Tatkala di hujung kehamilan & perut makin membesar. Pakaian yang longgar dan selesa menjadi pilihan kebanyakan ibu. Selalunya pakaian suami lah yang selalu jadi opsyen terbaik!
Mawar Rashid yang sedang sarat hamil memuat naik gambar di Instagram memakai baju T suaminya, Raf Yaakob. Katanya, baju berkenaan dibelikannya untuk si suami, namun dipakai sendiri olehnya.
Para peminat turut memberikan komen mengakui tentang kebenaran yang baju suami selesa dipakai masa mengandung. Lebih-lebih lagi bila menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Material pakaian lelaki yang kebanyakannya menggunakan kain kapas juga lebih mesra pada kulit.
Ibu yang pertama kali disahkan hamil pastinya ternanti-nanti saat untuk melakukan scan atau imbasan kehamilan untuk melihat janin di dalam kandungan.
Apa ada sebenarnya dengan scan dan imbasan ini? Jom ketahui apa yang boleh anda jangkakan ketika melakukan scan awal kehamilan, seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor.
Prosedur scan atau ultrabunyi (ultrasound) merupakan ujian diagnostik tanpa rasa sakit yang dilakukan kebanyakan wanita semasa tempoh kehamilan.
Gelombang bunyi berfrekuensi tinggi akan bergerak ke dalam rahim dan kembali daripada janin sebagai getaran. Gema yang dihasilkan akan diterjemah ke isyarat elektrik dan dipancarkan sebagai gambar hitam putih pada monitor – memaparkan tisu lembut dan organ bayi.
2 jenis imbasan
Terdapat 2 jenis imbasan yang boleh dilakukan ketika awal kehamilan. Ini yang anda perlu tahu.
1. Transvaginal Probe
Janin berada di dalam pelvis pada awal kandungan dan gelombang bunyi tidak dapat melepasi tulang, maka transvaginal probe- transduser dimasukkan ke dalam faraj, bagi membolehkan doktor melihat rahim melalui serviks. Prosedur ini dilakukan dengan probe berbentuk seakan tongkat yang ditutupi sarung lateks, seperti kondom.
Untuk scan awal kehamilan ini, doktor akan menggunakan sedikit pelincir dan memasukkan transduser ke dalam faraj secara perlahan. Peranti akan digerakan bagi membentuk gambar yang diperlukan di skrin. Ia tidak menyakitkan pada dasarnya, cuma mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
2. Transabdominal Ultrasound
Selepas beberapa minggu pertama, kebanyakan doktor akan melakukan ultrabunyi pada perut bagi prosedur scan awal kehamilan.
Gel akan disapukan pada kulit perut bagi membolehkan transduser – peranti seakan mikrofon, meluncur dengan lebih mudah dan meningkatkan penghantaran gelombang bunyi ke dalam badan.
Doktor akan menggerakkan transduser pada perut dengan sedikit tekanan dan gelombang bunyi yang diterima akan menghasilkan gambaran bayi dalam kandungan.
Waktu sesuai scan di awal kehamilan
Umumnya waktu untuk melakukan scan kandungan pertama adalah berbeza bagi setiap individu.
Scan awal kehamilan (minggu ke 6-8)
Pemeriksaan ultrabunyi yang dilakukan sekitar minggu ke 6 – 8 kehamilan biasanya disyorkan jika ibu hamil mempunyai gejala kehamilan berisiko tinggi seperti:
* Pendarahan
* Sakit perut
* Sejarah keguguran kandungan
* Sejarah kecacatan kelahiran
* Komplikasi kehamilan
Biasanya doktor akan menggunakan prosedur transvaginal probe untuk mendapatkan gambaran lebih jelas berkaitan degupan jantung bayi, tarikh jangkaan bersalin dan juga perkembangan semasa kehamilan anda.
Doktor juga dapat menentukan sama ada ia kehamilan berganda atau mempunyai risiko kehamilan ektopik – janin membesar di tiub fallopio dan bukannya rahim.
Imbasan Dating (minggu ke 10-13)
Sekiranya tidak melakukan scan awal kehamilan pada minggu ke 6 – 8, anda mungkin akan menjalani ultrasound dating sekitar 10-13 minggu kehamilan.
Pemeriksaan transabdominal ini akan meramalkan due date, memeriksa degupan janin dan menentukan jumlah bayi dalam kandungan. OB-GYN turut akan memeriksa anatomi asas janin seperti panjang kepala.
Ukuran tersebut penting untuk dilakukan bagi menentukan apakah ukuran janin bersesuaian dengan ukuran sepatutnya berdasarkan haid terakhir ibu hamil.
Scan kandungan: Tinjauan anatomi (minggu ke 18-20)
Jika anda tidak menjalani scan awal kehamilan pada trimester pertama, prosedur ultrabunyi anda biasanya dilakukan sekitar minggu 18 – 20.
Untuk imbasan pada tempoh ini, doktor akan menilai hampir 35 elemen termasuklah berkaitan otak, jantung, buah pinggang, limfa, wajah, jantina dan sebagainya.
Ukuran diameter dan keliling kepala dan perut serta panjang tulang paha bayi turut akan diambil. Doktor akan mencari dan menilai ciri fizikal yang menunjukkan sebarang kelainan.
Namun seperkara yang perlu ibu fahami, pemeriksaan imbasan ini tidak dapat mengesan semua kecacatan kelahiran dan hasil scan normal tidak menjanjikan bayi sihat 100%.
Walau bagaimanapun, melakukan imbasan menggunakan alat diagnostik hebat ini dapat membantu memastikan kehamilan dan bayi dalam kandungan berada pada landasan yang betul.
Persediaan untuk scan
Apakah persediaan bagi ibu hamil sebelum melakukan scan kandungan?
* Bagi wanita yang kehamilannya kurang daripada 14 minggu, akan diminta untuk mengisi pundi kencingnya dengan kapasiti yang mencukupi.
* Gelombang bunyi dapat bergerak lebih baik melalui cecair, maka pundi kencing yang penuh dapat meningkatkan kualiti ultrabunyi pada imbasan tempoh awal kehamilan.
* Pakai pakaian yang bersesuaian untuk melakukan ultrasound, seperti pakaian yang memudahkan akses ke perut.
* Terdapat sesetengah tempat menawarkan penggunaan ultrabunyi 3D yang memberikan gambar bayi berkualiti dengan lebih perincian. Teknologi ini biasanya digunakan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan bayi dengan lebih baik, serta mengesan kelainan wajah atau kecacatan tiub saraf.
Sekeping gambar yang dimuat naik pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha di Instagram semalam terus membuatkan pelakon cantik itu dihujani dengan ucapan tahniah.
Mana tidaknya, gambar terbaru Hanis dengan baby bump yang jelas ketara serta bersama anak keduanya, Alisa Aisyah selepas muncul memperagakan baju kaftan jenama keluarannya #BarbieXCakenis amat menarik perhatian ramai.
Menerusi satu perkongsian di Instagram anaknya, Hanis muncul dengan tema serba pink dengan menampakkan baby bump yang cukup jelas kelihatan.
Tidak dapat dipastikan hanya sekadar promosi atau benar, sehingga kini, tiada sebarang pemberitahuan mengenai kehamilan itu, baik Hanis mahupun suaminya, Hairul Azreen.
Tidak hanya ‘baby bump’ bahkan gaya comel kedua beranak itu tetap mencuri tumpuan ramai, apatah lagi gaya keletahan Alisa yang begitu disukai ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan gembira melihat perut Hanis yang nampak seperti mempunyai ‘baby bump’ malah mendoakan yang terbaik buat Hanis dan keluarga.
Terdahulu, Hanis mendirikan rumah tangga dengan aktor Hairul Azreen pada Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Mungkin ramai yang teruja mendapatkan anak kembar dan melakukan pelbagai petua dengan harapan berjaya hamil kembar. Penerangan dari doktor ini memberikan penjelasan sebenar.
Perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini diharapkan dapat merungkai persoalan dan keterujaan ibu bapa untuk memiliki anak kembar. Beliau juga turut berkongsi bagaimana tercetusnya hyperovulation (menghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) yang menyebabkan terjadinya kembar tidak seiras (non-identical twin).
Beliau juga turut berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit 10 tahun mencuba untuk hamil, kecewa kandungannya bukan kembar.
Dah cuba makan itu makan ini & supplemen tradisional. Kecewa akak sebab banyak dah duit habis
Bersyukurlah dengan kandungan ini. Rezeki dari Allah. Tidak salah mencuba selagi tak memudaratkan. Tapi petua dan supplemen tiada bukti saintifik ia berkesan.
Petua yang tak elok & tiada kebenaran tak elok di kongsi.Testimoni hierarki ilmu paling rendah
Hyperovulation (penghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) boleh terjadi. Genetik ibu, usia ibu 35 ke atas, ibu BMI lebih dari 30 tahun, penyusuan susu ibu antara faktor terjadinya hyperovulation.
Bangsa Nigerian cenderung dapat anak kembar sebab gaya hidup makan keladi dan lain-lain tapi tiada kajian konklusif.
Petua daripada pemerhatian ialah testimoni adakalanya menjadikan penyakit semakin teruk. Perlu kajian teliti dari segi sains dan perubatan.
Ilmu perlu digali, bukan agak-agak. Jika tidak ia seolah-olah memberi harapan palsu.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.