Luahan Syed Saddiq Tentang Pengorbanan Ibu, Saat Paling Meruntun Jiwa

Share

Di sebalik senyuman yang sering terukir, tersimpan seribu duka yang dipendam seorang anak dan ibunya.  Syed Saddiq akhirnya membuka sisi paling peribadi dalam hidupnya  tentang seorang ibu yang tidak pernah berhenti berharap, tidak pernah berhenti berdoa, dan tidak pernah sekali pun berpaling walau dunia seakan menjatuhkan anak kesayangannya.

Memetik laporan media, selepas lima tahun Syed Abdul Rahman meluahkan rasa bersalah apabila tekanan daripada kes mahkamah yang dihadapinya menyebabkan kanser ibunya kembali berulang.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, sepanjang tempoh perbicaraan, integritinya cuba dijatuhkan, manakala kedua ibu bapanya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff, terpaksa berulang kali melalui sesi soal siasat, memberi tekanan besar kepada seluruh keluarganya.

Foto: Harian Metro

“Saya sebagai anak rasa begitu bersalah kerana tekanan sampai ibu menghidap penyakit kanser lagi sekali.”

Dan  saat keputusan mahkamah diumumkan Syed Saddiq dibebaskan daripada semua pertuduhan  momen itu bagai menumpahkan segala beban di seorang anak. Perkongsian beliau begitu menyentuh hati, apabila wajah ibunya menjadi wajah pertama yang hadir di benaknya, wajah yang menyimpan luka yang sama dalam diam.

Tiada yang lebih menyayat hati daripada melihat cinta seorang ibu diuji sedalam ini. Kasihnya tidak bersyarat, doanya tidak pernah terputus. Dan hari itu, dunia menjadi saksi bahawa kasih ibu benar-benar membawa ke syurga.

Sumber: Utusan Malaysia

Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan bekas Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA.

Sumber: Harian Metro
Published by
Nor Yusoff