Anaqi anak kepada pasangan pelakon Shera Aiyob dan juga Zahiril Adzim meluahkan persoalan bagaimana dia ingin makan dan mengambil wuduk jika jari masih berbalut.
Perkara tersebut diceritakan kembali oleh Shera Aiyob di laman instagramnya dan memuatnaik gambar jari Anaqi yang masih berbalut.
Nak masuk tiga hari demam. Panas badan dia tak boleh bawa bincang dah. Ke doktor jua akhirnya.
Berperang kejap masa nak masuk ubat and ambil darah. Dah siap semua, dia tanya doktor macam mana dia nak makan and ambil wuduk sebab jari berbalut.
Ads
Dah boleh buka lah plaster tu Anaqi oiii. Drama ehhh anak Daddy ni. Heh.
Apa yang lebih menarik melalui perkongsian Shera di instagram, Ramadhan kali ini Anaqi cuba untuk berpuasa penuh tanpa paksaan daripada ibunya.
Ramadhan kali ni Mommy nak Anaqi cuba puasa bebenar. Tapi tiada paksaan, ikut kemampuan dia jugalah. Mommy kejam bertempat.
Ads
Alhamdulillah time sahur dia senang bangun mungkin dah biasa sebab Ramadhan sebelum-sebelum ni memang Mommy akan kejut dia sahur sekali. Malam sebelum sahur pertama tu pun dia sendiri dah letak siap-siap note ‘wake me up for suhoor.’
Semalam hari pertama puasa, pagi dia pergi sekolah, ada extra class pula lagi. Jam 5pm baru balik rumah. Mommy nervous, boleh ke dia bertahan?
Banyak jugalah benda kelakar semalam tapi apapun Alhamdulillah Anaqi berjaya puasa! Hari ni Anaqi ada field trip pula. Mommy nervous lagi. Semua tolong doakan yang baik-baik untuk Anaqi ya!
Rata-rata netizen mendoakan semoga Anaqi cepat sembuh. Ada juga yang terharu dengan soalan Anaqi tentang “wuduk”.
Kepiluan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila kereta yang dipandunya secara tidak sengaja menyeret anak lelaki bongsunya yang berusia tiga tahun hingga mengakibatkan kanak-kakak berkenaan maut di Jalan Ketapang, Taman Rinting, Masai di sini.
Rakan keluarga itu yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, apabila kereta yang dipandu wanita itu bergerak dari rumah keluarga untuk berniaga makanan ringan berhampiran sebuah sekolah.
Menurutnya, ibu mangsa berusia 30-an menjangka anak bongsunya daripada lima beradik berada di dalam rumah.
Katanya, ketika kejadian bapa mangsa turut berada di rumah.
“Ibu mangsa yang memandu PERODUA Alza hanya menyedari kejadian selepas memandu lebih 10 meter ke hadapan.
“Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menjangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun amat menyayatkan hati apabila anaknya itu tidak dapat diselamatkan.
“Ibu mangsa pilu dengan apa yang berlaku dan sebagai wanita dan rakan wanita berkenaan saya dapat merasakan perasaan kepiluan dan trauma dialaminya,”katanya.
Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia pada awalnya menjangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut di bahagian bumper.
Menurutnya, dia terkejut mendapati anaknya berada di bawah bumper dalam keadaan tidak bermaya.
“Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika keluar, anak masih di dalam kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi.
Suasana pilu turut menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), apabila ibu mangsa turut membawa bekalan susu yang biasa dibancuh untuk mangsa.
Malah beberapa kenalan keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi dugaan berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.
“Ketika ibu mangsa memandu bergerak dari rumah, dia merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.
“Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.
“Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Perlu Berwaspada, Peka Keadaan Sekelililing
Dalam hal sebegini, mencari kesalahan sesiapa bukanlah penyelesaiannya walaupun ia dikira kecuaian ibu bapa itu sendiri.
Di sini pentingnya sikap berhati-hati. Kejadian nak berlaku sekelip mata sahaja tapi kita sebagai orang dewasa mungkin perlu lebih beringat dan berwaspada.
Sikap suka tergesa-gesa memandu kereta keluar dari rumah menyumbang kepada kegagalan ibu bapa untuk memastikan keadaan sekitar berada dalam keadaan selamat sebelum menggerakkan kenderaan.
Sikap semula jadi kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.
Memang sifat semula jadi kanak-kanak yang berasa teruja jika melihat ibu bapanya. Tidak kurang ada juga kanak-kanak yang begitu aktif dan agak nakal.
Namun, ini bukanlah alasan bagi kita untuk membiarkan mereka tanpa sebarang pengawasan.
Zon buta
Faktor luaran seperti keadaan kereta dan persekitaran juga dilihat antara yang boleh menyumbang kepada kes-kes kemalangan sedemikian.
Sekiranya kenderaan tidak dilengkapkan dengan alat pengesan undur kereta, ia akan menyukarkan pemandu untuk mengenal pasti objek yang berada di belakang.
