“Mahalnya Kena Report KPDNKK” Netizen Terhibur Tengok Harga Di Kedai Runcit Ibu

Share

Sepanjang musim PKP ni pelbagai aktiviti yang dilakukan di rumah. Antara aktiviti yang wajib dan sentiasa dibuat 24 jam adalah aktiviti makan. Anak-anak pun asyik minta makanan sahaja. Duduk di rumah semua jadi lapar. 

Jadi kalau nak seimbangkan aktiviti makan anak-anak dan juga si bapak, mama boleh cuba aktiviti yang dikongsi oleh Puan Nadzirah Razali. Boleh makan tapi kena selesaikan tugasan yang diberikan, selesai tugasan akan diberi upah dan seterusnya boleh lah membeli makanan yang diinginkan dengan hasil upah.

Aktiviti ini sangat bagus sebab boleh membantu anak untuk melatih diri agar berjimat, berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan belajar nilai duit yang digunakan. Dan yang paling penting belajar bertangungjawab.

Kedai Runcit ibu
Buka pukul 10am
Tutup 8pm

Nak beli kat kedai ibu kena kerja dahulu untuk dapatkan duit…..contoh kerja , ada dah ibu list kan dlm gambar tu. nanti dapat gaji. dengan duit gaji tu anak-anak boleh beli di kedai ibu. Tak ada duit, tak boleh beli….. hehehhe

Sebelum nak masuk kedai ibu, mesti cuci tangan dgn hand sanitizer dahulu ya anak-anak…

0psss buat ayah Muhammad Khairi Azri Samsuddin kalau nak, kena beli jugak yaaaa. tak ada free-free hahahaah.

Rata-rata netizen terkejut dengan senarai harga di kedai runcit ibu. Lawak pun ada sebab ramai yang menyeru KPDNKK untuk memantau harga jualan di kedai runcit. Netizen pun menghiburkan betul!

“Tak boleh hutang” so kena la kerja ya anak-anak dan bapak kalau nak beli di kedai ibu. No malas-malas.

Ini antara senarai tugasan yang perlu dilakukan untuk mendapat upah duit gaji. Duit tersebut boleh digunakan di kedai runcit ibu. Duit tu sebenarnya duit mainan je tau. Ramai yang tertipu nasib ibu ada bagitahu di gambar seterusnya.

Kedai runcit ibu hanya dibuka 10am sehingga 8pm sahaja. Betul-betul patuh pada arahan PKP walaupun berniaga dalam rumah.

Inilah wang yang digunakan di kedai runcit ibu. Boleh dapatkan secara online, anak-anak pun rasa real je shopping dengan duit mainan tu.

 

IKLAN