Selepas hampir sebulan melahirkan anak keduanya, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir tampil berkongsi wajah comel anak kedua mereka, Aali Mateen.
Menerusi Instagram, Ayda dan Nabil juga turut berkongsi gambar pertama mereka sekeluarga bersama selepas kelahiran anak kedua, buat tatapan pengikut mereka di media sosial.
Memilih tema hitam putih, gambar keluarga ini dilihat begitu klasik dan tersendiri. Malah Ayda yang masih lagi berpantang dilihat cukup cantik dan ceria.
“Our first photo together. Aali Mateen pandai senyum,” tulisnya di kapsyen.
Paling menarik perhatian pastinya wajah Aali Mateen yang dikatakan wargamaya seiras wajah ibunya. Memang comel.
Nabil botakkan kepala bernazar
Berkongsi cerita kisah kelahiran anak kedua itu, tidak hanya Aali Mateen yang dicukurkan jambulnya bahkan Nabil sekali turut membotakkan kepalanya kerana bernazar atas kelahiran cahaya mata kedua itu.
Ads
“Sebenarnya saya bernazar juga sebab dapat anak lelaki. Alhamdulillah semua pun ok dengan keputusan saya nak botakkan kepala.
“Jadi bila anak nak cukur jambul, dia dah botak, alang-alang botak sekali dengan dia.
“Ayda pula okay sahaja. Dia memang sentiasa bersifat supportive dengan apa yang saya nak buat. Jadi, selagi dia kata okey, kita jalan sahaja,” katanya berkongsi.
Tambah Nabil lagi, dia turut berdepan detik lucu ketika ingin membotakkan kepalanya.
Ads
“Saya potong rambut sendiri. Jadi waktu potong rambut, tiba-tiba shaver saya mati. Jadi saya terpaksa pakai topi, keluar pergi kedai dan minta mereka cukurkan,” kongsi Nabil lagi.
Menerusi gambar keluarga yang dikongsikan, Nabil tampak kacak dengan penampilan baru bersama isteri dan dua anaknya, Ana Nayla dan Aali Mateen.
Terdahulu Ayda selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 12 Disember lalu yang diberi nama, Aali Mateen.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Risau sakit lama sewaktu bersalin? Sampaikan ada yang lebih 24 jam tahan sakit tapi bukaan jalan belum terbuka. Memang sangat seksa.
Bagi wanita yang mudah bersalin itu satu kelebihan untuknya tapi bila ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam lamanya akibat kontraksi akan jadi serik. Tapi inilah pengorbanan seorang wanita yang sukar dibandingkan.
Berikut antara beberapa cara nak cepatkan bukaan rahim untuk mudah bersalin.
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awalawal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labour room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
Yang ni part paling syahdu. Dekatdekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebihlebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat….
FOLLOW >>> Fazariah Nordin via Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyusuan susu ibu adalah perkara semula jadi yang berlaku dalam alam keibuan. Pun begitu, fasa permulaan penyusuan adalah proses pembelajaran buat si ibu dan bayi. Mempelajari teknik dan posisi penyusuan yang betul membantu mencegah masalah-masalah seperti puting sakit, payudara bengkak, bayi tidak pandai menekap dan sebagainya.
Dengan beberapa percubaan, anda akan menemui posisi yang selesa dan berkesan untuk anda dan bayi. Berikut merupakan 8 posisi penyusuan yang perlu anda ketahui:
Posisi popular ini sesuai bagi ibu yang bersalin normal, puting tidak tenggelam dan bayi melekap dengan betul. Ia sangat mudah dilakukan dengan bayi berusia 3 bulan dan ke atas. Ia juga sesuai untuk ibu yang menyusu di luar.
Teknik: Posisi ini memerlukan anda mendukung kepala bayi pada siku tangan bahagian sisi payudara yang akan menyusu, sementara bahagian lain tangan menyokong tubuh bayi. Untuk bayi baru lahir, pastikan punggung dan kepalanya selari sementara bayi yang lebih berusia, tidak mengapa jika tidak begitu selari. Tekan payudara anda dengan tangan yang bebas untuk membantu bayi menekap.
Posisi ini hampir sama dengan posisi mendukung biasa tetapi sangat sesuai untuk bayi baru lahir yang masih belajar menekap atau untuk bayi yang tidak menyusu dengan baik.
Teknik: Pegang kepala bayi anda dengan tangan bertentangan daripada sisi payudara yang akan anda susukan (iaitu jika menyusu daripada payudara kanan, pegang kepala bayi dengan tangan kiri anda). Pergelangan tangan anda akan terletak di antara bahu bayi anda, ibu jari anda di belakang satu telinga, jari-jari lain di belakang telinga yang lain. Menggunakan tangan anda yang bebas, tekan payudara anda seperti yang anda lakukan untuk posisi mendukung/buaian.
Posisi ini dianggap sebagai posisi penyusuan semula jadi. Sejurus selepas kelahiran, bayi anda akan mencari puting apabila diletakkan secara kulit ke kulit pada posisi ini. Posisi ini sesuai untuk bayi baru lahir, bayi yang mempunyai masalah menekap atau ibu yang ingin menyusu dan berehat. Posisi ini juga boleh membantu para ibu yang mempunyai payudara yang lebih kecil.
