“Mahu Adam Fateh Lee Jadi Penyambung Dakwah Rasulullah.” Adam Corrie Lee Kongsi Wajah Anak

Share

Selepas genap tujuh hari anak Adam Corrie Lee lahir, hari ini dia mengumumkan nama anak pertamanya. Kelahiran pertama yang amat dinantikan setelah 10 tahun menunggu cahaya mata. Anak ini menjadi penyeri hidup mereka. 

Sebelum ini isteri Adam Corrie, Fazema Mohd Fuad pernah hamil tetapi mengalami keguguran sebanyak empat kali. Kali ini rezeki menyebelahi mereka setelah isterinya mengamalkan tip dengan membaca beberapa surah sebagai amalan. Dia turut berkongsi kegembiraan ini di instagramnya, Adam Corrie lee;

Melalui perkongsianya juga, Adam Corrie turut berkongsi wajah anaknya buat kali pertama selepas tujuh hari. Katanya lagi, setelah tujuh hari bayi lahir disunatkan memberitahu nama bayi dan bercukur.

Baby Lee juga menerima kunjungan daripada ustaz-ustaz yang hebat-hebat. Antaranya ustaz Syed Kadir sekaligus tahnik. Beruntung baby Lee menerima doa dari orang-orang alim. Semoga  menjadi anak yang soleh dan dapat menyambung perjuangan dakwah mereka.

Lawatan dari Ustaz Syed Kadir

Lawatan dari Ustaz Zulramli

Lawatan dari Ustaz Halim dan Ustaz Rusdy

Rata-rata netizen memuji wajah dan baby Lee. Indah betul nama Fateh sesuai dengan namanya. Ada juga yang turut mengucapkan tahniah dan syukur atas kelahiran baby Lee. 

Alhamdulillah, Comel baby

Semoga membesar dan jadi anak yang soleh

Muka macam Adam Corrie

Nama yang indah

Sumber: Instagram Adam Corrie Lee

 

 

IKLAN