Fasha sendiri terkejut melihat gelagat anaknya yang sangat tidak disangka bahkan hairan dari mana si kecil tahu memberikan pendapatnya berkenaan hal tersebut.
Ads
Kehairanannya diluahkan menerusii tulisan kapsyen di posting tersebut.
Rayfal oh Rayfal, baru 5 tahun… Dah pandai mintak macam2 pelik2. Entah siapa ajar? Ibu tak faham. Takkan budak 5tahun dah tau benda macam ni?? Apakata mintak je kat Dada adik baru. Haih. ? Off late ni, Almost everyday mintak baby in ibu’s tummy, help!
Memang bijak Rayfal ni. Agaknya dia pun teringin nak mempunyai adik kecil lain seperti abang Rayqal yang sudah mempunyai adik NeyNey.
Ads
Selain dari itu mungkin juga si kecil ini rindukan kehadiran seorang ayah di sisinya setiap hari.
Memang normal kanak-kanak sebaya Rayfal meminta ibu memberikannya seorang adik kerana sifat penyayang yang ada dalam dirinya selain ia juga menunjukkan kematangan si kecil yang selama ini mungkin memerhatikan hidup yang dilalui oleh ibunya tanpa suami di sisi.
Ads
Video lucu tapi menyentuh hati tersebut mendapat tontonan ramai netizen dan kebanyakannya memberi komen sokongan kepada Fasha dan anak-anaknya.
Ibu ayah semestinya risau dengan keadaan anak yang tidak selera makan, suka mengamuk dan perutnya agak buncit. Sejauh kebenarannya? Apakah simptom yang sebenar? Paling menakutkan apabila ia boleh menyebabkan kesukaran pembelajaran.
Menurut Dr Rosni Jamaluddin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist, masalah kecacingan atau jangkitan cacing merupakan masalah yang boleh berlaku di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimana pun, kebanyakan jangkitan cacing tidak serius /teruk dan tidak memberikan apa-apa gejala atau mudarat. Ini menyebabkan ia mungkin tidak disedari oleh penghidap.
Kes kecacingan yang teruk dan serius lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat luar bandar atau di tempat di mana tidak terdapat bekalan air bersih. Ini adalah kerana kebanyakan kes jangkitan cacing berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan tanah yang mengandungi cacing atau telur cacing.
SIMPTOM KECACINGAN
Antara simptom atau gejala kecacingan yang teruk dan kronik adalah kurang berat badan atau terbantut tumbesaran, pucat atau anemia, sakit perut dan perut kembung atau membengkak. Malah, sebahagian pesakit kecacingan juga boleh mengalami kesukaran pembelajaran.
Segelintir pesakit mengadu kurang selera makan atau mempunyai selera makan yang aneh seperti tabiat suka memakan benda-benda yang kotor seperti tanah. Adakalanya disebabkan kitaran hidup sebahagian cacing yang akan migrasi ke organ-organ tertentu, pesakit mungkin mengalami simptom –simptom yang berkaitan dengan organ tersebut seperti sakit kepala, batuk, sesak nafas, sakit perut, hati yang membengkak dan sebagainya.
GATAL DUBUR & MENGAMUK/ MERENGAT
Setengah pesakit lain boleh merasa gatal di bahagian dubur. Ada kalanya pesakit atau ibu bapa sendiri boleh terjumpa atau melihat cacing di dalam najis kanak-kanak yang kecacingan.
Simptom seperti merengat atau mengamuk mungkin boleh dijelaskan sekiranya kanak-kanak mengalami sakit perut. Namun begitu, merengat atau mengamuk secara khususnya bukanlah merupakan simptom yang spesifik untuk masalah kecacingan kerana terdapat banyak lagi masalah lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak berkelakuan demikian.
JUMPA DOKTOR JIKA ANDA DALAM KATEGORI BERISIKO
Jika anak puan terdedah kepada gaya persekitaran hidup yang berisiko tinggi untuk menghidap kecacingan dan mengalami simptom-simptom tersebut di atas, anak anda disyorkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penilaian yang lebih terperinci.
Doktor mungkin akan mengambil sampel najis untuk diuji di makmal bagi mendapatkan diagnosis yang tepat. Doktor juga boleh memberikan ubat yang sesuai untuk merawat masalah kecacingan tersebut, dan seterusnya memberikan nasihat lanjut tentang cara-cara untuk mencegah jangkitan daripada berulang.
PASTIKAN MEMINUM AIR BERSIH
Secara amnya, sentiasa pastikan air minuman dan air yang digunakan untuk menyediakan makanan semuanya telah dirawat dan dibersihkan. Lebih baik sekiranya semua air yang digunakan direbus sehingga mendidih terlebih dahulu. Cuci semua bahan masakan dan makanan dengan air bersih sebelum di makan, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah. Kebersihan tangan dan diri-sendiri juga adalah penting agar jangkitan dapat dielakkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Layanlah jika anak-anak tanya soalan, itu petanda anak kita genius. Memang kadangkala, mama dan papa tertekan dalam melayani soalan-soalan si kecil yang tidak berkesudahan? Tidak tahu apa tindak balas sepatutnya. Marah atau tetap mengukir senyuman. Walau apa pun jua, itulah antara proses perkembangan si kecil yang baik untuk otaknya.
Mama: Adik jom mandi.
