duduk merokok di luar rumah aku sangat berterima kasih atas concern macam tu.
Aku dah penat sebenarnya dengan benda-benda macam ni. Sebab aku rasa tiba masa aku tulis posting ni walaupun aku tahu, ramai hati terasa dan marah dengan apa aku sampaikan ni.
Dan aku tak mengharap untuk mereka ni berubah. Tapi cukup sekadar faham dan dengar, kerana Qaseh amanah Allah pada aku.
Bagi ibu yang baru bersalin, rengat akan menjadi mimpi ngeri. Kesakitan pada bahagian ari-ari selepas bersalin ini tidak dapat digambarkan, hanya yang pernah menghadapinya akan tahu.
Rengat akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan, tidak kira secara normal atau pembedahan. Malah ada ibu yang menyamakan rengat dengan kontraksi bersalin dan mengatakan lebih dari itu bagi menggambarkan tahap kesakitan teramat sangat yang dialami.
Menurut Dr Afiq Rahim, sakit rengat ini juga perlu diketahui oleh para suami bagi membantu dan memahami isteri yang sedang mengalaminya.
Mungkin ada yang pertama kali mendengarnya terutama kaum Adam.
Ketahuilah, ilmu ini barangkali boleh membantu kamu saat isterimu butuh pertolonganmu selepas bersalin.
Sakit Rengat atau bahasa Mat Don ‘AFTER BIRTH PAIN” adalah sakit menyerupai senggugut selepas bersalin. Ada pihak mengatakan sakit ini lebih kuat daripada sakit kontraksi semasa hendak bersalin.
Ini adalah antara proses pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya.
RENGAT BERLIPAT KALI GANDA SEMASA MENYUSU
Kesakitannya akan diamplifikasikan berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan sehingga ada ibu yang tewas melawan sakit ini.
Mengapa pula?
Penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon oxytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera.
Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan berlaku TUMPAH DARAH seperti yang berlaku kepada pesakit saya semasa banjir 2014 (nak tahu kisah ibu tersebut, bolehlah dapatkan senaskah buku saya “I NEED A HELICOPTER, MY PATIENT IS DYING”).
RENGAT BANYAK BERLAKU SELEPAS KELAHIRAN ANAK KEDUA & KE ATAS
Biasanya sakit rengat ini hanya berlaku pada anak kedua dan ke atas dan jarang berlaku kepada ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Durasi kesakitan pula sekitar 2-10 hari bergantung kepada keadaan.
Akan tetapi kebanyakkan ibu yang pernah melalui mengatakan durasinya bergantung kepada bilangan anak. Semakin banyak anak, semakin lama sakitnya.
BAGAIMANA MENGHILANGKAN KESAKITAN RENGAT?
Ada kajian di PubMed yang menunjukkan assosiasi stress dan depresi kepada ibu yang kesakitannya gagal diuruskan dengan baik selepas bersalin.
Jadi penting menguruskan kesakitan ibu selepas bersalin dengan baik!
#1. UBAT PENAHAN SAKIT
Pilihan terbaik adalah penggunaan ubat penahan sakit NSAID yang telah terbukti secara kajian memang berkesan. Gabungannya dengan Ubat Paracetamol juga dilihat berkesan.
#2. TEKNIK PERNAFASAN
Teknik pernafasan atau hipnosis juga dapat membantu mengawal kesakitan.
#3. MENGOSONGKAN PUNDI KENCING
Antara tips lain adalah sentiasa membuang air kecil untuk mengosongkan pundi kencing. Pundi kencing yang penuh antara punca menaikkan tahap sakit rengat selepas bersalin.
#4. TUNGKU ATAU LOSYEN PANAS
Petua tradisional juga boleh diamalkan seperti meletak tuku / batu panas ke atas rahim / losyen panas untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses pengecutan mengikut kadar yang disarankan sahaja dan tidak berlebihan.
Bagi yang bersalin secara pembedahan, perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Dibimbangi rawatan yang tanpa kajian boleh mengganggu penyembuhan luka dalaman.