Ini ditambah pula dengan keadaan enjin kereta yang berbunyi bising sehingga tidak dapat mendengar suara lain di sekeliling.
Zon Buta kenderaan turut perlu diambil kira dalam memastikan keadaan di sekitar kenderaan selamat.
Sumber: BH Online & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luluh hati pasangan suami isteri apabila mendapati anaknya yang ceria dan sihat dijemput ilahi beberapa jam selepas lemas dalam kolam renang buatan sendiri berhampiran rumahnya di Slim River pada petang Sabtu.
Kanak-kanak lelaki itu yang berusia setahun sembilan bulan meninggal dunia ketika sedang dirawat di hospital.
Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ketika kejadian sekitar jam 4.30 petang itu, mangsa, Rayyan Mikhail Azmi didapati masih hidup dan diberi rawatan awal.
“Keadaan mangsa yang tidak stabil menyebabkan dia dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 12.04 tengah malam (Ahad, 7 November) ketika menerima rawatan,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu disedari sendiri bapa kanak-kanak terbabit selepas menyedari anaknya itu tiada di dalam rumah.
Katanya, lelaki itu kemudiannya menemui anaknya dalam keadaan tersembam di dalam kolam renang terbabit dan segera membawa mangsa ke hospital untuk rawatan.
“Proses bedah siasat dijalankan di HRPB untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak tersebut.
“Satu kertas siasatan dibuka dan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan. Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Difahamkan, anak bongsu daripada dua beradik itu keluar dari rumah melalui pintu belakang yang terbuka dan berjalan seorang diri ke arah kolam renang tanpa disedari ahli keluarganya.
Kolam renang terbabit hanya terletak pada jarak kira-kira 10 meter dari rumah dan ketika kejadian, air kolam sedalam 0.6 meter.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terkesan apabila melihat anak-anak arwah yang masih kecil menangis dan meratapi pemergian ibu kesayangan mereka. Tangisan anak-anak arwah kedengaran sangat kuat saat diberi lihat wajah ibu mereka dengan jasad yang sudah tidak bergerak lagi.
Hilang kasih ibu
Melalui perkongsian di FB Mr Wan Cai Official, pemergian ibu kepada tiga anak kecil ini benar-benar meruntun hati sesiapa saja yang melihatnya kerana hilang sudah kasih ibu buat selamanya.
Rakan rakan dari unit bilal jenazah muslimah juga mengalirkan air mata. Saya dan beberapa orang lagi rakan awal awal sudah berganjak ke tempat lain.
Tidak terdaya untuk kami melihat situasi sedih yang sedang berlaku dibilik wakaf petang tadi. Tangisan anak anak buat ibunya yang sudah tidak lagi bernyawa.
Tangisan anak seolah mengerti ibu pergi selamanya
Tangisan kesedihan yang tidak mampu kami ceritakan dengan kata-kata. Terlintas difikiran kami.
Bagaimana nasib anak anak sekecil itu meneruskan kehidupan tanpa kasih seorang ibu? Ketiga-tiga anak arwah masih kecil. Anak pertama arwah lelaki berumur 4 tahun..Yang kedua juga lelaki berumur 3 tahun..Anak yang ketiga pula perempuan dan umurnya baru 1 tahun.
Kesian anak-anak hidup tanpa ibu disisi. Dari siasatan awal pihak polis dikatakan motosikal yang dinaiki oleh arwah terbabas ketika sedang melalui bulatan Simpang Lima Klang. Ketika itu arwah dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerjanya dikilang Top Glove yang beralamat di Kapar, Selangor.
Kemalangan ketika pergi kerja
Dikatakan arwah berkerja sebagai pembantu dikantin kilang tersebut. Kejadian kemalangan yang meragut nyawa arwah itu berlaku sekitar pukul 06.00 pagi.
Dua buah kenderaan turut terlibat dalam nahas kemalangan yang berlaku. Selepas terbabas dan terjatuh sebuah motosikal yang berada dibelakang telah melanggar arwah. Ketika sedang terbaring kesakitan datang pula sebuah kereta yang tidak sempat menggelak dan melanggar arwah sekali lagi.
Arwah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk akibat impak yang kuat ketika dilanggar.
Jenazah telah dibawa ke bilik forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat bagi mencari punca sebenar kematiannya.
Hujan agak lebat tapi berhenti sebaik dimasukkan ke liang lahad
Apa yang saya perasan sewaktu jenazah dalam perjalanan hendak dibawa ke tanah perkuburan, hujan tiba-tiba turun agak lebat.
Tetapi sewaktu jenazah diangkat untuk dimasukkan ke liang lahad hujan lebat yang turun itu tiba-tiba berhenti. Entah apa amalan yang dilakukan oleh arwah ketika hidupnya.
Kami lihat dengan mata yang ada urusan terakhir arwah untuk disemadikan dirumah barunya telah Allah permudahkan. Masya Allah. Hujan rahmat yang turun seperti turut sama menangisi pemergian ibu muda ini. Salam takziah buat anak anak dan suami arwah..
Kirimkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurul Chasanah Binti Ahmad Sobirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!