Anak: Kenapa kena mandi?
Mama: Sebab badan adik dah kotor, seharian ke sana ke mari.
Anak: Macam mana badan boleh kotor mama?
Soalan penting untuk pembelajaran?
Apabila anak anda bertanya soalan, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. Dia cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi dengan mencari maklumat.
Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.
Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda mencari maklumat daripada individu lain yang menurutnya mempunyai lebih pengetahuan. Dia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak atau abangnya dan ahli keluarga yang lain. Mungkin juga dia akan bertanya kepada pengasuhnya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Ada kalanya ibu dan ayah buntu untuk menjawab soalan si kecil yang berterusan. Amat penting untuk menjawab soalan si anak tetapi, sebaik-baiknya elakkan menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang untuknya berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda. Apa yang boleh mungkin boleh anda lakukan adalah:
Anda juga boleh mencipta keadaan di mana anak-anak akan bertanya dan menunjukkan rasa ingin tahu si kecil.
Apa sahaja soalan si kecil, ibu dan ayah haruslah cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kerana ia penting untuk perkembangan otak si kecil anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senyuman manis anak kita adalah salah satu nikmat kecil yang membawa bahagia besar. Tapi, senyuman itu perlukan penjagaan yang rapi – bukan sekadar ajar mereka gosok gigi. Ramai ibu bapa rasa cukup sekadar beri berus gigi dan ubat gigi pada anak, tapi sebenarnya, ada seni dalam mendidik si kecil tentang kesihatan mulut. Dalam satu sesi temu bual menarik bersama Dr. Hafiz dari Toothsuite Dental, video oleh saluran Bintang Kecil ini membongkar beberapa tips penting dan praktikal untuk bantu ibu bapa galakkan anak menjaga gigi dengan cara yang menyeronokkan.
Jangan Salahkan Gula Semata-mata – Didik Anak Kenali Makanan ‘Melekat’
Ramai ibu bapa menyalahkan gula setiap kali anak alami gigi berlubang. Tapi menurut Dr. Hafiz, bukan gula sahaja puncanya – malah nasi, roti dan biskut pun boleh menjadi penyebab jika ia melekat lama di gigi. Ajar anak untuk faham jenis makanan yang “melekat” dan bantu mereka faham kenapa perlu berkumur atau gosok gigi selepas makan. Didikan secara visual – tunjuk kesan makanan pada gigi menggunakan cermin atau kartun – boleh jadi sangat efektif.
Tabiat anak yang suka mengunyah snek sepanjang hari sebenarnya memudaratkan gigi. Dr. Hafiz mencadangkan supaya ibu bapa menetapkan waktu tertentu untuk snek, contohnya selepas makan tengah hari. Ini beri peluang untuk air liur ‘neutral-kan’ asid dalam mulut. Galakkan anak untuk minum air kosong selepas makan dan ajar mereka bezakan antara ‘lapar betul’ dengan ‘sekadar nak kunyah’. Gunakan pendekatan cerita atau permainan untuk mudahkan pemahaman.
Waktu malam ialah saat paling kritikal untuk anak berus gigi. Ibu bapa perlu pastikan gigi anak dibersihkan sebelum tidur kerana bakteria lebih aktif semasa mulut kering di waktu malam. Gunakan lagu pendek semasa berus gigi sebagai penanda waktu (contohnya “Twinkle Twinkle” atau cipta lagu sendiri!), dan wujudkan ‘ritual’ berus gigi bersama sebelum tidur supaya ia jadi kebiasaan positif yang menyeronokkan.
Dr. Hafiz menekankan pentingnya teknik memberus yang betul – bukan sekadar ‘sapu-sapu’ saja. Ibu bapa perlu tunjukkan cara betul kepada anak, termasuk berus permukaan lidah, gusi dan celah-celah gigi. Pilih berus gigi bersaiz sesuai dengan tangan dan mulut anak, serta ubat gigi dengan kandungan fluorida rendah. Tukar berus setiap tiga bulan dan jadikan ia momen seronok, contohnya dengan hadiah berus bergambar kartun kegemaran mereka!
Ramai ibu bapa risau bila nampak gigi anak agak kekuningan. Dr. Hafiz jelaskan, gigi yang sedikit kuning masih boleh dianggap sihat jika ia bersih dan tak berlubang. Yang penting ialah kebersihan, bukan warna semata-mata. Elakkan anak dari produk pemutih yang tak sesuai dan fokuskan pada rutin penjagaan gigi yang konsisten. Tanamkan dalam diri anak bahawa gigi bersih itu lebih penting dari gigi ‘putih macam iklan’.
Mengajar anak menjaga gigi bukanlah satu tugas kecil, tapi ia adalah pelaburan besar untuk kesihatan masa depan mereka. Dengan pendekatan yang santai, kreatif dan konsisten, ibu bapa boleh menjadi ‘doktor gigi mini’ di rumah. Senyuman anak bukan hanya menceriakan hari kita – ia cermin kepada didikan yang kita berikan. Jadi, mulai hari ini, jadikan penjagaan gigi satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan, bukan satu paksaan. Anak gembira, gigi sihat, semua orang senyum!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend squishy toy microwave bahaya kini viral dan menyebabkan kecederaan melecur serius kepada kanak-kanak. Ketahui risiko sebenar dan langkah pencegahan.