Luluh Hati Isteri, Tunggu Masa Bersalin Anak Pertama, Suami Pula Dijemput Ilahi

Share

Hati isteri mana yang tak luluh apabila mendapat perkhabaran suami telah pergi buat selamanya setelah terlibat dalam kemalangan ketika bekerja. Lagi perit, arwah juga tak berkesempatan untuk melihat bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi.

Pemergian secara mengejut ketika suami sedang mencari nafkah keluarga itu benar-benar dirasai oleh isteri yang sedang sarat hamil. Hancur impian untuk sama-sama membesarkan cinta hati mereka ini.

Menurut laporan Harian Metro, kemalangan di Kilometer 301.1 Lebuhraya KL-Seremban menghala selatan membabitkan seorang posmen, Muhammad Radzi, 28, yang ketika itu sedang melakukan tugas penghantaran.

Terlanggar bucu lori 

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Muhammad Radzi, 28, terlanggar bucu lori dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Lebih menyayat hati, berdasarkan Facebook (FB) Bandar Baru Online Community yang turut menyiarkan kejadian, isteri mangsa Nur Azura Abdullah kini sedang menunggu masa melahirkan anak sulung mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang maut menaiki motosikal jenis Modenas.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang di lorong kecemasan terlanggar bucu sebelah kanan sebuah lori yang mengalami masalah enjin dan sedang bergerak perlahan dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun.

“Lori yang mengalami masalah kerosakan enjin itu turut menyalakan lampu kecemasan, juga berada di lorong kecemasan.

“Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar barangan PosLaju di kawasan Bandar Seri Mahkota, Bangi,” katanya.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan peha patah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah. Semoga isteri arwah terus kuat menghadapi ujian ini dan dipermudahkan uruasan melahirkan serta membesarkan satu-satunya amanah yang arwah tinggalkan.

Kredit: Metro, FB Muhammad Radzi & Nur Azura Abdullah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN