Setiap anak kita memang berbeza. Ada anak yang belajar melalui pendengaran, namun ada pula anak yang belajar melalui pemerhatian. Jangan terlalu cepat salah faham pada anak, belajar kenali anak kita.

Anak Visual Learner pula agak istimewa kerana sering dianggap tidak faham dan patuh pada arahan. Hakikatnya merekalah anak yang mempunyai memori paling kuat. Semuanya melalui pemprosesan data melalui image!

Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi ciri-ciri anak Visual Learner ini.

“Lukis Lagi Baik Daripada Bercakap” Macam Tak Faham Arahan Tapi Ingatan Cukup Kuat, Kenali Anak Visual Learner!


Jika nampak anak ada tanda-tanda macam ni,
– kuat termenung
– cepat bosan
– susah fokus lama ( belajar )
– susah bagi eye contact
– imaginasi tinggi
– ralit bila pandang sesuatu
– panggil susah dengar

IKLAN

Besar kemungkinan anak itu Visual Learner. Jangan salah faham pada dia & jangan buruk sangka pula pada dia. Jangan jangan!

Dari luar kita nampak dia macam,
– tak nak belajar
– kuat berangan
– tak fokus
– pemalas
– selalu blur
– slow
Atau seumpamanya tapi ketahui la bahawa anak Visual Learner adalah antara anak yang ada memori paling kuat sekali. Sebab apa?

“Lukis Lagi Baik Daripada Bercakap” Macam Tak Faham Arahan Tapi Ingatan Cukup Kuat, Kenali Anak Visual Learner!

Otak mereka ni memang dah di program untuk,
– proses data
– capture data
– analisis data
Dalam bentuk image.

IKLAN

Setiap benda yang dia pernah nampak dia rekod dalam kepala otak bentuk image aka visual. Itu la Visual Memory, sekali nampak memang tak lupa-lupa dah.

Cuma kelemahan mereka ialah mereka sangat lemah pada data bentuk audio. Kalau setakat bercakap, tegur, nasihat cara verbal ( cakap ) memang sukar la dia nak capture.

“Lukis Lagi Baik Daripada Bercakap” Macam Tak Faham Arahan Tapi Ingatan Cukup Kuat, Kenali Anak Visual Learner!

IKLAN

Tu yang kalau dengan dia, cakap sekali memang tak jalan, kena ulang ulang cakap benda yang sama baru dia ambil port. Geram je kadang kadang.

Dengan anak visual ni, lukis lagi baik daripada bercakap. Huh!

Mohd Fhais Salim
– saya pun visual learner

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI