Ajal dan maut telah ditentukan Allah. Namun rasa bersalah dan trauma masih dirasai ibu ini setelah si kecil pergi tatkala disisinya. Rindu yang tidak berpenghujung buat si kecil, tapi ibu ini yakin anaknya sedang menunggunya di syurga.
Catatan ini yang ditulis seorang ibu amat memilukan dan mendapat responds lebih 7,5000 warganet. Ibu ini langsung tidak menyangka anak kecil yang dilihat sihat rupanya mengalami jangkitan pada paru-paru atau pneumonia yang menjadi asbab pemergian anak syurga ini. Namun dia reda dengan ketentuan Allah.
Anak umi syggg.. Hari ini genap 103 hari anak saya AHMAD NOAH EDRYYAN tinggal kan saya….masih terngiang-ngiang tangisan dia. Terkenang-kenang senyuman dia. Terbau bau-bauan dia.
23/12/2018
Noah di lahirkan secara emergency czer pada 32 weeks kerana breech presentation, contraction pain & leaking awal since 26 weeks pregnancy. Di masukkn di NICU lebih kurang 17 hari..
Apabila Noah dibenar kan keluar dari wad umi rasa happy sangat.. Abang n kakak-kakak pun tak sabar nak tgu Noah..Noah sangat aktif dan menyusu dengan baik skali. tetapi..
Noah semasa berusia 4 hari
2/2/2019
Pada 02/02/2019 ibarat mimpi ngeri bagi saya. Kebetulan saya pulang ke kampung saya Melaka kerana kenduri. Tapi saya plan memang tak pergi pun kenduri tu cuma nak dok rumah family je dengan Noah kat Melaka tu coz dia still kecik lagi lebih-lebih lagi Noah is baby prematured.
Selama ni Noah sihat je tapi pada hari kejadian Noah last breastfeed lebih kurang jam 12.30 pagi. Then jam 3.00 pagi camtu sy tersedar coz kakaknya Mayra nangis nak susu.. Husben saya tolong buatkn..
CECAIR KELUAR DARI HIDUNG, NOAH SENYAP & TAK ALERT
Then sy toleh pada Noah dan kejut kan untuk menyusukn dia. Tapi pelik kenapa senyap je then kejut-kejut Noah dah tak alert. Senyap je.
Ads
Terus saya cepat-cepat angkat Noah dan lakukan CPR dan masa tu dah keluar cecair darah sikit dari hidung Noah dan terdetik di hati saya masa tu dia dah takde tapi saya tetap nafikan dan cepat-cepat terus bawa ke hospital.
Sampai kt hospital saya meraung menjerit pada staff kecemasan untuk selamatkan ank saya. Doc keep on CPR dan intubate untuk selamatkan Noah lebih kurang 30 minit. Tetapi Noah tetap tak dapat diselamatkan.
NOAH ALAMI PNEUMONIA, SAKIT DALAM SENYAP
Terpaksa melakukan post morterm kerana dah jadi kes polis n base on post morterm is lung infection..PNEUMONIA..
Saya ingat kan Noah tersedak susu tapi rupanya dia dah sakit dalam senyap. Tak de sign & simptom apapun cuma selsema sikit je. Dalam tidur dia pergi tinggalkan saya, di sisi saya..
Umi gagal jaga Noah dengan baik. Maafkan umi sayang. Kalau la saya tersedar awal pagi tu maybe Noah still lagi bersama dengan saya sehingga ke hari ini.
BENGKAK SUSU, PERLU AMBIL PIL UNTUK HENTIKAN PENGHASILAN SUSU
Ads
Pada masa itu dengan dugaan saya bengkak susu dan terpaksa perah keluar susu untuk kuragkan bengkak. Saya terpaksa ambil pil stop susu. Tanpa bayi di sisi susu dibuang mcm tu je.
Kalau la saya notice awal dalam diam Noah menderita sakit memang saya bawak Noah ke hospital dan akan duduk diam-diam je kt NICU tu sehingga Noah betul-betul sihat.
Lebih-lebih lagi Noah baru je jumpa doc pada 28/1/2019 di Hospital ****** dan doc menyatakan Noah sihat.
BUKAN REZEKI NOAH MEMBESAR DENGAN KELUARGA
Saya tak blame mana-mana pihak. Dah tercatat di loh mahfuz akan pengakhirannya. Allahu…Bukan rezeki kami Noah akan membesar dengan kami. Sekurang kurangnya dapatlah saya menjaga Noah selama 42 hari usianya. Menyusukan dia sepenuhnya dengan susu badan saya.
UMI MASIH TRAUMA
Sejujurnya saya sangat tidak kuat tapi saya cuba untuk kuat demi anak-anak yang lain. Saya masih rasa sgt trauma bila tiba-tiba saya tersedar waktu malam terus saya akan teringat kejadian pagi tu..
Saya akan tengok anak-anak saya yang lain mereka ok atau tidak dan kadang-kadang sampai sekarang saya masih menyalahkan diri sendiri.
Ads
MAAFKAN UMI SAYANG…
Saya as medical staff pun gagal untuk jaga ank sendiri.. Allahuuu maafkan umi sayang.. Noah dijangkiti kuman dari abang dan kakak2-kanaknya yang kebetulan pada masa tersebut mereka pun tak berapa sihat. Lebih-lebih lagi paru-paru Noah tak cukup matang lagi dan memang sangat-sangat mudah dijangkiti.
BAYI KECIL JANGAN DEDAHKAN KEPADA ORANG LUAR
Please ibu-ibu yang masih mempunyai bayi yang baru lahir janganlah terlalu expose dengan orang luar atau bawak keluar pergi jalan-jalan di public. Its too early, baby still fragile.
