Luang Lebih Banyak Masa Dengan Keluarga. Datuk Seri Najib Mahu Berehat Buat Sementara Waktu

Share

Sikap profesional Datuk Seri Najib menerima kekalahan partinya pada pilihan raya kali ini mendapat pujian dari segelintir netizen walaupun ramai juga rakyat yang memberi tanggapan negatif padanya.

Adatlah kalah atau menang. Tapi yang pastinya perjuangan harus diteruskan. Mungkin kekalahan ini akan memberi satu cabaran kepada Datuk Seri Najib memperbaiki segala kelemahan untuk menjadi yang lebih baik pada masa datang.

Bekas perdana menteri ini juga turut memberitahu, beliau mengambil keputusan untuk bercuti buat sementara waktu dan meluangkan masa bersama keluarga selepas ini.

Mungkin apabila Datuk Seri Najib berehat bersama keluarga, semangatnya akan kembali pulih dalam meneruskan perjuangannya.

Walaupun ramai yang mengutuk, tetapi ada juga netizen meluahkan rasa sedih mereka di instagram beliau dengan memberi sokongan.

Perkara yang lepas biarlah menjadi pengajaran. Siapa kita untuk menghukumnya. Tak kurang juga ada yang berterima kasih pada Datuk Seri Najib, walaupun apa orang nak kata dia tetap dengan pendiriannya dan sentiasa membawa pembangunan di setiap negeri walaupun sebelum ini pembangkang yang menerajuinya.

Sementara itu, dalam satu catatan di Twitternya, beliau berkata BN komited untuk membantu proses peralihan kuasa seperti yang dinyatakannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“BN hormati kehendak rakyat dan akan membantu untuk memudahkan proses peralihan kuasa,” tulisya.

Jelasnya lagi, “Apa yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya sentiasa menjadi keutamaan saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dengan kapasiti yang ada,”.

Berdasarkan pemilihan rakyat pada 9 Mei lalu, Najib menerusi Twitter beliau memohon maaf kepada penyokong BN dan rakyat Malaysia.

“Saya berdoa selepas keadaan berpecah belah ini, negara akan bersatu.

“Saya minta maaf atas sebarang kelemahan dan kesilapan, dan terima kasih rakyat Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk memimpin negara hebat kita ini.

“Ia merupakan satu pencapaian dan kebanggaan bagi diri saya untuk berkhidmat untuk anda dan Malaysia,” tambah Najib.

Sumber: Twitter Mohd Najib Tun Razak & Astro Awani

IKLAN