Paling penting si ibu dan pasangannya perlu bersabar dan menguatkan semangat untuk melalui ujian ini.
Saya dan isteri juga baru menempuh episod baru seperti ini. Memang sakit yang teramat. Kasihan melihat isteri mengerang sakit rengat.
Jadi saya berharap artikel ini dapat membantu para ibu dan pasangannya untuk bersedia menghadapi saat tersebut.
Rezeki di petang Ramadan, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sambut kehadiran anak kedua. Kini Yusuf rasminya menjadi abang long!
Tiada apa yang menggembirakan bagi seorang ayah untuk menyambt kelahiran anak. Hairul menerusi Instagram berkongsi berita gembira.
Menurut Hairul, Hanis selamat bersalin pada jam 5.59 petang tadi. Turut dikongsikan gambar si kecil ahli baru keluarganya yang dinamakan Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.
Pelakon Paskal ini turut mengucapkan penghargaan buat Hanis sempena kelahiran anak kedua mereka.
Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen
Petang tadi 5.59pm ,
Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,
Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang Thank you my bam bam
Menariknya, si kecil Alisa Aisyah juga sudah pun memiliki akaun Instagram sendiri.
Ruang komen posting Hairul dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Masing-masing mengucapkan kesyukuran, memuji kecomelan Alisa Aisyah. Tidak kurang juga yang mengatakan Alisa Aisyah sangat seiras dengan abangnya, Yusuf Iskandar.
Kadang kala, yang baru pertama kali bergelar ibu, tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka. Dalam hal ini, episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau.
Kebanyakan kes, jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti. Melalui pengalaman doktor sendiri, kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.
Tanda-tanda jahitan terbuka:
-Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan kuman.
-Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.
Komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka
-Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
-Boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
-Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin,
-Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut
Risiko
Risiko tinggi untuk jahitan terbuka atau lambat sembuh boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor ibu itu sendiri yang mengalami masalah diabetes, obes, merokok, tidak cukup zat (malnourished) dan urang daya tahan penyakit.
Manakala faktor luaran lain ialah jenis atau tahap luka. (Luka bersalin umumnya ada empat tahap). Luka tahap tiga dan empat lebih kerap jahitan terbuka. Dalam hal ini, penggunaan antibiotik diperlukan. Kebanyakan doktor akan prescribe antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka. Dalam pada itu, faktor umur dan bilangan kehamilan , tidak meningkatkan risiko jahitan terbuka.
Jahitan lambat sembuh
Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.
Tindakan anda
Apabila menyedari jahitan terbuka, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
Jahitan terbuka semula?
Anda mungkin trauma jika mengalami situasi ini. Namun selepas dijahit risiko untuk terbuka semula adalah minimum kecuali berlaku lagi jangkitan pada luka yang baru dijahit itu. Jahitan yang terbuka mungkin akan berulang lagi jika jangkitan pada luka itu tidak dibersihkan sepenuhnya atau masih ada jangkitan. Oleh kerana itu, ada sesetengah kes, luka yang terbuka semula boleh terus dijahit, mesti dibersihkan setiap hari atau pengambilan makan antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan dilakukan semula.
Tempoh sembuh
Masa yang diambil untuk menjahit semula luka bergantung kepada keadaan dan saiz luka tersebut. Jahitan biasanya menggunakan benang yang lebih kuat. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka bagi episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam minggu.
Luka cepat sembuh
Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan. Seharusnya semasa anda hamil, anda perlu mengambil makanan yang berzat dan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak
Penjagaan luka jahitan
Amat penting anda memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, luka tersebut dilapkan sehingga kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kain kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
Bahaya jahitan terbuka
Jahitan terbuka tidak membahayakan nyawa kecuali kalau ada jangkitan yang dibiarkan tanpa rawatan dan lambat mendapat rawatan. Selain itu, jika tidak dijahit, dan dibiarkan, luka jahitan terbuka bersalin memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat.
Rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan. Segera berjumpa doktor untuk pastikan jahitan tidak terbuka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.