Jauhkan la baby dengan siapa-siapa yang tidak sihat. Baby mudah sangat di jangkiti..Saya cukup takut bile tengok kecik-kecik lagi dah bawak baby keluar sana sini.
Terima kasih semua yang mendoakan utk arwah ank saya AHMAD NOAH EDRYYAN. Pada bulan Ramadan yang mulia ini doakan saya kuat dan sentiasa redha utk hadapi semuanya.
BERLARILAH KAMU DI SYURGA
Berlari-lari kamu kat sana wahai ank syurga umi abi. Sentiasa doakan kami ye sayang. Di sana lah tempat terbaik untuk awak noah. Awak sentiasa dalam hati umi sampai bila-bila.. Tunggu umi ye sayang. Sampai waktunya dengan izin Allah kita akan ketemu jua..❤️❤️❤️ Noah jenguk2 umi ye dlm mimpi umi tau syggg.Alfatihah ?
Besarnya ujian adik Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, penyakit anaknya yang berusia dua tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.
Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.
Lebih menyedihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga ada masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.
“Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.
“Sebagai ayah, saya sedih lihat keadaannya menanggung derita itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang sakit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.
“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di klinik pakar kulit.
“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.
“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup.
“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.
“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.
Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.
“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.
“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Menerusi tinjauan di sosial media, suspek (suami mangsa) pernah beberapa kali memuatnaik status berkenaan masalah rumah tangganya dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mangsa (isteri). Status di media sosial yang negatif boleh membawa kesan kepada diri dan ahli keluarga, malah menurut Public Health Malaysia, perbuatan menghina, memeras ugut di media sosial antara tanda awal penderaan domestik.
Ketika pandemik ini, banyak negara melaporkan peningkatan penderaan domestik. Walaupun terdapat agensi kerajaan kita yang menyatakan tiada peningkatan kes penderaan di rumah, ianya tidak bermaksud penderaan tidak berlaku. Ini kerana, pergerakan yang terhad sewaktu PKP, pengetahuan tentang di mana perlu dilaporkan, dan pelbagai lagi isu lain menyukarkan mangsa melaporkan kes berkenaan.
Ya. Memang banyak promosi dilakukan untuk meningkatkan kesedaran. Namun, ada juga mangsa yang tidak mahu membuat laporan. Ini termasuk mereka yang merasakan ianya mungkin sementara, mengharapkan perubahan suami dalam masa terdekat, memberikan peluang dan sebagainya. Dan akhirnya, kita hanya dengar perkara terburuk telah berlaku.
Kita tidak mahu bila terjadi baru nak bertindak. Sedangkan tanda bahaya telah wujud. Pencegahan lebih baik daripada berubat. Maka langkah terbaik ketika ini adalah dengan cara KITA bertindak sebagai mata-mata. Tahukah anda, kita boleh menyedari penderaan domestik berlaku melalui media sosial?
Berikut adalah contoh penderaan domestik berlaku di media sosial
1) Memuat naik status yang menjengkelkan, mencemar maruah, marah dan mengugut.
2) Membuat fake profile dan memeras ugut melalui komen status mangsa
3) Perubahan pada status/comment mangsa daripada keadaan yang ceria/biasa kepada satu keadaan yang murung/depressi.
Anda boleh bantu mangsa penderaan alaf baru. Status-status di Media sosial boleh dijadikan bukti di Mahkamah. Jika anda nampak status-status media sosial yang menunjukkan berlakunya penderaan domestik, laporkan aduan anda pada talian NUR 15999.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fatimah The Family UK, “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis.” Sebelum ini, tahap kesihatan personaliti media sosial, Fatimah The Family UK dikhabarkan semakin lemah sejak dua hari yang lalu.
Fatimah yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Birmingham, United Kingdom (UK) dilaporkan mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan. Pihak keluarga menerusi laman sosial Instagram dan juga Facebook The Family UK memohon warga maya menitipkan doa kesembuhan buat anak perempuan tunggal mereka itu.
Menurut perkongsian ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, Fatimah yang kini berusia 10 tahun ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham. Fatimah telah dimasukkan ke hospital itu sejak Mac yang lalu.
Fatimah The Family UK, “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis”
Namun keajaiban berlaku tanpa disangka-sangka. Menerusi status terkini tentang Fatimah yang dikongsikan dilaman Facebook thefamily.uk. keadaan Fatimah beransur baik, membuatkan seluruh ahli keluarganya berasa amat bersyukur.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Allah Maha Besar. Berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat kesayangan kami, Fatimah…
Selepas 8 hari pendarahan, doktor terpaksa buat keputusan menidurkan Fatimah dalam usaha untuk menghentikan pendarahan. 2 jam sebelum masuk teater pembedahan, dengan kuasa Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, pendarahannya berhenti dengan tiba-tiba.
Dalam sekelip mata, darah yang mengalir tanpa henti selama 8 hari tiba2 kering tanpa tinggal walau setitis! Besar sungguh rahmat Allah. Hebat sungguh kuasa Allah. Sehingga semua doktor dan nurse terkejut pendarahan berhenti dengan sendiri dalam sekelip mata!
Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
Fatimah masih lagi lemah dan sakit. Kami pohon jasa baik anda semua untuk terus mendoakan Fatimah. Semoga segala jasabaik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Semoga masih ada lagi keajaiban yang menanti Fatimah.
Kita doakan agar keadaan kesihatan Fatimah bertambah baik. Untuk info, Fatimah merupakan anak saudara kepada cef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam.
Petah berbicara pada usia masih kecil, keletah Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar sering menghiburkan warga maya.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.