Teknik: Sandar pada katil atau sofa dengan sokongan bantal, supaya apabila anda meletakkan perut bayi ke perut anda, kepala berdekatan payudara anda, graviti akan membantu badannya mengikut bentuk anda. Bayi anda boleh berbaring daripada mana-mana arah, selagi mana meniarap pada anda dan boleh mencapai payudara anda. Bayi anda secara semula jadi boleh menekap dalam kedudukan ini, atau anda boleh membantu dengan mengarahkan puting ke mulut bayi anda. Sebaik sahaja bayi menekap pada payudara anda, anda tidak perlu berbuat apa-apa selain berbaring dan berehat.
Juga dikenali sebagai posisi football atau clutch, posisi ini sangat berguna jika anda:
Teknik: Posisikan bayi di sisi anda, menghadap anda, dengan kaki bayi terselip di bawah lengan anda (seperti American football atau ragbi) di sisi yang sama dengan payudara yang anda sedang menyusu. Sokong kepala bayi anda dengan tangan yang sama, dan gunakan tangan anda yang lain untuk memasukkan payudara anda seperti posisi dukungan.
Juga dikenali sebagai posisi dukungan Australia atau Koala, posisi ini sesuai digunakan pada bayi yang lebih berusia yang berupaya mengawal kepala dan leher mereka. Tetapi ia juga boleh digunakan pada bayi lebih muda jika anda memberikan sokongan yang sepatutnya.
Teknik: Bayi anda dipegang secara menegak dan duduk pada peha anda, menghadap anda. Lutut anda menyokong bayi anda di bahagian punggung, sementara satu tangan memegang kepala bayi untuk membantu bayi menekap. Tangan yang lain boleh digunakan untuk menekan payudara untuk membantu proses menekap.
Posisi penyusuan susu ibu yang terbalik adalah baik untuk dicuba jika anda merasa seperti payudara anda tidak dikosongkan sepenuhnya atau jika anda mempunyai saluran susu tersumbat di bahagian bawah payudara anda. Jika anda mempunyai kawasan yang menyakitkan yang mungkin tidak dikosongkan sepenuhnya, posisi ini boleh memastikan hidung bayi tidak menghala ke kawasan tersebut. Mengubah kedudukan, atau menyusu bayi secara terbalik seperti ini adalah cara yang baik untuk membantu penyusuan dengan puting yang sakit kerana bahagian lain mulut bayi yang akan berada di tempat yang sakit.
Posisi ini adalah kombinasi di antara penyusuan berbaring belakang dan berbaring mengiring.
Teknik: Dalam kedudukan ini, anda berbaring secara mengiring sementara bayi dipegang secara menegak. Sokong kepala bayi pada siku dan gunakan tangan yang bertentangan untuk membantu membimbingnya ke puting anda.
Kedudukan ini adalah pilihan yang sesuai untuk penyusuan susu ibu pada tengah malam. Anda juga boleh tidur sambil menyusukan bayi. Oleh itu, posisi ini tidak sesuai bagi bayi baru lahir, sebaliknya sesuai bagi bayi yang sudah pandai berpusing.
Teknik: Kedua-dua anda dan bayi harus berbaring mengiring, perut ke perut. Gunakan sebelah tangan anda untuk memasukkan payudara kepada bayi jika perlu. Tinggikan sedikit posisi bayi untuk mengelakkan hidung bayi tertutup ketika menyusu. Anda mungkin mahu meletakkan bantal kecil di belakang belakang bayi untuk menahannya atau mendekatkannya.
Memilih posisi penyusuan susu ibu yang sesuai bergantung kepada keselesaan anda dan bayi. Jangan berputus asa jika bayi anda masih tidak pandai menekap dengan betul dan cuba untuk bertukar-tukar posisi dan menambah baik teknik penyusuan. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor laktasi professional atau kumpulan sokongan penyusuan setempat untuk membantu anda.
Mawar Rashid baru melahirkan bayinya, Raden Muhammad Rafael. Setelah melalui sendiri proses kehamilan & kelahiran, fasa baru menjadi ibu menjadikan dia begitu bahagia.
Mawar dalam Instagram memuatnaik gambar dia dan suaminya bersama bayi mereka, Raden Muhammad Rafael yang lahir pada 13 Mac 2019 yang lalu.
Mawar juga bersyukur kehadiran suaminya, Raden Ahmad Faizal sebagai suami dan bapa kepada anaknya. Dia mengakui setelah memiliki anak bersama, rasa kasih dan sayang terhadap suaminya makin mendalam.
SUAMI DI SEBELAH KANAN & IBU DI SEBELAH KIRI SEMASA PROSES KELAHIRAN
Mawar juga turut menyampaikan penghargaan buat ibu dan suaminya yang sentiasa ada disisi memberikan sokongan dan semangat sepanjang proses kelahiran Raden Muhammad Rafael dari awal hingga akhir.
FAMILY OF 5
Mawar juga kelihatan sangat bahagia penuh kesyukuran selepas pulang ke rumah. Akhirnya keluarga yang dibina bersama Raf Yaakob kini sudah berlima termasuk dua anak Raf daripada perkahwinan pertamanya iaitu Raden Ahmad Rayyan 8, Raden Seri Raysaa Chanela, 4.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.